Saturday 3 September 2022

Kek Batik Biscoff

Kek Batik Biscoff

      
       Assalamualaikum dan selamat petang semua... Seperti yang dijanjikan, hari ni aku share satu lagi resepi kek yang menggunakan bahan-bahan dari biscoff... Kek ni sangat mudah nak buat, tak perlu oven tapi memerlukan kerajinan saja... Hahahaa.... Selain itu kek ni agak makan modal jugak kalau nak buat. Tu yang bahagian kek batik tu aku letak 100gm ja biskut biscoff. Selebihnya aku latak biskut marie.... Tapi kalau ada modal lebih boleh ja letak kesemua biskut biscoff tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....



Kek Batik Biscoff


Kek Batik Biscoff
Loyang bulat 7 inci


Lapisan Kek Batik Biscoff
300 gram biskut biscoff , kalau takde or nak kurangkan bajet pakai je 300 gram biskut marie ( aku guna 100gm biskut biscoff & 200gm biskut marie )
130 gram butter
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan biscoff spread
3/4 cawan fresh milk atau full cream milk
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan 130 gram butter atas kuali. Butter pastikan suhu bilik ya. Api perlahan.
  2. Bila dah cair sepenuhnya , sila TUTUP API & masukkan susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan biscoff spread.
  3. BUKA API, PERLAHAN SAHAJA API TU, dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Sampai warna sos tu sekata dan tiada ketul2. Kalau ketul ketul halus tidak mengapa.
  4. Dah sebati TUTUP API, biarkan dalam 2 minit baru masukkan 300 gram biskut biscoff yg dipatahkan kecil kecil. Kalau tak nak pakai biskut biscoff boleh pakai biskut marie sahaja.
  5. Gaul sebati. Dah sebati dengan biskut, terus masukkan kedalam loyang. Mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagiam chiller biasa tu dalam sejam

 

 

Kek Batik Biscoff



Lapisan Biscoff Mousse
250 gram cream cheese
50 gram biscoff spread.
20 gram gula icing
160 gram dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing
 
 
Cara-Cara
  1. Putar 250 gram cream cheese selama 2- 3 minit ( pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik
  2. Kemudian masukka 50 gram biscoff spread, dan 20 gram gula icing. Sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.
  3. Pada bowl yang lain putar 160 gram dairy whipping cream dan 1 sudu makan gula icing sehingga kental. Kental means bila kita angkat cream, cream tak jatuh. So stop beat. Kena hati hati jika sambung beat even cream dah kental elok terus akan jadi overbeat. Hati hati
  4. Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yg diputar kental tadi sehingga sebati. Dah sebati je stop kaup.
  5. Isikan mousse tadi keatas lapisan kek batik yang telah kita setkan. 
  6. Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa. 
 
 

Kek Batik Biscoff


Topping Biscoff
130 gram biscoff spread yang dicairkan
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan 130 gram biscoff spread. Dah cair , off api, biar dalam 10 minit, baru tuang atas lapisan mousse tadi.
  2. Setkan semalaman, potong cantik cantik.. dah boleh makan

Kek Batik BiscoffKek Batik Biscoff

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...