Wednesday 1 January 2014

Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku baru sempat nak ucap selamat tahun baru 2014... Tak kisah la, lambat atau cepat janji kita dah masuk tahun baru. Lepas ni kita pasang azam baru pulak... Azam baru aku tahun ni nak cuba macam-macam jenis kek lagi. Pastu nak perbaiki lagi teknik deco kek aku supaya jadi lebih grand.... Insyaallah..... Sempena tahun baru ni, aku pun buat la sebijik kek yang agak mewah gitu... Huhuhuu... Mewah kee...? Memang mewah sebab ada kacang pecan yang agak mahal bagi ku... Banyak jugak la modal kalau nak buat kek ni... Nak rasa punya pasal kita pejam mata ja laa... Untuk kandungan gula kek ni aku dah kurangkan banyak jugak la... Tapi masih manis bagiku... Ok la, meh kita tengok resepi kat bawah ni... Thanks kak ita sebab kongsi resepi kek yang sodap ni....




Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting
C&P : Kak Ita


HAZELNUT SPONGE CAKE
-275 gm tepung
-1 sudu teh baking powder
-1/2 teaspoon baking soda
-secubit garam
*Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

-150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
-220 gm gula perang [ aku letak 180gm ]
-2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar hazelnut paste
-2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang berukuran 8 inc. Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu. Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati.
  3. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung. Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
  4. Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna. Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna. Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
  5. Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan. Ketepikan.






KACANG KARAMEL
-1 cawan kacang Pecan
-1/2 cawan kacang Hazelnut
-80 gm gula perang
-2 sudu besar madu

Cara-Cara
  1. Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
  2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
  3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana. Jangan sampai gula hangus.
  4. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin. Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi. Gaul rata dengan segera.
  5. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper. Biarkan ia sejuk dan mengeras.
  6. Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit. Ketepikan.





CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING
-340 gm mentega tanpa garam
-1 1/2 cawan gula perang [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 cawan whipping cream / heavy cream / thick cream
-1/2 sudu kecil garam
-580 gm cream cheese ~ dilembutkan [ aku letak 500gm ]
-1/2 cawan gula icing ~ di ayak [ aku letak 1/8 cawan ]
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu. Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil. Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair. Kemudian masukkan gula perang. Masak hingga gula melarut.
  2. Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream. Kacau hingga ia licin dan berkilat. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.
  3. Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
  4. Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim. Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
  5. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla. Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
  6. Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
  7. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit





BUTTERSCOTCH SAUSE
-2/3 cawan gula perang [ aku letak 1/2 cawan ]
-6 sudu besar mentega ~ potong kecil
-1/2 cawan corn syrup [ aku ganti coklat putih ]
-secubit garam
-1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream

Cara-Cara
  1. Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
  2. Tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream masak hingga pekat.
  3. Sejukkan.





Cara Melapis Kek
  1. Ambil sekeping daripada kek yang telah kita potong tadi. Letakkan atas lapik kek
  2. Kemudian letakkan Butterscotch Souse.Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
  3. Kemudian ambil, Kacang Karamel yang telah kita cincang-cincang tadi. Taburkan atas permukaan kek kita itu. Jangan letak banyak sangat tau, nanti susah nak potong kek pulak! Letak sekadar rata sahaja.
  4. Selepas tu, dengan menggunakan piping bag yang kita telah isikan Cream Cheese Butterscotch Frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita. Ratakan.
  5. Ambil sekeping lagi kek, lapisan kek yang ke 2. Sapukan dengan butterscotch source. Kemudian telangkupkan atas krim tadi. Ini bermakna, lapisan kek yang kedua diletakkan butterscotch pada kedua-dua belah. [ Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3) ]
  6. Akhir sekali kita salutkan atau lempakan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
  7. Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.



selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...