Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Harap-harap pakat sihat la yaaa... Sekarang ni dah start musim hujan... Aku ni pun baru lepas lega demam... Kalau tengok tajuk N3 aku ni mesti ada yang tertanya-tanya ada kaaaa...? ulang tahun apa kan. Yang pasti bukan ulang tahun perkahwinan naaaa.... Nononooo... Hahahahaaa.... Belom kawin lagi aku ni... Huhuhuuu.... Belom sampai jodoh... Yang sebenarnya ulang tahun blog aku la.... Asalnya jatuh pada 15hb tu, sama dengan tarikh raya korban. Tu yang tak sempat nak buat kek ni. Lepas raya pun tak sempat jugak sebab kena buat kek kat orang lain dulu... Alih-alih demam pulak... Kemari baru demam ok sikit, terus on projek buat kek ni.... Asalnya nak buk kek cheese meleleh... Tengok ramai pulak yang dok buat. Tergoda jugak... Tapi bahan pulak tak cukup, lain kali la... Isi durian yang aku guna untuk buat kek ni aku guna yang aku simpan dalam peti sejukbeku punya. Lebihan masa musim durian. Bila timbang tengok tak cukup pulak, dalam 250gm ja... Tak kisah la... Janji ada jugak rasa durian. Lagi satu aku guna durian kampung... Memang sedap dan ada bau tersendiri...
Berbalik pasal ulang tahun blog ni, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan blog yang dah follow dan jugak kepada semua orang yang sudi melawat untuk jadikan rujukan.... Walaupun blog aku ni tak seberapa... Kalau tengokkan jumlah bilangan follower aku pun tak la banyak sangat. Tapi alhamdulillah, ada juga yang sudi ikut... Memang tak dinafikan berblog ni memang best. Sebabnya sekarang ni aku dah mahir jugak la bab-bab nak membaking ni. Sebelom ni takat tengok kat blog orang ja... Selain tu aku dapat jumpa ramai kenalan baru. Tapi ada jugak part yang tak best, contohnya ada komen-komen negatif dari orang yang tak berapa cerdik... Boleh ka panggil macam tu...? Tapi apa aku kisah, padam ja komen tu... Habis cerita.....
Sampai sini la dulu aku pot-pet pot-pet. Bukan pandai sangat nak tulis panjang-panjang ni... Sebelom tu aku nak mohon maaf kepada sapa-sapa yang tersinggung perasaan selama aku berblog ni dan nak mintak halal jugak la kepada semua tuan resepi yang aku dah copy dan paste kat blog ni.. Terutama kepada resepi yang aku dok derhaka tu... Mintak halal ya... Sempena nak memperingati usia blog aku ni, aku dah buat sebiji kek durian delight yang aku dah copy dari ABM. Terima kasih ABM sebab dah kongsi resepi yang best dan sedap ni..... Jom kita tengok resepi kat bawah ni....
Kek Durian Delight
BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)
[ aku guna 3 biji loyang 6'' ]
Kek Span Vanilla
bahan A
-3 biji kuning telur
-100g gula halus (blender halus gula biasa) [ aku letak 50gm ]
-50g minyak sayuran
-150g tepung gandum [ aku guna tepung hong kong sebab nak habiskan stok ]
-2 sudu kecil vanilla
-1 sudu kecil baking powder
-100ml air (nak ganti susu segar pon boleh) [ aku guna susu segar ]
bahan B
-3 biji putih telur
-1/4 sudu kecil cream of tartar
-60g gula kastor
Cara-Cara
- Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
- Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
- Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
- Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit. [ Aku bahagi sama banyak kepada 3 bahagian dan bakar secara berasingan ]
- Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven [ aku bakar pada suhu 150c selama 25 minit ] Ikut oven masing-masing ]. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.
Cream Durian Delight
Bahan-Bahan
-500g isi durian (dikisar) [
aku letak 200gm sebab tak cukup ]
-250ml non-diary whipping cream [
aku tambah lagi 100gm ]
-1 sudu kecil gelatin halal
-2 sudu besar air
Cara-Cara
- Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
- Putarkan whipping cream sehingga kental.
- Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.
Outer Layer Cream
Bahan-Bahan
-100ml non-diary whipping cream
-1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)
Cara-Cara
- Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan. (Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)
Penyediaan
- Belah kek kepada 3 bahagian [ kalau ikut cara aku tak payah la belah ]. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
- Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya.
- Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.
selamat berblog...