Sunday, 11 September 2022

Cheesecake Chocolate Indulgence

Cheesecake Chocolate Indulgence


      Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak share satu lagi resepi dari FB Mr. Ali. Sebelum ni aku buat kek batik biscoff. Kali ni aku buat cheesecake pulak. Kalau nak buat cheesecake ni agak mencabar jugak sebab tak guna gelatin. So, kena biarkan betul-betul set baru boleh potong. Memang kena biar semalaman atau satu hari jugak la... Aku biar semalaman pun agak lembik bila biar dok dalam suhu bilik ni... Lepas ni kalau nak buat aku rasa kena tambah larutan gelatin untuk bagi dia kukuh... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah  tu... Byeee....

Cheesecake Chocolate Indulgence


Cheesecake Chocolate Indulgence
C&P : Mr. Ali

 
OREO CRUST
 
100 g oreo crust ( satu packet oreo buangkan krim dulu. Nk hancur dengan krim sekali pun boleh tapi manis sikit )
40 g butter yg dicairkan
 
 
Cara-cara 
  1. Hancurkan oreo halus2 lepas tu campurkan dengan butter yg dicairkan. Gaul2 masukkan dalam loyang bulat 7 inci. Ratakan. ( nk tebalkan lapisan oreo tambah lagi oreo n butter ok) 
  2. Dah ratakan letak dalam peti sejuk 30 minit
 

Cheesecake Chocolate Indulgence



LAPISAN CHEESECAKE CHOCOLATE
 
125 g dark chocolate
250 g cream cheese
125 g whipping cream
33 gram gula kastor
1 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil vanila essence
 
 
Cara-cara
  1. Cairkan dark chocolate dengan kaedah double boiler. Dah cair biar sejuk kejap.
  2. Pukul cream cheese. Dah agak2 seminit dua, masukkan gula kastor, susu pekat manis, dan vanila essence. Pukul sampai sebati
  3. Lepas tu masukkan dark chocolate yg dicairkan tadi dalam adunan cream cheese tu.. Gaul pakai spatula pun xpe. Gaul sampai sebati.
  4. Kemudian pukul pula whipping cream sampai kental.
  5. Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi dengan adunan cream cheese + coklat tadi.
  6. Gaul sampai sebati dan tuangkan keatas lapisan oreo crust tadi. Sejukkan dalam 30 minit lagi.
 

Cheesecake Chocolate Indulgence



CREAM CHEESE ( INDULGENCE)

250 g cream cheese
125 g whipping cream
33 gram gula kastor
satu sudu kecil essen vanila
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, gula dan esen vanila dan pukul dalam 3 minit.
  2. Kemudian masukkan whipping cream.
  3. Gaul sampai sebati.
  4. Tuangkan keatas lapisan cheesecake chocolate tadi.
  5. biarkan sejuk dalam 30 minit
 
 
 Cheesecake Chocolate Indulgence




CHOCOLATE GANACHE
 
125 g dark chocolate
125 g whipping cream
1 sudu mentega
 
 
Cara-cara
  1. Satukan dark chocolate dan whipping cream. Cairkan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukkan mentega dan kacau pelan2 atas api yg perlahan.
  3. Dah agak2 pekat dan texture nampak creamy n berkilat boleh tutup api
  4. Biarkan dalam 10 minit baru tuang keatas lapisan indulgence tadi.
  5. Sejukkan semalaman ( sbb ni non-bake wajib semalaman)


Cheesecake Chocolate Indulgence

Saturday, 3 September 2022

Kek Batik Biscoff

Kek Batik Biscoff

      
       Assalamualaikum dan selamat petang semua... Seperti yang dijanjikan, hari ni aku share satu lagi resepi kek yang menggunakan bahan-bahan dari biscoff... Kek ni sangat mudah nak buat, tak perlu oven tapi memerlukan kerajinan saja... Hahahaa.... Selain itu kek ni agak makan modal jugak kalau nak buat. Tu yang bahagian kek batik tu aku letak 100gm ja biskut biscoff. Selebihnya aku latak biskut marie.... Tapi kalau ada modal lebih boleh ja letak kesemua biskut biscoff tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....



