Friday, 8 September 2017

Kek Lumut Cheese Versi Bakar


    Asalamualaikum semua....  Ni adalah kek lapis yang ke-3 aku buat untuk raya haji.. Kalau ikutkan aku nak cuba yang versi kukus dulu... Kurang rajin sikit.. Hihihiii... Bila dah rajin boleh la cuba versi kukus pula.... Untuk sukatan gelas tu aku tukar guna cawan metrik... Senang sikit nak ukur... Kalau guna sukatan gelas ni, susah sikit. Tak tau nak guna gelas saiz apa... Walaupun aku tukar kepada sukatan cawan... Kek ni menjadi jugak... Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba, boleh la tengok resepi kat bawah tu...




Kek Lumut Cheese Versi Bakar
Resepi : Norsamila Hasan / Resepi Mama Kent

Bahagian Kek
10 biji telur
1 gelas gula halus
1 gelas horlicks
1 gelas susu tepung nespray
1/4 gelas susu manis
1 gelas tepung gandum / tepung hong kong
450 gm mentega
1 sudu teh esen vanila
1 botol kecil pandan paste
sedikit pewara hijau

Cara-Cara
  1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil digaul rata.
  3. Masukkan susu, horlicks, susu tepung, tepung, pandan paste dan pewara hijau.
  4. Gaul sampai rata atau pukul lagi.
  5. Bahagi kepada dua.

Bahagian Cheese
750 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
4 sudu tepung gandum atau tepung hong kong
180 gm gula

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan pukul sampai kembang.

Cara Melapis
  1. Bakar pada suhu 180C. Ikut kepanasan oveb masing-masing
  2. Bakar menggunakan api atas dan bawah untuk lapisan pertama selama 10 minit ( kena jenguk selalu supaya tidak hangit )
  3. Selepas itu untuk lapisan ke-2 guna api atas sahaja selama 10 minit atau kek kelihatan keperangan.
  4. Selepas keluarkan kek dari oven, kek harus ditekan dengan perlahan menggunakan penekan kek dengan perlahan-lahan supaya kek rata.
  5. Dimulakan dengan lapisan hijau hingga habis. Kemudian lapisan cheese hingga habis. Kemuduan lapisan hijau hingga habis.



Thursday, 7 September 2017

Almondise Kiss


     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Maaf la, kemarin tak sempat nak update resepi ni... Terlupa. Nak buat macam mana... Hihihi.... Sebab hari ni ada kelapangan sikit, maka sempat la aku update resepi kek lapis ni... Memang sedap tau... Tak rugi kalau cuba... Kalau ada yang teringin nak rasa kesedapan kek lapis ni boleh la tengok resepi kat bawah tu... Lepas ni aku nak post resepi kek lapis yang lain pulak... Ok la... Byeee....




Almondise Kiss
Resepi : Hartini Halias / Resepi Mama Kent

Bahan A
12 biji telur
6 biji putih telur
150 gm gula halus
1 sudu makan ovallate
250gm tepung hong kong
1 peket serbuk aiskrim vanilla

Bahan B
16oz mentega
1 tin kecil susu manis
500 gm cream cheese

Bahan Hiasan
Pewarna hitam / coklat
250 gm coklat masakan
150 gm almond cincang

Cara-Cara
  1. Bahan A - Pukul telur, gula dan ovallet sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk aiskrim. Pukul sehingga sebati.
  2. Bahan B - Pukul berasingan. Kemudian campurkan di dalam bahan A. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna putih, satu bahagian lagi letakkan pewarna coklat dan coklat masakan
  3. Sediakan acuan. Masukkan satu senduk adunan coklat, taburkan almond cincang dan bakar.
  4. Kemudian masukkan 1 senduk lapisan putih, tabur almond dan bakar.
  5. Ulang sehingga habis.



Tuesday, 5 September 2017

Kek Lapis Black Shadow


     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni baru berkesempatan untuk update resepi kek lapis masa raya korban haritu... Untuk permulaan aku share yang ni dulu. Esok atau lusa aku update lagi dua resepi... Selamat mencuba....



