Wednesday, 1 January 2014

Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku baru sempat nak ucap selamat tahun baru 2014... Tak kisah la, lambat atau cepat janji kita dah masuk tahun baru. Lepas ni kita pasang azam baru pulak... Azam baru aku tahun ni nak cuba macam-macam jenis kek lagi. Pastu nak perbaiki lagi teknik deco kek aku supaya jadi lebih grand.... Insyaallah..... Sempena tahun baru ni, aku pun buat la sebijik kek yang agak mewah gitu... Huhuhuu... Mewah kee...? Memang mewah sebab ada kacang pecan yang agak mahal bagi ku... Banyak jugak la modal kalau nak buat kek ni... Nak rasa punya pasal kita pejam mata ja laa... Untuk kandungan gula kek ni aku dah kurangkan banyak jugak la... Tapi masih manis bagiku... Ok la, meh kita tengok resepi kat bawah ni... Thanks kak ita sebab kongsi resepi kek yang sodap ni....




Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting
C&P : Kak Ita


HAZELNUT SPONGE CAKE
-275 gm tepung
-1 sudu teh baking powder
-1/2 teaspoon baking soda
-secubit garam
*Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

-150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
-220 gm gula perang [ aku letak 180gm ]
-2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar hazelnut paste
-2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang berukuran 8 inc. Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu. Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati.
  3. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung. Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
  4. Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna. Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna. Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
  5. Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan. Ketepikan.






KACANG KARAMEL
-1 cawan kacang Pecan
-1/2 cawan kacang Hazelnut
-80 gm gula perang
-2 sudu besar madu

Cara-Cara
  1. Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
  2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
  3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana. Jangan sampai gula hangus.
  4. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin. Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi. Gaul rata dengan segera.
  5. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper. Biarkan ia sejuk dan mengeras.
  6. Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit. Ketepikan.





CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING
-340 gm mentega tanpa garam
-1 1/2 cawan gula perang [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 cawan whipping cream / heavy cream / thick cream
-1/2 sudu kecil garam
-580 gm cream cheese ~ dilembutkan [ aku letak 500gm ]
-1/2 cawan gula icing ~ di ayak [ aku letak 1/8 cawan ]
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu. Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil. Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair. Kemudian masukkan gula perang. Masak hingga gula melarut.
  2. Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream. Kacau hingga ia licin dan berkilat. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.
  3. Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
  4. Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim. Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
  5. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla. Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
  6. Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
  7. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit





BUTTERSCOTCH SAUSE
-2/3 cawan gula perang [ aku letak 1/2 cawan ]
-6 sudu besar mentega ~ potong kecil
-1/2 cawan corn syrup [ aku ganti coklat putih ]
-secubit garam
-1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream

Cara-Cara
  1. Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
  2. Tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream masak hingga pekat.
  3. Sejukkan.





Cara Melapis Kek
  1. Ambil sekeping daripada kek yang telah kita potong tadi. Letakkan atas lapik kek
  2. Kemudian letakkan Butterscotch Souse.Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
  3. Kemudian ambil, Kacang Karamel yang telah kita cincang-cincang tadi. Taburkan atas permukaan kek kita itu. Jangan letak banyak sangat tau, nanti susah nak potong kek pulak! Letak sekadar rata sahaja.
  4. Selepas tu, dengan menggunakan piping bag yang kita telah isikan Cream Cheese Butterscotch Frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita. Ratakan.
  5. Ambil sekeping lagi kek, lapisan kek yang ke 2. Sapukan dengan butterscotch source. Kemudian telangkupkan atas krim tadi. Ini bermakna, lapisan kek yang kedua diletakkan butterscotch pada kedua-dua belah. [ Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3) ]
  6. Akhir sekali kita salutkan atau lempakan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
  7. Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.



selamat mencuba...

Monday, 30 December 2013

Bingka Roti Pandan Bakar



   Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Nampak gayanya kita dah sampai ke hujung tahun 2013. Tinggal satu hari lebih lagi nak masuk tahun 2014... Lepas ni kena pasang hajat baru la untuk tahun depan. Yang tak tertunai ni kita bawa la kedepan lagi... Huhuhuu...  Disebabkan dah nak masuk tahun baru, aku pun kasi cuci la draft ni sikit... Update mana-mana resepi yang tak sempat publish tu... Cuma tinggal satu ni ja.. Pada hal dah buat lama mana dah... Bingka ni sangat senang nak buat... Rasa pun sedap.. Kalau nak sedap makan masa suam-suam tu... Bahagian atas tu bagi garing sikit... Baru ada umphh... Hehehehee... Resepi ni aku amek dari kak roz. Dia ubah dari kuih bakar jadi bingka pandan. Cuma tukar tepung kepada roti keping... So, kalau ada yang nak buat makan petang ni boleh la try la ni... Jom kita tengok resepinya...