Kek Batik Biscoff


Kek Batik Biscoff
Loyang bulat 7 inci


Lapisan Kek Batik Biscoff
300 gram biskut biscoff , kalau takde or nak kurangkan bajet pakai je 300 gram biskut marie ( aku guna 100gm biskut biscoff & 200gm biskut marie )
130 gram butter
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan biscoff spread
3/4 cawan fresh milk atau full cream milk
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan 130 gram butter atas kuali. Butter pastikan suhu bilik ya. Api perlahan.
  2. Bila dah cair sepenuhnya , sila TUTUP API & masukkan susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan biscoff spread.
  3. BUKA API, PERLAHAN SAHAJA API TU, dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Sampai warna sos tu sekata dan tiada ketul2. Kalau ketul ketul halus tidak mengapa.
  4. Dah sebati TUTUP API, biarkan dalam 2 minit baru masukkan 300 gram biskut biscoff yg dipatahkan kecil kecil. Kalau tak nak pakai biskut biscoff boleh pakai biskut marie sahaja.
  5. Gaul sebati. Dah sebati dengan biskut, terus masukkan kedalam loyang. Mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagiam chiller biasa tu dalam sejam

 

 

Kek Batik Biscoff



Lapisan Biscoff Mousse
250 gram cream cheese
50 gram biscoff spread.
20 gram gula icing
160 gram dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing
 
 
Cara-Cara
  1. Putar 250 gram cream cheese selama 2- 3 minit ( pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik
  2. Kemudian masukka 50 gram biscoff spread, dan 20 gram gula icing. Sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.
  3. Pada bowl yang lain putar 160 gram dairy whipping cream dan 1 sudu makan gula icing sehingga kental. Kental means bila kita angkat cream, cream tak jatuh. So stop beat. Kena hati hati jika sambung beat even cream dah kental elok terus akan jadi overbeat. Hati hati
  4. Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yg diputar kental tadi sehingga sebati. Dah sebati je stop kaup.
  5. Isikan mousse tadi keatas lapisan kek batik yang telah kita setkan. 
  6. Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa. 
 
 

Kek Batik Biscoff


Topping Biscoff
130 gram biscoff spread yang dicairkan
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan 130 gram biscoff spread. Dah cair , off api, biar dalam 10 minit, baru tuang atas lapisan mousse tadi.
  2. Setkan semalaman, potong cantik cantik.. dah boleh makan

Kek Batik BiscoffKek Batik Biscoff

Wednesday, 31 August 2022

Lotus Biscoff Cheese Cake

 Lotus Biscoff Cheese Cake


     Assalamualaikum semua.... Selamat menyambut Hari Kemerdekaan semua... Cuti hari Merdeka ni ada pi mana-mana ka....? Aku tak pi mana-mana pun. Dok rumah jaa.... Bila tak pi mana-mana ni aku nak share resepi kek cheese biscoff ni. Aku buat ni sebab nak habiskan biscoff spread & biskut biscoff tu. Ni ada lebihan masa buat kek lapis untuk raya haji hari tu... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Kalau ada banyak orang dalam rumah tu boleh gandakan adunan tu. Nanti aku share satu lagi resepi yang guna bahan biscoff ni. Bila aku rajin aku share kat sini... Sampai sini dulu laa.... Byeee....
 

Lotus Biscoff Cheese Cake

 
Lotus Biscoff Cheese Cake
C&P : FB Rozmaliza Omar

Base
1 cawan biscoff crumble
1/4 cawan butter ( cairkan )

Cara-cara
  1. Gaulkan biscoff crumble dengan butter cair hingga rata.
  2. Tekan padat-padat dalam loyang loose base bulat saiz 6 inci yang disapu butter dan dialas baking paper.
  3. Bakar selama 15 minit suhu 160C.


