Saturday 9 July 2022

Butterscotch Lavish Slice ( BLS )

Butterscotch Lavish Slice ( BLS )



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak share resepi last kek lapis untuk raya haji ni... Kek lapis ni agak mewah bila kita tengok bahan-bahan dia. Orang kata guna banyak modal la jugak kalau nak buat kek lapis ni. Tapi bagi aku agak berbaloi sebab rasa dia memang sedap. Kalau nak tau kesedapan kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah ni... Apa-apa pun selamat hari raya haji kepada semua umat islam yang menyambutnya....
 

Butterscotch Lavish Slice ( BLS )


Butterscotch Lavish Slice (BLS)
C&P : Resepi Mama Kent (  Khairunnisa Mohammad )

Bahan-bahan:
10 biji telur gred A
500g butter Golden Churn/Anchor
500g cream cheese
3/4 tin susu pekat manis
5 sudu besar sos Butterscotch
150g tepung aiskrim vanilla
150g Horlicks
300g tepung Hong Kong/Supefine
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar esen vanila
 
Toppings:
1 bungkus double chocolate Chipsmore
250g Butterscotch chips
250g honey roasted almonds (hancurkan)
1 atau 2 papan chocolate Cadbury saiz besar (hiris)
 
 
Cara-cara: 
  1. Pukul butter dan ovalet hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan cream cheese. Pukul sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
  4. Masukkan susu pekat manis, sos butterscotch dan esen vanila. Pukul sebati.
  5. Masukkan tepung aiskrim vanila dan Horlicks. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung Hong Kong dan pukul sebati.
  7. Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 180°.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Taburkan toppings (Cadbury, butterscotch chips, chipsmore, honey roasted almonds)
  10. Lapisan pertama bakar di rak tengah, api atas bawah, suhu 180°, 10 minit atau hingga masak.
  11. Lapisan seterusnya hingga lapisan akhir, buat cara yang sama, tapi bakar pada suhu 150°/160° api atas sahaja, rak bawah. Masa 7/8 minit atau hingga masak.

 Butterscotch Lavish Slice ( BLS )

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...