Kek Lapis Black Shadow
Resepi Asal : Nurul Kitchen ( Resepi Mama Kent )
Loyang 8x8

Bahan-Bahan
500 gm pure butter scs / golden churn
80 gm gula halus
1 sdm ovelate
10 biji telur gred A
300 gm susu pekat manis
150 gm nutella / coklat cooking
150 gm coklat ice cream powder
20 gm black coco powder
1 sdm cocoa powder
2 sdm coklat paste
sedikit black colour
350 gm tepung hong kong
1 botol coklat cadbury
1 bungkus biskut jejari cadbury

Cara-Cara
  1. Pukul butter, gula dan ovelate hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu per satu kemudian masukkan susu pekat, nutella, black coco powder, coco powder, coklat paste dan tepung hong kong. Gaul hingga sebati.
  3. Bakar menggunakan api atas 130C. Bakar dua lapis, kemudian baru susun coklat cadbury. Ulang langkah yang sama untuk biskut jejari cadbury dan coklat cadbury. Buat hingga habis.
  4. Sejukkan sebelum disimpan dalam peti sejuk. Pastikan kek dalam keadaan suhu bilik apabila hendak dipotong.



Friday, 25 August 2017

Kek Pisang


     Assalamualaikum dan selamat pagi semu... Hari ni aku nak tayang kek pisang yang dah lama dah abis... Hihiii.... Yang tinggal cuma gambar jer... Boleh la kan, buat tatapan bagi kenyang mata hangpa... Resepi kek pisang ni mudah dan ringkas ja... Lembut dan gebu pulak tu... Sesuai buat makan waktu petang-petang. Gu pulak dengan teh O, sedapnya... Selamat mencuba...




Kek Pisang
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)



Cara cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
  2. Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
  3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.
Nota:
  • Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.


Thursday, 24 August 2017

Kek Marble Lembut



     Assalamualikum dan selamat pagi semua... Pepagi ni aku nak update resepi kek butter pulak... Kek ni aku buat minggu lepas nuu... Cuma tak sempat nak tempek kat sini jaa.... Kek butter ni sedap kalu makan dengan teh O panas... Makan pulak waktu petang... Mmmm... Nyamannya....  Meh kita tengok resepinya...




Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Sumber : Surianti Ramli

Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )

Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak

Cara penyediaan
  1. Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
  2. Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit )
  3. Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga sebati.
  4. Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
  5. Bakar hingga masak pad suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing ).
  6. Sejukkan diredai.



Wednesday, 23 August 2017

Non - Bake Durian Cheese Cake



  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Lamanyan aku tak bersiaran... Ada yang rindu tak... Hihihiii.... Disebabkan sekarng ni musim buah durian aku pun buat la cheese cake perisa durian... Memang sedap ooo... Macam makan ais krim kot.... Rugi kalau tak cuba... Untuk base cheese cake ni aku buat guna kek span... Kalau sebelum-sebelum ni aku suka base guna biskut. Sekaring ni pulak suka kek span... Kalau kek span macam sedap sikit... Tapi memang amik masa sikit la sebab nak sediakan kek dulu... Kalau guna biskut cepat sikit... Cuma kisar biskut bagi hancur & campur dengan mentega cair pastu padat-padatkan dalam loyang... Terpulang la nak pilih yang mana satu... Ok la, sampai sini dulu... Jangan lupa cuba tau....   



Non - Bake Durian Cheese Cake
Sumber : Dapur Kak Zu
C&P : Our Journey Begins

BAHAN BAHAN
Base
200 gm biskut digestive
100 gm butter di cairkan

Hancurkan biskut dan masukkan butter cair
Tekan pada dasar loyang size 7 x 7 (nieza guna loyang bulat saiz 24cm) simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
( Untuk base aku guna kek span & guna loyang loose pan saiz 7 inci )

250 gm krim keju
250 gm non dairy whipping cream
230 gm isi durian
100 gm gula castor
2 sudu makan madu
2 tbsp gelatin halal
60 ml air panas

Cara-cara
  1. Putar whipping cream hingga kembang dan kental. Simpan di dalam peti sejuk sebentar.
  2. Putar krim keju , gula dan isi durian hingga kembang dan lembut
  3. Cairkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga 3. gelatin larut
  4. Masukkan gelatin ke dalam adunan keju.
  5. Campurkan adunan keju dan krim putar tadi dan kacau sebati dengan kaedah kaup balik perlahan
  6. Tuang adunan ke dalam loyang ' loose tin ' yang bole dibuka bawahnya.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam hingga kek mengeras dengan sempurna.