Lotus Biscoff Cheese Cake



Bahan kek
250gm cream cheese
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan whip cream / plain yogurt
1 biji telur
3 keping biskut lotus biscoff


Cara-Cara
  1. Putar cream cheese, gula dan esen vanila hingga sebati dan gebu.
  2. Masukkan whipped cream/ plain yogurt putar lagi
  3. Masukkan telur, putar sebati dan masukkan biskut lotus biscoff yg dipatah dua kaup balik dgn spatula hingga rata.
  4. Tuangkan adunan atas base crumble yang telah dibakar tadi
  5. Bakar secara steam-bake selama 45-50 minit pada suhu 150c atau hingga masak. 
  6. Renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 30 minit. Keluarkan kek sejukkan selama 4 jam atau semalaman.

Lotus Biscoff Cheese Cake


Untuk Topping
2-3 sdb lotus biscoff spread
Sedikit lotus biscoff crumble
Biskut lotus biscoff
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan biscoff spread secara double boiler sehingga cair. Sejukkan sebentar dan tuang atas kek yang dah siap dibakar tadi.
  2. Hiaskan lotus biscoff cheese cake mengikut kreativiti masing². Selamat mencuba


Lotus Biscoff Cheese CakeLotus Biscoff Cheese Cake

Saturday, 9 July 2022

Butterscotch Lavish Slice ( BLS )

Butterscotch Lavish Slice ( BLS )



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak share resepi last kek lapis untuk raya haji ni... Kek lapis ni agak mewah bila kita tengok bahan-bahan dia. Orang kata guna banyak modal la jugak kalau nak buat kek lapis ni. Tapi bagi aku agak berbaloi sebab rasa dia memang sedap. Kalau nak tau kesedapan kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah ni... Apa-apa pun selamat hari raya haji kepada semua umat islam yang menyambutnya....
 

Butterscotch Lavish Slice ( BLS )


Butterscotch Lavish Slice (BLS)
C&P : Resepi Mama Kent (  Khairunnisa Mohammad )

Bahan-bahan:
10 biji telur gred A
500g butter Golden Churn/Anchor
500g cream cheese
3/4 tin susu pekat manis
5 sudu besar sos Butterscotch
150g tepung aiskrim vanilla
150g Horlicks
300g tepung Hong Kong/Supefine
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar esen vanila
 
Toppings:
1 bungkus double chocolate Chipsmore
250g Butterscotch chips
250g honey roasted almonds (hancurkan)
1 atau 2 papan chocolate Cadbury saiz besar (hiris)
 
 
Cara-cara: 
  1. Pukul butter dan ovalet hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan cream cheese. Pukul sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
  4. Masukkan susu pekat manis, sos butterscotch dan esen vanila. Pukul sebati.
  5. Masukkan tepung aiskrim vanila dan Horlicks. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung Hong Kong dan pukul sebati.
  7. Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 180°.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Taburkan toppings (Cadbury, butterscotch chips, chipsmore, honey roasted almonds)
  10. Lapisan pertama bakar di rak tengah, api atas bawah, suhu 180°, 10 minit atau hingga masak.
  11. Lapisan seterusnya hingga lapisan akhir, buat cara yang sama, tapi bakar pada suhu 150°/160° api atas sahaja, rak bawah. Masa 7/8 minit atau hingga masak.

 Butterscotch Lavish Slice ( BLS )

Friday, 8 July 2022

Red Velvet Oreo Cheese

Red Velvet Oreo Cheese



    Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang berikutnya. Resepi asal kek lapis ni guna biskut oreo biasa tu. Tapi aku tukar guna oreo red velvet. Baru ngam dengan nama dia. Kalau tak ada oreo red velvet tu boleh ja guna oreo biasa tu. Tak salah pun. Ni pun sebab ada lebihan aku simpan dalam peti ais tu. Dah tak tau nak buat apa, aku guna la buat kek lapis ni... Kalau ada sapa-sapa nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Esok aku share resepi kek lapis yang last untuk raya ni... Byeee....

