Wednesday, 27 March 2013

Apam Mekar Tepung Beras


   Salam kengkawan blog... Sihat...? Aku, alhamdulillah, sihat saja.... Syukur... Tapi kalau sapa-sapa demam waktu ni memang dugaan betol la. Sebab sekarang ni tengah musim panas. Nak mandi memang tak boleh dah... Harap bersabar la sapa-sapa yang tak sihat tu. Yang penting kena banyakkan minum air kosong... Berbalik pada resepi hari ni, aku buat kuih yang paling mudah ja untuk minum petang tadi. Aku buat apam mekar tepung beras, apam ni yang bestnya tak payah nak peram pun. Campur semua bahan, gaul sebati pastu kukus. Dah siap... Untuk resepi ni aku amek kat kak fida Myr. Thanks ye akak sebab sudi kongsi resepi apam yang mekar cantik dan sedap pulak tu.... Jom tengok resepi kat bawah ni...
\


Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

-200 g tepung beras*} (2 cwn)
-2 sk baking powder*} diayak bersama
-180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn) [ aku letak 100gm ]
-1 cawan susu segar/cair/santan cair [ aku guna santan ]
-1 sk esen vanilla
-pewarna pilihan ikut selera [ aku guna paste pandan ]

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
  2. Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak.
  4. Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom.



Makan dengan nyok muda sedap ooo...
Pastu minum kopi suam-suam panas...

3 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...