Thursday, 22 June 2017

Kek Lapis Cheese



     Assalamualaikum.... Selamat berbuka semua... Ok, ni kek last untuk hari raya nanti... Rasanya aku tak buat dah kot kek lain... Macam tak larat pulak... Tapi tak tau la macam mana nanti... Tup-tup ada lagi kek. Tapi kalau nak buat pun mungkin kek butter atau kek coklat lah kot... Berbalik pada kek lapis cheese ni aku buat dua warna... Yang warna kuning tu aku letak taburan cheese... Bila letak warna ni nampak berseri lah sikit... Kalau sapa yang suka kek yang ada cheese ni memang kena cuba... Rugi oo kalau tak cuba... Ok la, selamat hari raya.. Maaf zahir dan batin... Jangan lupa pi kutip duit raya... Huhuhuuu.....




KEK LAPIS CHEESE / KEJU
C&P : Rozzan

Bahan A
10 biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk
50 gm tepung jagung
300 gm gula
250 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet
2 oz air sejuk

Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)

Bahan C:
170 gm cheddar cheese (diparut)


Cara-Cara
  1. Bahan A disatukan dan dimesin sekali.
  2. Pukul mentega dan susu hingga sebati. Masukkan cream cheese dalam adunan mentega. Gaul/kacau  rata.
  3. Masukkan adunan Bahan A ke dalam adunan mentega dan digaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.
Nota: Untuk mendapat taburan cheese yang sekata (rata), setelah adunan diratakan, baru taburkan cheese dan dibakar.



Kek Lapis Tembikai



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis bakar pulak... Kemarin kek kukus... Hari ni bakar pulak... Tahun ni aku tak buat banyak kek lapis pun... Sebab apa pun tak tau... Kalau sebelum-sebelum ni aku buat paling kurang pun dalam enam jenis... Tapi tahun ni aku kurangkan kuantiti... Kek lapis tembikai ni asalnya kaler merah... Saja aku tukar buat kaler kuning... Teringin jugk nak tengok versi kuning... Ok jugak lah kann... Apa-apa pun meh tengok resepi kat bawah ni...




Resepi: Asmah Wani Nur Amni
By: Sunah Sakura
Loyang: 8" x 8"


Bahan-bahannya:

10 biji telur
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm tepung hong kong
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil susu manis
1 paket serbuk santan (50gm)
1 botol chocolate chips (untuk dijadikan biji tembikai)
1 sudu makan ovalette
 1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna hijau & kuning

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Sediakan loyang & griskan dasarnya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
  2. Pukul mentega, gula, esen vanilla dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi sehingga sebati. 
  4. Perlahankan mixer, masukkan susu, sekaya dan serbuk santan, pukul lagi hingga adunan bergaul rata.
  5. Masukkan tepung, sedikit demi sedikit. Gaul lagi sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 Bahagian. 
  7. Bahagian 1 : Beri warna hijau. Warna hijau ini ada 3 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 5 sudu makan. Bermakna semuanya ada 15 sudu makan untuk warna hijau.
  8. Bahagian 2 : Biarkan kosong. Ada 2 lapisan dan setiap lapisan juga disukat dengan 5 sudu makan. Bermakna semuanya ada 10 sudu makan untuk warna kosong.
  9. Bahagian 3 : Beri warna kuning. Setiap lapisan ada 2 senduk nasi dan untuk warna kuning ini
    adunan dilapis sebanyak 5 sudu makan sehingga warna kuning habis dilapis.
  10. Cara2 melapis: Lapiskan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 5 sudu makan menggunakan api atas dan bawah. Bila masak, keluarkan dari oven dan tukar kepada api atas sahaja untuk lapisan seterusnya hingga habis. Tekan sedikit lapisan kek tadi dengan penekan kuih. Kemudian lapiskan lagi adunan hijau sebanyak 5 sudu makan lagi. Buat sehingga menjadi 3 lapisan.
  11. Kemudian sambungkan pula dengan melapis adunan kosong. Buat sama macam adunan warna hijau sebanyak 2 lapisan.
  12. Akhir sekali, lapiskan adunan warna kuning sebanyak 5 sudu makan, bakar berlapis-lapis. Setiap lapisan ditabur dengan chocolate chips. Buatlah begitu sehingga habis.