Red Velvet Oreo Cheese


Red Velvet Oreo Cheese
C&P : Resepi Mama Kent ( Junainah Rahim )

BAHAN

500G BUTTER
85G GULA HALUS
1 S/B OVERLATTE
10 BIJI TELUR(A)
1 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 S/B ESEN VANILA
150 G HORLICK
70 G SERI KAYA
275 G TEPUNG HONG KONG
250 G CREAM CHEESE (PUKUL SEBATI DULU)
1 S/ B COKLAT EMULCO
1 S/B RED VELVET PASTE
OREO SECUKUPNYA (HANCURKAN) ( aku guna oreo red velvet )
PEWARNA PUTIH & MERAH SECUKUPNYA
 
Cara-cara
  1. PUKUL BUTTER, GULA JUGA OVERLATTE SEHINGGA KEMBANG..
  2. MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI
  3. MASUKKAN ESEN VANILA JUGA SUSU PEKAT... 
  4. AKHIR SEKALI MASUKKAN HOLICK JUGA TEPUNG HONG KONG.. PUKUL HINGGA IA SEBATI...
  5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.. PUTIH (+PEWARNA PUTIH). SATU BAHAGIAN LAGI CREAM CHEESE+COKLAT EMUKCO+RED VELVET PASTE+SEDIKIT PEWARNA PUTIH+PEWARNA MERAH SECUKUPNYA (BAHAGI LAGI KEPADA 2 BAHAGIAN **ATAS BAWAH**)
  6. PANASKAN OVEN PADA SUHU 160'-170'.. 
  7. MASUKKAN 2 1/2 SENDUK KECIL ADUNAN MERAH.. RATAKAN DAN BAKAR NGAN GUNA API ATAS BAWAH HINGGA MASAK..
  8. LAPISAN KEDUA HINGGA HABIS ADUNAN DIBAKAR GUNA API ATAS JE YE.. 
  9. LAPISKAN ADUNAN MERAH SEBANYAK 4 LAPISAN..
  10. LAPISKAN PULA ADUNAN PUTIH.. RATAKAN DAN TABUR OREO DIATASNYA.. BAKAR HINGGA IA MASAK.. ULANG PROSES MELAPIS HINGGA HABIS ADUNAN PUTIH..
  11. ULANG LAGI PROSES MELAPIS UNTUK ADUNAN MERAH PULA .. HABISKAN HINGGA 4 LAPISAN...
  12. SELAMAT MENCUBA


Red Velvet Oreo Cheese

 

Thursday, 7 July 2022

Kek Lapis Biscoff

Kek Lapis Biscoff



    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak share resepi kek lapis yang ke empat untuk raya haji ni. Resepi asal kek ni letak nutella. Tapi aku ubah letak Biscoff crunchy spread. Saja nak test... Alhamdulillah... Rasa sedap. Kalau ada peminat biscoff patut cuba kek lapis ni. Kalau nak tabur biskut biscoff setiap lapis pun boleh jugak. Aku tak rajin, cuma letak biscoff spread.... Sapa-sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni... Nanti aku share resepi kek lapis yang ke lima & yang ke enam lepas ni.... Byeee....

Kek Lapis Biscoff



Kek Lapis Biscoff
C&P : Bro Rozzan ( KEK LAPIS NUTELLA )


Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Biscoff crunchy spread
180 – 200gm Biscoff crunchy spread untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:
  1. Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
  3. Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
  4. Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Biscoff crunchy spread dan dikacau rata.
  6. Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan biscoff, bubuh lagi Biscoff crunchy spread (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.

