Assalamualaikum.... Selamat berbuka semua... Ok, ni kek last untuk hari raya nanti... Rasanya aku tak buat dah kot kek lain... Macam tak larat pulak... Tapi tak tau la macam mana nanti... Tup-tup ada lagi kek. Tapi kalau nak buat pun mungkin kek butter atau kek coklat lah kot... Berbalik pada kek lapis cheese ni aku buat dua warna... Yang warna kuning tu aku letak taburan cheese... Bila letak warna ni nampak berseri lah sikit... Kalau sapa yang suka kek yang ada cheese ni memang kena cuba... Rugi oo kalau tak cuba... Ok la, selamat hari raya.. Maaf zahir dan batin... Jangan lupa pi kutip duit raya... Huhuhuuu.....
KEK LAPIS CHEESE / KEJU
C&P : Rozzan
Bahan A
10 biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk
50 gm tepung jagung
300 gm gula
250 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet
2 oz air sejuk
Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)
Bahan C:
170 gm cheddar cheese (diparut)
Cara-Cara
- Bahan A disatukan dan dimesin sekali.
- Pukul mentega dan susu hingga sebati. Masukkan cream cheese dalam adunan mentega. Gaul/kacau rata.
- Masukkan adunan Bahan A ke dalam adunan mentega dan digaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...