Thursday, 22 June 2017

Kek Lapis Tembikai



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis bakar pulak... Kemarin kek kukus... Hari ni bakar pulak... Tahun ni aku tak buat banyak kek lapis pun... Sebab apa pun tak tau... Kalau sebelum-sebelum ni aku buat paling kurang pun dalam enam jenis... Tapi tahun ni aku kurangkan kuantiti... Kek lapis tembikai ni asalnya kaler merah... Saja aku tukar buat kaler kuning... Teringin jugk nak tengok versi kuning... Ok jugak lah kann... Apa-apa pun meh tengok resepi kat bawah ni...




Resepi: Asmah Wani Nur Amni
By: Sunah Sakura
Loyang: 8" x 8"


Bahan-bahannya:

10 biji telur
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm tepung hong kong
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil susu manis
1 paket serbuk santan (50gm)
1 botol chocolate chips (untuk dijadikan biji tembikai)
1 sudu makan ovalette
 1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna hijau & kuning

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Sediakan loyang & griskan dasarnya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
  2. Pukul mentega, gula, esen vanilla dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi sehingga sebati. 
  4. Perlahankan mixer, masukkan susu, sekaya dan serbuk santan, pukul lagi hingga adunan bergaul rata.
  5. Masukkan tepung, sedikit demi sedikit. Gaul lagi sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 Bahagian. 
  7. Bahagian 1 : Beri warna hijau. Warna hijau ini ada 3 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 5 sudu makan. Bermakna semuanya ada 15 sudu makan untuk warna hijau.
  8. Bahagian 2 : Biarkan kosong. Ada 2 lapisan dan setiap lapisan juga disukat dengan 5 sudu makan. Bermakna semuanya ada 10 sudu makan untuk warna kosong.
  9. Bahagian 3 : Beri warna kuning. Setiap lapisan ada 2 senduk nasi dan untuk warna kuning ini
    adunan dilapis sebanyak 5 sudu makan sehingga warna kuning habis dilapis.
  10. Cara2 melapis: Lapiskan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 5 sudu makan menggunakan api atas dan bawah. Bila masak, keluarkan dari oven dan tukar kepada api atas sahaja untuk lapisan seterusnya hingga habis. Tekan sedikit lapisan kek tadi dengan penekan kuih. Kemudian lapiskan lagi adunan hijau sebanyak 5 sudu makan lagi. Buat sehingga menjadi 3 lapisan.
  11. Kemudian sambungkan pula dengan melapis adunan kosong. Buat sama macam adunan warna hijau sebanyak 2 lapisan.
  12. Akhir sekali, lapiskan adunan warna kuning sebanyak 5 sudu makan, bakar berlapis-lapis. Setiap lapisan ditabur dengan chocolate chips. Buatlah begitu sehingga habis.




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...