Kek Lapis Biscoff

Wednesday, 6 July 2022

Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )

Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )



      Assalamualaikum semua... Seperti yang dijanjikan aku akan share resepi kek lapis ketiga malam ni... Rasa kek lapis ni ada rasa blueberry. Ganding pulak dengan rasa cheese. Lagi la mantap. Ni first time aku timbang untuk buat lapis-lapis kek ni. Selalunya aku guna senduk sup ja... Nak mudahkan... Tapi bila kita timbang ni lapis dia jadi lagi cantik. Ikut cara masing-masing la nak buat kek lapis ni. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
 

Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )



Kek Lapis Dil Kya Kare (Bakar)
C&P : Resipi rujukanku
(Resepi asal: Nenek Kebaya )
Perisa Blueberry+ Oreo + Cheese
 
Bahan-bahan:
Butter 500 gram (premium butter)
Telur ayam 10 biji gred A (kalo gred lain guna 12 ke 13 biji telur)
1 sudu makan ovalette
Gula halus 80 gram
1 sudu makan esen vanilla
Susu pekat 300 gram
Horlick 200 gram
Serbuk Aiskrim Vanila 150 gram
Serbuk Santan 50 gram
Serbuk Coffeemate 100 gram
Susu Tepung 100 gram (any brand)
Cream Cheese 250g ram
Serbuk Cheese Putih 50 gram
Biskut Oreo 100 gram (hancurkan jadi serbuk – sy blender jer)
Tepung superfine/hongkong/pau 300 gram
Blueberry Paste 2 sudu makan
 Pewarna ungu, violet & putih
 
 
Cara-cara:
  1. Pukul butter, gula, even vanilla, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukan susu pekat dan gaul/pukul sebati.
  4. Masukkan horlick, serbuk aiskrim vanilla, serbuk coffeemate, serbuk santan & susu tepung.
  5. Akhir sekali masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.
  6. Pukul lagi dan gaul sebati.
  7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
 
Pembahagian adunan:
  1. Jumlah keseluruhan adunan adalah lebih kurang dalam 2600gram.
  2. Ambil 800 gram adunan dan letak blueberry paste 2 sudu teh & pewarna violet. Jumlah adunan dalam 800 gram. Untuk 4 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
  3. Ambil 1000 gram adunan dan letak pewarna putih & serbuk cheese 50 gram. Untuk 5 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
  4. Baki adunan lebih kurang 800 gram letak blueberry paste 2 susu teh & pewarna ungu. Untuk 4 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
  5. Setiap lapisan anggaran dalam 200gram. Jumlah keseluruhan lapisan ada 13 lapisan.
 
Mula membakar:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 150c. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  2. Tepi2 loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah Loyang sahaja. Boleh guna Loyang saiz 8 inci / 9 inci.
  3. Mula-mula bakar adunan violet terlebih dahulu. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
  4. Lapisan ke 2 bakar adunan violet lagi dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu mcm x masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak. Lapisan kedua sehinggalah lapisan terakhir gunakan api oven atas sahaja.
  5. Lapisan ke 3 & lapisan ke 4 bakar adunan ungu.
  6. Untuk lapisan ke 5 hingga lapisan ke 9, bakar adunan putih & setiap lapisan putih taburkan oreo yg telah dihancurkan.
  7. Untuk lapisan ke 10 hingga lapisan ke 11 bakar adunan ungu.
  8. Dan lapisan ke 12 dan ke 13 bakar adunan violet.
  9. Siap!!! Selamat mencuba....


Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )

 

Kek Lapis Tripple Creamy

Kek Lapis Tripple Creamy


      Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang ni aku nak share resepi kek lapis yang kedua pulak. Kalau sempat malam ni aku share resepi yang ketiga pulak. Untuk rasa kek lapis ni memang sangat mewah. Rasa lemak-lemak berkrim. Pastu dia gandingkan pulak dengan rasa masam manis dari asam hawflakes. Untuk bahan-bahan nak buat kek lapis ni banyak jugak. Tapi berbaloi la sebab rasa sedap. Aku pun dah lama tak makan kek lapis yang letak hawflakes ni. Kalau ada sesapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....