Bingka Roti Pandan Bakar
Adapted from MR_Joayee Kuih Bakar
Saiz: 8" persegi

Bahan-Bahan
-1 cwn Gula
-1 cwn Santan
-2 1/4 cwn Air Daun Pandan Juice (blend 8 helai dgn air & tapis)
-2 sb Butter
-3 bj Telur
-1/2 st Garam
-1 sb Pes Pandan
-14 keping (520g) Roti -potong kecil


Cara-Cara
  1. Blend kesemua bahan, kec uali roti, sehingga sebati. Tuangkan ke atas roti & rendam sebentar selama 5 minit.
  2. Tuangkan 1 sb minyak ke dlm tin & panaskan di dlm oven. Ramas adunan tadi & tuangkan ke dlm tin.
  3. Tabur biji bijan & bakar 180C selama 1 jam.



selamat mencuba..



Friday, 27 December 2013

Cranberry Cake



    Assalamualaikum dan salam jumaat semua.... Sebelom tu aku nak ucapkan selamat hari krismas kepada yang menyambutnya walaupun dah terlepass.... Kita yang tak sambut pun tumpang sekaki... Tumpang tang cuti tu la... Kalau ada kawan-kawan yang sambut krismas boleh la pi melawat yee... Sebenarnya aku nak update resepi ni sebelom krismas lagi. Tapi tak tau sebab apa line kat kampung aku ni kureng sikit... Nak buka blog pn payah... Tapi tak sangka pula hari ni ok pulak... Berbalik pada resepi kali ni, aku ada cuba buat kek yang guna buah cranberry... Saja nak cuba.. Buah cranberry tu kak aku belikan. Teringin nak rasa yang fresh punya... Bila rasa, mak aii... Masamnya... Pas tu ada rasa pahit-pahit sikit... Macam menyesal pulak suruh beli. Untuk tak bagi membazir, aku google la cari resepi nak selamatkan buah ni.. Cari punya cari tak jumpa yang berkenan. Alih-alih buah tu aku buat puri dan guna kek span vanila sebagai asas kek dia... Rasa kek ni ok laa.. Tapi hari pertama tu ada rasa masam-masam lagi. Tapi bila makan esoknya, masam tu dah kurang sikit... Memang sedap... Kalau yang teringin nak cuba, boleh la tengok resepi kat bawah tuu... 




Cranberry Cake

Pure Vanilla Sponge Cake
(recipe source: by Sonia aka Nasi Lemak Lover)
*makes a 6”cake

-3 egg yolks
-15g sugar
-55g vanilla water (or 1/2tsp vanilla extract + 50g water)
-40g corn oil
-80g Top flour (high ratio flour) or cake flour

-3 egg whites
-55g sugar
-1/4tsp cream of Tartar


Method
  1. Prepare one 6” round cake tin (Not a non-stick), don’t need to line paper.
  2. Immediate separate cold eggs from fridge (easy to separate this way) into two mixing bowls. Set aside to return to room temperature.
  3. Add in sugar into egg yolks, immediately lightly whisk the egg yolks and sugar till light (Try to whisk immediately once sugar is added into egg yolks, egg will cover the sugar and turned hard if sit there for too long).
  4. Add in corn oil, mix well. Then add in vanilla water, stir well to combine.
  5. Sift in flour, stir till well combine.
  6. Whisk egg whites and cream of tartar till foamy, gradually add in sugar in there times and continue beat until approaching stiff peaks (meringue stand straight up with a little curve at the tip) or till stiff peaks (this stage is a bit difficult to fold with egg yolk mixture)
  7. Take 1/3 of meringue and use a hand whisk to mix well with egg yolk batter.
  8. Fold in 1/3 of meringue and use a silicone spatula, gently fold with egg yolk batter till slightly combined. Fold in the balance meringue and gently fold till well combined.
  9. Pour into round cake tin, bake at pre-heated oven at 140C (no fan) for 25mins at low rack, then increase to 160C(fan forced) for another 35mins.
  10. Once baked, turn your chiffon tin upside down and cool completely before remove from the tin.





