Sunday 30 March 2014

Chocolate Mousse Cake



    Assalamualaikum semua... Sihat ka...? Biasa la, sekarang ni kan musim panas. Kena la jaga kesihatan... Mesti banyakkan minum air kosong tau... Ok la, hari ni aku baru berkesempatan untuk update blog aku ni yang kelihatan agak sunyi bulan ni... Bukan malas nak update, tapi agak sibok dalam bulan ni... Hari ni aku timbul dengan kek coklat mousse yang sangat menggoda ni... Bila makan ada rasa macam ais krim pun. Bukan aku cakap, tapi anak buah aku cakap yee... Untuk keknya aku guna resepi kek coklat moist yang selalu aku dok buat tu. Cuma ada tukar bahannya sikit. Untuk mousse dan chocolate ganache aku amek dari kak ita. Kalau nak tau rasa kek ni, boleh la cuba buat...






Kek Coklat

Bahan-Bahan

Bahan A
-3/4 cawan chocolate powder [ boleh guna serbuk koko biasa ]
-1/4 cawan serbuk koko hitam
-1 cawan gula perang
-1 cawan susu segar
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak jagung

Bahan B
-1 1/4 cawan tepung kek*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tapis kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak.
  5. Kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong kepada 3 bahagian.




Mousse Chocolate
Sumber : Kak Ita

-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream [ aku letak 300gm ]
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-6 gm halal gelatin
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.
  4. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.



GANACHE COKLAT [ buat separuh sahaja ]
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
C & P : Kak Ita

-300 gm krim tenusu ~ whipping cream
-30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
-500 gm coklat gelap ~ hiris halus
-20 gm butter ~ ita tambah

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
  4. Tambahkan butter
  5. Kacau hingga adunan licin dan berkilatTuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
  6. Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik




Kaedah Penyediaan

-sedikit jus untuk lembabkak kek

  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek
  2. Lembabkan kek dengan menyapukan sedikit jus
  3. Letakkan mousse coklat dan ratakan
  4. Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
  6. Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing



Selamat mencuba



12 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...