 


Kek Lapis Tripple Creamy


Kek Lapis Tripple Creamy
C&P : Resepi Mama Kent ( Ben RemBulan )

500gram butter
30gram Gula halus
30gram ovelette
300gram Susu manis
10biji Telur gred A
100gram Horlick
50gram Creamer
100gram Serbuk Roti Marie
50gram Serbuk Nestum
200gram tepung hongkong
30gram serbuk badam
30gram Choc syrup
50gram tepung susu
Santan kotak kecil
Oreo crunch
Hawflakes 3-4 bungkus
Paste pandan
Susu Full cream ( kalau nak adunan agak pekat guna sikit dlm 1kotak kecil,kalau nak adunan agak cair guna 2 kotak kecil. Kena adjust sendiri)
 
 
Cara cara
  1. Pukul butter,gula,susu,ovelette hingga kembang.Kemudian masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan horlick,creamer dan serbuk badam.Pukul hingga sebati
  3. Masukkan Serbuk roti marie,serbuk nestum dan tepung susu dan santan kotak
  4. Masukkan tepung hongkong dan selang seli dengan susu full cream.
  5. Bahagikan kepada 2 adunan : Hijau - Masukkan paste pandan dan sedikit choc syrup. Putih - Campurkan sedikit warna putih
  6. Setiap lapisan dalam 180gram. Lapisan hijau susun kan dengan hawflakes dan lapisan putih taburkan dengan oreo crunch
  7. Suhu ikut oven masing2. Loyang 8x8x3.5 /4

Kek Lapis Tripple Creamy

Tuesday, 5 July 2022

Kek Lapis Black Pink

Kek Lapis Black Pink


     Assalamualaikum semua.... Apa khabar...? Sihat ke...? Moga-moga pakat sihat lah yer... Hari ni aku nak share resepi kek lapis pertama untuk raya haji ni... Kek ni kalau tengok pun dah boleh agak nama black pink kan sebab boleh nampak warna dia tu saja... Kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tu... Byee...


Kek Lapis Black Pink


Kek Lapis Black Pink
C&P: FB Resipi Rujukanku
 
Bahan
500gram Butter
120gram gula halus
10 bj telur ayam gred A
300gram susu manis
1 sd mkn ovalet
250gram tpg gandum
100gram nutella
100gram horlick
100gram ice cream vanilla powder
200gram cream cheese
pewarna pink
flavour rasberry ( aku ganti perisa strawberry )
pewarna hitam
100gram choc chip
 
 
Cara
  1. Mix butter , gula & ovallet sehingga kembang. Masukkan pula susu sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu sampai habis.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, ice cream powder dan horlick.
  4. Bahagikan kpd 2 bahagian. Bhgn 1 dicampur dengan cream cheese, pewarna pink dan perasa rasberry. Bhgn 2 dicampur dengan nutella & pewarna hitam. 
  5. Panaskan oven mengikut kesesuaian oven masing2.
  6. Pertama sekali, lapisan pertama hendaklah menggunakan api atas dan bawah 
  7. Lapisan pertama warna pink.. setiap lapisan anggaran berat dalam 180gram.. dan ditabur choc chip..
  8. Lapisan kedua warna hitam .. Anggaran berat setiap lapisan adalah 180gram..
  9. Setiap lapisan hendaklah ditekan menggunakam penekan kek ataupun sudu. Untuk membuatkan mereka melekat antara satu sama yg lain. Dan lapis sehingga habis.
  10. SELAMAT MENCUBA


Kek Lapis Black Pink

Sunday, 26 June 2022

Buko Pandan

Buko Pandan


      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi dessert yang sangat sedap dan lazat. Dessert ni di beri nama buko pandan. Dessert ni asalnya dari filipina. Buko tu bermaksud kelapa. Memang wajib kena ada isi kelapa la kalau nak buat dessert ni. Asalnya aku nak buat masa bulan puasa hari tu... Tapi tak sempat nak buat sebabnya kelapa muda buat minum masa berbuka... Bila dah ada kesempatan dan buah kelapa muda dah ada ni aku pun buat laa... Memang berbalai buat dessert ni sebab sangat sedap. Makan pulak time musim panas ni... Lagi la syahdu... Hahahaa... So, kalau ada sapa-sapa yang nak tau kesedapan buko pandan ni boleh la cuba resepi kat bawah tu... Byee...
 