 Puri Cranberry

-1 cawan buah cranberry
-2/3 cawan air
-1/2 cawan gula

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga buah cranberry lembik lebih kurang 5 minit.
  2. Teruskan masak hingga pekat. Apabila telah pekat, tutup api dan sejukkan.
  3. Untuk mendapatkan puri yang lincin, blender puri dengan pengisar.




Cara Penyediaan Kek

-300gm fresh cream [ pukul kental ]
-hawaii coconut flake
-sedikit jus

Cara-Cara
  1. Apabila kek telah sejuk, potong kepada tiga bahagian.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek dan renjis sedikit jus. Sapu puri cranberry keseluruh permukaan kek. Ratakan pula fresh cream dan letak sekeping kek lagi.
  3. Ulang langkah 2 untuk lapisan berikutnya.
  4. Sapu lebihan fresh cream seluruh kek.
  5. Tabur dengan hawaii coconut flake dan hias dengan buah cranberry segar.





jom makan...
tapi dah habis dahh...
hehehee...


Sunday, 22 December 2013

Kek Pisang Mentega Kacang



      Assalamualaikum dan salam hujung minggu... Hari ni menu guna pisang lagi... Kali ni buat kek pisang. Kek pisang ni lain sikit sebab ada tambah mentega kacang. Memang sedap dan ada rasa lemak berkacang... Untuk resepi asal guna pisang berangan atau pisang tanduk. Tapi aku guna pisang emas. Nak buat macam mana, tu ja yang ada... Lagi satu, bila guna pisang emas tu sukatan gula aku kurangkan sikit. Takut terlalu manis la pulak... Paham-paham la, pisang emas ni memang sangat manis... Untuk bagi lagi best aku letak kekacang kat atas kek pisang ni. Bila makan boleh rasa rangup dan lagi sedap. Resepi ni aku copy dari blog Amie's Little Kitchen. Terima kasih ya Pn Salami Simon atas perkongsian resepi yang sangat sedap dan mudah ni.... Jom kita tengok resepi kat bawah nii...


Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang

Bahan-bahan:
-2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
-400 gram pisang berangan - selepas dilecek lebih kurang 1 1/2 cawan
-4 sudu makan mentega kacang halus
-3/4 cawan gula perang [ aku letak 1/2 cawan ]
-1 cawan minyak jagung
-4 biji telur
-1/2 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
-secubit garam

Hiasan
-hirisan badam
-biji labu


Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
  3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
  4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
  5. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
  6. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
  7. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi. Tabur hirisan badam dan biji labu atas kek.
  9. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.



 

selamat mencuba,,


Saturday, 21 December 2013

Bingka Pisang



    Assalamualaikum semua.... Ada masak apa petang ni.. Kalau waktu petang-petang macam ni pekena kuih memang sedap... Kalau nak cuba bingka pisang yang sangat sedap dan penuh dengan kelemakkan pisang ni pun boleh jugak... Sangat sesuai kalau buat menu minum petang. Nak buat menu sarapan pagi pun boleh... Tak jadi masalah pun.. Resepi ni aku copy dari kak dayang... Memang sedap rasa bingka ni. Bau pun sungguh harum memikat jiwa... Huhuhuuu... Kena cuba tau... Meh kita tengok resepi kat bawah ni...







Bingka Pisang
Resepi : DayangJack


Bahan-Bahan
-1 cawan tepung gandum
-200 ml santan pekat
-125 air
-3 biji telur C
-2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
-80g gula pasir (+/-)
-2 sudu besar susu pekat
-2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
-sedikit esen pisang jika suka
-secubit garam
-sedikit pewarna kuning
-bijan untuk taburan

Cara-cara
  1. Kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.
  3. Sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya
  4. Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C.
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (tapi memang sedap dimakan time ia masih panas sebab terasa sangat kegaringan kerak bahagian atasnya)




Selamat mencuba..


