Wednesday, 6 July 2022

Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )

Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )



      Assalamualaikum semua... Seperti yang dijanjikan aku akan share resepi kek lapis ketiga malam ni... Rasa kek lapis ni ada rasa blueberry. Ganding pulak dengan rasa cheese. Lagi la mantap. Ni first time aku timbang untuk buat lapis-lapis kek ni. Selalunya aku guna senduk sup ja... Nak mudahkan... Tapi bila kita timbang ni lapis dia jadi lagi cantik. Ikut cara masing-masing la nak buat kek lapis ni. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
 

Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )



Kek Lapis Dil Kya Kare (Bakar)
C&P : Resipi rujukanku
(Resepi asal: Nenek Kebaya )
Perisa Blueberry+ Oreo + Cheese
 
Bahan-bahan:
Butter 500 gram (premium butter)
Telur ayam 10 biji gred A (kalo gred lain guna 12 ke 13 biji telur)
1 sudu makan ovalette
Gula halus 80 gram
1 sudu makan esen vanilla
Susu pekat 300 gram
Horlick 200 gram
Serbuk Aiskrim Vanila 150 gram
Serbuk Santan 50 gram
Serbuk Coffeemate 100 gram
Susu Tepung 100 gram (any brand)
Cream Cheese 250g ram
Serbuk Cheese Putih 50 gram
Biskut Oreo 100 gram (hancurkan jadi serbuk – sy blender jer)
Tepung superfine/hongkong/pau 300 gram
Blueberry Paste 2 sudu makan
 Pewarna ungu, violet & putih
 
 
Cara-cara:
  1. Pukul butter, gula, even vanilla, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukan susu pekat dan gaul/pukul sebati.
  4. Masukkan horlick, serbuk aiskrim vanilla, serbuk coffeemate, serbuk santan & susu tepung.
  5. Akhir sekali masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.
  6. Pukul lagi dan gaul sebati.
  7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
 
Pembahagian adunan:
  1. Jumlah keseluruhan adunan adalah lebih kurang dalam 2600gram.
  2. Ambil 800 gram adunan dan letak blueberry paste 2 sudu teh & pewarna violet. Jumlah adunan dalam 800 gram. Untuk 4 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
  3. Ambil 1000 gram adunan dan letak pewarna putih & serbuk cheese 50 gram. Untuk 5 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
  4. Baki adunan lebih kurang 800 gram letak blueberry paste 2 susu teh & pewarna ungu. Untuk 4 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
  5. Setiap lapisan anggaran dalam 200gram. Jumlah keseluruhan lapisan ada 13 lapisan.
 
Mula membakar:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 150c. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  2. Tepi2 loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah Loyang sahaja. Boleh guna Loyang saiz 8 inci / 9 inci.
  3. Mula-mula bakar adunan violet terlebih dahulu. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
  4. Lapisan ke 2 bakar adunan violet lagi dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu mcm x masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak. Lapisan kedua sehinggalah lapisan terakhir gunakan api oven atas sahaja.
  5. Lapisan ke 3 & lapisan ke 4 bakar adunan ungu.
  6. Untuk lapisan ke 5 hingga lapisan ke 9, bakar adunan putih & setiap lapisan putih taburkan oreo yg telah dihancurkan.
  7. Untuk lapisan ke 10 hingga lapisan ke 11 bakar adunan ungu.
  8. Dan lapisan ke 12 dan ke 13 bakar adunan violet.
  9. Siap!!! Selamat mencuba....


Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )

 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...