Wednesday, 21 June 2017

Kek Lapis Evergreen Kukus



    Assalamualaikum.... Ok, ni resepi kek lapis kukus yang kedua aku buat... Kalau kek lapis kukus ni memang kena banyak bersabar... Nak tunggu dia masak selapis-selapis tu memang penat jugak...  Biasa la, kek yang sedap perlukan masa yang lama kan... Memangg moist kek ni... Sedap pun sedap. Tak rugi ooo kalau nak cuba... Sambil-sambik aku nak tuggu kek ni masak, aku siap salut biskut almon london... Jimat masa kan dari tunggu saja... Lepas ni aku nak share resepi kek lapis bakar pulak... Ok la, meh tengok resepinya....




Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau
10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis


Cara-cara

Lapisan Hijau :
  1. Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima.
  2. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati.
  3. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
  1. Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
  3. Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
  4. Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


  • telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
  • balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
  • Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"



Kek Hitam Manis ( Kukus )




      Assalamualaikum semua.... Selamat berbuka puasa.... Tadi aku dah habis share resepi biskut. Ni aku nak share resepi kek pulak... Tahun ni aku gagahkan diri untuk buat kek kukus.. Kalau ikutkan aku memang tak berapa suka kek jenis kukus... Bukan tak suka makan ye, tak suka buat jer... Sebabnya, kek kukus in kita tak leh nampak apa yang jadi dalam pengukus tu... Kalau kek bakar senang, memang boleh nampak.... Lagi satu, kek kukus ni memang makan masa lama... Yang ni aku kukus 3 jam 30 minit ja... Tak larat nak tunggu... Masa dok tunggu kek ni masak. Aku siap bancuh adunan biskut... Sambil-sambil tunggu kek masak, boleh la buat bisku... Nanti tak letih nak tunggu... Kalau tunggu kek sambil tengok tv memang bahaya. Takut satgi periyuk hangus pulak... Hahahaa... Rupa kek ni kalau tengok memang serupa kek coklat tau... Tapi,tapi, tapi.... Rasa dia lain ooo... Memang kena buat kalau nak tau rasa dia.. Ok lah... Meh tengok resepinya.....




Kek Hitam Manis
By : HaSue
Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )


450g Mentega berkualiti
200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g
10 biji telur saiz A
1 penutup botol esen vanilla
1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
1 tin sederhana serikaya
1 tin kecil nestle cream
200g horlicks
150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
200g tepung hong kong/tepung gandum
1 sudu teh ovalete

Cara-cara
  1. Panaskan pengukus ( pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering ), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
  2. Mentega ( pastikan pada suhu bilik ) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur ( pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
  3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum ( setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya ).
  4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
  6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)



Biskut Florentine Crunchy Caramel Almond




     Assalamualaikum semua.... Ni adalah resepi biskut raya yang last aku share... Kalau ikutkan ada tiga jenis biskut raya yang aku buat lagi, tapi resepi tu aku dah buat sebelum-sebelum ni. So, tak payah la nak share banyak kali... Resepi ni antara paling mudah sekali... Sebab apa, cuma gaul semua bahan, pastu letak dalam dulang dan bakar je... Cepat pun cepat.... Sapa-sapa pun boleh buat... Ok la, meh tengok resepinya...






Biskut Florentine Crunchy Caramel Almond
Sumber : kuali hangus

Bahan-Bahannya:-
200 gm tepung Florenta / Bienetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hijau
20 gm bijan hitam

Cara Membuatnya:-
  1. Badam dan kuaci di bakar terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
  2. Satukan semua bahan dalam bekas & Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  3. Panaskan oven pada suhu 160C.
  4. Setelah semua bahan digaul rata, guna Non stick muffin pan. Letakkan setengah sudu besar didalam setiap lubang muffin pan
  5. Bakar selama 5-6 minit sahaja. Jangan terlalu lama. Keluar dari oven biarkan sejuk seketika & terbalikkan diatas dulang.
  6. Biskut anda akan jadi elok bulat-bulat & kepingkeping.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.





Cornflakes Crunchy Cookies



      Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak share satu lagi biskut raya yang aku dah lama teringin sangat nak buat... Ni antara biskut cornflake yang aku suka selain biskut cornflake madu... Kalau biskut cornflake matu tu kita selalu jumpa, kalau biskut cornflake crunchy ni jarang-jarang sikit... Resepi ni aku jumpa kat Facebook... So, aku panjangkan pulak resepi ni kat blog aku... Mudah-mudahan tuan yang share resepi ni murah rezeki ye.... Aminnn.... Meh kita tengok resepinya pulak....