Friday, 20 December 2013

Raspberry Cheese Cake



     Assalamualaikum dan salam jumaat semua.. Hari ni aku nak share resepi cheesecake lagi. Tapi bukan yang bakar. Untuk resepi ni aku amek dari Kak Hana. Kak Hana buat guna buah strawberry. Kak Hana pulak amek resepi ni kat Kak Zai. Dia buat black forest cheese cake. Aku pula ganti dengan buah raspberry. Rasa dia masam sikit kalau nak bandingkan dengan buah strawberry tu.. Memang sesuai la sebab cheese tu dah rasa lemak-lemak. Bila makan dengan buah yang masam ni, hilang la rasa muak tu... Nak makan banyak keping pun tak kisah... Tapi kena kisah jugak sebab nanti nak kena ternak lemak kat badan pulak... Huhuhuu...  Jom kita tengok resepi kat bawah ni...






Raspberry Cheese Cake
Sumber 1 : Kak Zai ( Black Forest Cheese Cake )
Sumber 2 : Kak Hana ( Strawberry Cheese Cake )

Bahan-bahan

Bahan-bahan A:
-200 gm biskut mudah hadam
-60 gm mentega tanpa garam

Bahan-bahan B:
-200 ml krim putar (whipping cream)
-250 gm krim keju
-140 gm gula kastor
-1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
-15 gm gelatin halal
-100ml air
*campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D
-1 pack buah raspberry -[  simpan sedikit untuk buat topping ]

Topping:
-buah raspberry yang di ketepikan
-3 sudu besar gula
-80 ml air
-1 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu besar air

Cara-Cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang acuan berukuran 6 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega .Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi.Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah raspberry. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
  8. Buat topping dgn mencampurkan buah raspberry, gula dan air. Masak sehingga buah raspberry hancur. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Masak dengan api yg kecil hingga pekat. Apabila telah pekat, tutup api sejukkan seketika.
  9. Tuangkan topping raspberry hingga habis. Simpan dlm peti ais sebelum dihidangkan.




Sedapnya...


Wednesday, 18 December 2013

Jus kiwi



    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku cuma nak share resepi minuman jus kiwi yang sangat mudah dan segar. Bahan-bahan pun tak banyak. Hari ni mood nak baking tak berapi rajin sikit. Sebabnya, bila jenguk kat luar nampak tu nampak mendung ja.. Mata ni mula la rasa berat... Kalau dapat bantal memang best.. Berita pun ada bagitau kata gelombang banjir yang ke-2 akan datang. Lepas ni kena bersiap sedia la... Takat sini la dulu nooo... Bye...



Jus kiwi


Bahan-bahan ( 2org )

-1biji buah kiwi
-1/2gelas susu segar
-1 1/2gelas air masak
-susu pekat/gula ikut kemanisan yg dikehendaki


Cara-cara
  1. Blend kiwi dengan susu. Masukkan air masak dan tambah susu pekat/gula ikut kemanisan.
  2. Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais kiub.



Nyaman tekak...

Monday, 16 December 2013

Very Berry Mousse



     Assalamualaikum dan selamat tengahari semu... Mesti pakat sibok kat dapur tengah menyiapkan makanan tengahari kan. Kalau kat sini sibok nak share satu resepi dessert yang sangat ringkat tapi sedap. Resepi ni aku amek kak kak ita.. Bila tengok resepi pun senang dan bahan pun guna tak banyak... Untuk buah tu rasanya boleh tukar dengan buah-buah yang lain tapi tak jadi very berry mousse la.. Pandai-pandai tukar nama sendiri... Heheheee... Untuk base dia boleh la guna lebihan-lebihan kek span. Kalau buang nanti membazir la pulak.. Ok la, meh kita tengok resepi kat bawah ni...









VERY BERRY MOUSSE
Rujukan : Chef Amer
C&P : Kak Ita


Kek span ~ apa-apa kek span pun boleh
Buah strawbery secukupnya ~ di belah 4
Buah Blackberries secukupnya
Strawberry filling secukupnya


Berry Mousse
-2 biji kuning telur
-Rasberry puree ~ atau apa-apa puri berries pun boleh
-6 gm serbuk gelatin halal
-25 m air
-150 gm krim bukan tenusu


Cara-Cara
  1. Tuangkan air dalam bekas kecil. Taburkan serbuk gelatin atasnya dan biarkan gelatin mengembang anggaran 10 minit.
  2. Sementara itu panaskan kuning telur secara double boiler sehingga ia pekat. * pastikan sentiasa dikacau. Alihkan dari api dan campurkan rasberry puri dan gelatin. Kacau rata. Biarkan sejuk.
  3. Sementara itu pukul krim bukan tenusu hingga kental, kaku dan bertanduk. Kaup baik krim bukan tenusu yang telah diputar dalam adunan puri rasberry tadi. Kacau rata.


