Sunday 22 September 2013

Slice Cheese Cake



    Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..... Hari ni aku nak update N3 tertunggak iaitu Slice Cheese Cake. Dan kali ni aku dah berjaya buat slice cheese cake tanpa mereka... Yahooo.... Dah banyak kali aku dok buat tapi tang merekah tu la yang payah nak control. Tapi kali ni aku dah ejas sushu bagi betol dan alhamdulillah, kek ni tak merekah. Untuk bagi senang potong kek ni elok kalau simpan kek ni semalaman dalam peti ais. Sebab sebelom ni aku cuma letak kejap ja dalam peti ais tu. Janji dah sejuk, terus aku potong So, jadi comot la potongan tu. Kali ni aku dah tukar cara dan hasilnya amat memuaskan... Resepi asal tak da la buat marble-marble macam yang aku buat ni. Saja buat, nampak cun sikit. Aku amek sedikit adunan plain, pastu letak coffee paste. Letak atas adunan plain yang selebinya dan buat corak marble. Nak letak apa-apa jenis emulco atau paste pun boleh... Janji sedap kat tekak masing-masing... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni...








Slice Cheese Cake

Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )

-4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
-200 ml susu segar
-70 gram butter atau marjerin
-70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
-70 gram gula
-4 biji telur saiz M
-beberapa titik esen vanila


Cara-cara
  1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. [ aku bakar pada suhu 130C selama 70minit+- dan guna loyang 7 inci yang dialas dengan baking paper pada tepi dan dasar loyang ]
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.


Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.






Sangat lembut dan sedap...





2 comments:

  1. syapex mmg ratu ciskek! ade je ciskek kt dapo dia....misti dh pro kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bkn ratu ciskek kak.....
      mana pro pn, masih merangkak-rangkak lg ni...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...