Buko Pandan


Buko Pandan
C&P : Kak Wan

Agar-agar pandan
300ml air kelapa
50gm gula pasir
2 helai daun pandan
1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
pewarna hijau
 
 
Cara-cara
  1. Satukan bahan agar-agar pandan dan masak hingga mendidih.
  2. Tuang ke dalam bekas kecil dan biarkan sehingga beku.
  3. Setelah beku potong menjadi kiub kecil.

 

Buko Pandan



Cara menghidang

1 cawan isi kelapa
1 cawan diary whipping cream ( putar hingga pekat )
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan sago kecil ( cuci dan toskan )


Cara-cara
  1. Didihkan air yang banyak. Masukkan sago, didihkan hingga sago menjadi jernih. Toskan dan alirkan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan.
  2. Dalam mangkuk, satukan sago, isi kelapa, susu pekat, whipping cream dan kiub agar-agar pandan. Gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk.
  3. Enak di hidang dingin begitu saja atau bersama ais cream.

Buko Pandan

Monday, 20 June 2022

Chocolate Blackout Cake

Chocolate Blackout Cake


       Assalamualaikum semua.... Tiba-tiba mulut ni terasa nak makan kek coklat pulak dah... So, jadi la Chocolate Blackout Cake ni. Sangat sedap kek coklat ni. Moist pun moist. Untuk chocolat ganache tu dia ada letak cream cheese. Rasa dia lagi berlemak laa... Kalau ada sapa-sapa yang nak try rasa kesedapan kek ni boleh la tengok resepi kat bawah tu...


Chocolate Blackout Cake



Chocolate Blackout Cake

Bahan A
240gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
75gm serbuk koko
200gm gula pasir ( aku ganti gula perang )
150gm gula perang
1 sudu kecil garam halus

Bahan B
3 biji telur gred A
240gm buttermilk
180gm minyak jagung

Bahan-bahan lain
1/2 cawan air kopi ( panas ) ( aku guna kopi 3 in 1 )


Cara-Cara
  1. Dalam satu mangkuk, ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula pasir, gula perang dan juga garam. Gaul perlahan-lahan dan sebatikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan bahan-bahan B . Gaul sebati kemudian  satukan dengan bahan A. Bila adunan sudah sebati dan gula larut, tuangkan kopi panas dan sebatikan lagi.
  3. Sediakan loyang yang telah di oles dengan butter dan ratakan dengan serbuk koko.Tuang kedalam loyang. Kemudian bakar selama 1 jam dengan suhu 180C atau ikut suhu oven masing-masing. Bila kek sudah siap dibakar, sejukkan dahulu baru kita keluarkan dari loyang.

Chocolate Blackout Cake


Chocolate Ganache
360ml UHT whipping cream
300gm dark chocolate ( aku letak 400gm )
100gm cream cheese ( aku letak 125gm)
 
 
Cara-cara
  1. Dalam satu mangkuk tahan panas, satukan dark chocolate dan uht whipping cream. Cairkan secara double boiler.
  2. Bila dah cair, masukkan cream cheese. Gaul rata sehingga cream cheese sebati kemudian matikan api.
  3. Tapis dan simpan didalam peti sejuk. Gaul setiap 10 minit untuk mencapai konsistensi frosting.
     

 

Chocolate Blackout Cake


Cara melapis kek
  1. Potong kek kepada 3 atau 4 bahagian.
  2. Setiap lapisan di oles dengan chocolate ganache yang telah disejukkan tadi.
  3. Hiaskan kek mengikut citarasa anda.

Chocolate Blackout Cake