Cornflakes Crunchy Cookies
Sumber : FB Tahrunnisah Jali
 
- 1 3/4cwn tepung gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor


Cara-Cara
  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor
  2. Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder
  3. Gaul sebati
  4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt
  5. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah..






Tuesday, 20 June 2017

Biskut Lidah Kucing Tembikai




     Assalamualaikum semua.... Tadi aku share resepi almond london kan... Ni aku nak share biskut lidah kucing pulak. Kali ni aku buat versi buah tembikai... Menarik tak... Kalau resepi asal dia buat warna ombre. Aku ejas bagi jadi ala-ala warna buah tembikai pulak... Biskut lidah kucing ni rasanya fames masa dua tahun lepas kot... Masa tu ramai yang dok buat sekarang ni tak ramai sangat yang buat... Tapi masih ada la... So, kalau sapa ada lebihan putih telur tu boleh la cunba buat... Meh tengok resepi kat bawah tu...

 




Lidah Kucing Ombre
Sumber:Ria

C&P : Rahel

Bahan-bahan:
200g gula halus
250g butter
250g tepung gandum
5 biji putih telur (150cc/150ml)
1/2 st vanilla

bijan hitam

Cara membuat:
  1. Panaskan oven pada suhu 165'C dan oles loyang dengan marjerin/butter.
  2. Pukul gula,butter dan vanilla sampai lembut dan berwarna pucat.Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain,pukul putih telur sampai kaku/soft peak.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan gaul rata.
  5. Masukkan putih telur yang sudah kaku ke dalam adunan tepung,gaul rata dengan spatula. Adunan dibahagi tiga,beri pewarna hijau, merah dan kosong.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag,gunting hujungnya,paipkan ke Loyang lidah kucing. Mulakan dengan warna hijau sebanyak 4 baris, diikuti putih 2 baris. Selebihnya warna merah. Tabur bijan hitam pada bahagian merah sebagai biji tembikai.
  7. Bakar dalam oven selama 25 minit.


Almond London



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sihat ke....? Harap-harap pakat sihat-sihat belaka lah yer... Maklum la dah nak dekat raya ni kena jaga kesihatan.... Nanti time raya demam pulak.... Kuih raya macam mana...? Dah mula buat ke...? Aku baru siap semuanya tengahari tadi... Bila dah siap semua ni baru la sempat aku nak update resepi kat blog aku ni... Untuk resepi biskut raya pertama ni aku nak share resepi almond london.... Teringat masa dulu-dulu... Ni la biskut yang paling sedap aku makan... Maklum la, biskut yang ada badam ni pastu salut pulak dengan coklat mestila sedap.... Resepi ni aku dah buat tiga tahun berturut-turut... Tak pernah cuba lagi resepi lain.... Kiranya resepi wajib tiap kali nak raya lah yer... Ok la, meh tengok resepinya....
 



Almond London
Sumber:Nizamadey

C&P : Rahel
Bahan:(150 biji)


250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
  1. Pukul mentega, telur dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam.Kacau.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
  6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.
Selamat mencuba.



Tuesday, 13 June 2017

Puteri Ayu



     Assalamualaikum... Hari aku nak share resepi yang aku buat tiga hari lepas.... Cuma buat kuih yang ringkas dan mudah... Rasa pun sedap. Gebu pun gebu... Mulanya nak buat ala-ala marble... Tapi tak berapa nak rajin la pulak.... Hihihii... Nanti bila-bila aku rajin boleh la buat versi marble... Harum semarbak bau kuih ni bila dah masak... Rasa tergugat jugak la masa bulan puasa ni.... Kalau bulan biasa tak terasa sangat.... Kalau ada yang berminat boleh la cuba resepi kat bawah ni....




Puteri Ayu
Sumber  : Azie

Bahan-Bahan +-17 biji
1 biji telur gred A (guna 2 gred B)
80 gram gula halus
80 ml pati santan
1/2 sk pes pandan
1/2 sk ovallete
90 gram tepung gandum*
1/2 sb tepung ubi* (*disatu dan diayak)

Gaul rata:
1 cawan kelapa parut
1 sb tepung jagung
1/4 sk garam halus

Cara cara:
  1. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
  2. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
  3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....