Cara Menyusun
  1. Sediakan gelas atau bekas.
  2. Letakkan kek span di dasarnya.
  3. Tuangkan pula berry mousse.
  4. Taburkan dengan buah-buahan segar strawberry dan blackberries.
  5. Akhir sekali letakkan filing strawberry.
  6. Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.




Uuuiii.... Sedapnya...


Saturday, 14 December 2013

Rainbow Snow Cheesecake



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek yang tengah meletop waktu sekarang ni.. Kalau tengok rata-rata blog masakan tengah dok tayang kek cheese meleleh atau kek cheese bersalji... Ramai yang dah dapat ungtung dengan kek cheese meleleh ni. Tapi kek cheese aku ni bukan dalam golongan kek cheese meleleh la... Cuma dalam golongan kek cheese bersalji yang dah di derhaka jadi rainbow cake yang telah di salut dengan cheese... Kalau aku buat cara kek cheese meleleh, kompem runtuh kek ni... Huhuu... Untuk setiap warna aku letak berlainan rasa... Pilih nak rasa yang mana... Hehehe... Ok la, jom kita layan resepi kat bawah...





Rainbow Snow Cheesecake

KEK
-6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
-100 gram gula halus
-100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
-60 gram tepung jagung (maizena)
-50 gram air sejuk (dr peti ais)
-1 sudu teh baking powder
-2 sudu makan ovelet
-75 gram mentega (dicairkan)
-pewarna merah ( perisa strawberry ), oren ( perisa oren ), kuning ( perisa mangga ), hijau ( perisa pandan ), biru ( perisa vanila ) & ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Bahagi adunan kepada 6 bahagian sama banyak dan masukkan setiap bahagian dengan warna dan perisa masing-masing.
  4. Sediakan dua loyang bulat 7'' yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
  5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 12 minit ke 15 minit, dengan kepanasan 150C.
  6. Bila sudah masak biarkan sejuk.


KRIM
-450gm cream cheese
-1/2 tin susu pekat manis [ ikut tahap kemanisan masing-masing ]

Cara-Cara
  1. Satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga tidak berketul-ketul.


TOPPING
-1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)





Cara Penyediaan Kek

-jus untuk lembabkan kek

  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Renjis sedikit jus untuk lembabkan permukaan kek. Sapu sedikit krim dan ratakan. Letak sekeping kek diatasnya.
  2. Ulang langkah satu sehingga kepingan kek yang terakhir.
  3. Sapu keseluruhan kek dengan baki krim.
  4. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.



selamat mencuba...



Friday, 13 December 2013

Kiwi ( Gold ) Panna Cotta



    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Alhamdulillah, dah banyak hari dah bumi perlis ni tak hujan macam senelum-sebelum ni. Awal-awal hari tu memang ingat nak banjir dah... Tapi syukur, tahun ni tak banjir. Tapi kami tetap buat persiapan awal-awal lagi. Sebab mana tau kot-kot banjir datang mengejut.. Kita bukan boleh ramal cuaca... Tapi aku sedih jugak la kat negeri-negeri lain yang dapat musibah banjir ni.. Harap-harap dapat bersabar la ya.. Dah la dah nak masuk tahun baru... Memang dugaan betol.. Berbalik pada resepi hari ni, aku ada cuba buat panna cotta. Ni first time buat. Rasa pun first time jugak. Rasa panna cotta ni macam jelly pun ada. Sebab lembut. Tapi tak guna serbuk agar-agar atau serbuk jelly pun. Guna gelatin sebagai agen pembeku... Amek masa lama jugak la nak tunggu beku..  Bila dah beku tu letak la puri kiwi.. Rasa masam-masam puri kiwi tu memang sedap bila gandingkan dengan panna cotta tu. Kalau ada yang nak cuba... Sudi-sudikan la tengok resepinya... Terima kasih kak nor sebab kongsi resepi ni....





KIWI (GOLD) PANNA COTTA
Source : Gert (Mango Panna Cotta)
C&P : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
-9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
-4 sudu besar air
-2  1/2 cawan susu segar/fresh milk
-1/4 cawan gula
-1 sudu teh vanila
-3 biji buah kiwi gold ~ blend utk dijadikan puri + 2 - 3 sudu besar gula


Cara-Cara

  1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
  2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau
  4. sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  5. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
  6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.



makan sejuk-sejuk baru best...