Assalamualaikum semua.... Selamat berbuka puasa.... Tadi aku dah habis share resepi biskut. Ni aku nak share resepi kek pulak... Tahun ni aku gagahkan diri untuk buat kek kukus.. Kalau ikutkan aku memang tak berapa suka kek jenis kukus... Bukan tak suka makan ye, tak suka buat jer... Sebabnya, kek kukus in kita tak leh nampak apa yang jadi dalam pengukus tu... Kalau kek bakar senang, memang boleh nampak.... Lagi satu, kek kukus ni memang makan masa lama... Yang ni aku kukus 3 jam 30 minit ja... Tak larat nak tunggu... Masa dok tunggu kek ni masak. Aku siap bancuh adunan biskut... Sambil-sambil tunggu kek masak, boleh la buat bisku... Nanti tak letih nak tunggu... Kalau tunggu kek sambil tengok tv memang bahaya. Takut satgi periyuk hangus pulak... Hahahaa... Rupa kek ni kalau tengok memang serupa kek coklat tau... Tapi,tapi, tapi.... Rasa dia lain ooo... Memang kena buat kalau nak tau rasa dia.. Ok lah... Meh tengok resepinya.....
Kek Hitam Manis
By : HaSue
Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )
450g Mentega berkualiti
200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g
10 biji telur saiz A
1 penutup botol esen vanilla
1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
1 tin sederhana serikaya
1 tin kecil nestle cream
200g horlicks
150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
200g tepung hong kong/tepung gandum
1 sudu teh ovalete
Cara-cara
- Panaskan pengukus ( pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering ), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
- Mentega ( pastikan pada suhu bilik ) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur ( pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
- Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum ( setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya ).
- Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
- Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
- Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...