Thursday, 24 August 2017

Kek Marble Lembut



     Assalamualikum dan selamat pagi semua... Pepagi ni aku nak update resepi kek butter pulak... Kek ni aku buat minggu lepas nuu... Cuma tak sempat nak tempek kat sini jaa.... Kek butter ni sedap kalu makan dengan teh O panas... Makan pulak waktu petang... Mmmm... Nyamannya....  Meh kita tengok resepinya...




Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Sumber : Surianti Ramli

Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )

Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak

Cara penyediaan
  1. Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
  2. Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit )
  3. Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga sebati.
  4. Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
  5. Bakar hingga masak pad suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing ).
  6. Sejukkan diredai.



2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...