Sunday, 2 November 2014

Kaswi Pandan Seri Wangi



    Assalamualaikum... Selamat petang semua... Makan apa petang ni... Aku petang ni buat kuih kaswi... Resepi ni aku copy dari kak yati... Hmmmm... Agak lama aku tak buat kuih-kuih ni. Salalu dengan kek je. Tapi hari ni tergerak hati pula bila nampak kak yatie post resepi kuih kaswi pandan seri wangi ni... Memang sesuai la nama tu ada perkataan seri wangi... Dah la nampak berseri bila masak, wangi dengan haruman pandan pulak tu... Sapa yang tak terpikat dengan godaan kuih ni... Rasanya ni la antara kuih kaswi yang paling ok pernah aku buat. Jadi dengan eloknya... Sebelom ni selalu buat, tapi kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Sebab tu la aku jarang buat kuih-kuih ni. Bukan salah resepi, aku ni memang tak teror buat kuih. Tapi kalau kek, suka aku sebab selalunya menjadi walaupun kadang-kadang ada yang tak berapa ok... Apa-apa pun terima kasih kak yatie sebab sudi kongsi resepi kuih kaswi yang mudah dan sedap ni... Byee...







Kaswi Pandan Seri Wangi
C&P : Kak Yatie


Bahan-Bahan ( loyang 8 inci )
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1/2 cwn tepung ubi
-1 cwn gula pasir halus
-2 1/2 cwn santan (Yatie guna santan kotak 200ml dan selebihnya tambah air biasa)
-1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
-1 sudu besar air kapur sireh
-1/2 sudu kecil garam
-sedikit pewarna hijau.

**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan seri wangi.


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
  2. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.
  3. Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.
  5. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.
  6. Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.
  7. Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 35 minit.
  8. Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.
  9. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.






Saturday, 1 November 2014

Potato Fritters (Cucur Kentang)



    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 11. Tak lama lagi nak masuk tahun 2015. Kejap ja masa berlalukan. Tak sedar pun. Hari ni aku nak share satu resepi yang menjadi fenomena jugak la beberapa bulan yang lepas. Aku ni baru sempat nak mencuba. Tak sangka, sedap rupanya cucur kentang ni. Rangup krup-krup plak tu... Lepas makan cucur ni tetiba ja datang idea nak letak isi udang dalam adunan cucur ni. Mesti sedapkan. Lepas ni aku nak try letak isi udang tengok. Pasti meletop,letop rasanya kan... Hahahaa...  Sebelom tu, jom tengok resepi kat bawah tu. Terima kasih Alongroz sebab kongsi resepi ni dan juga kepada pemilik asalnya... Byee...






Original Source: Ummi@HomeSweetHome
Resepi olahan semula oleh HomeKreation & juga inspirasi dari kawan2 yg sudah mencuba Boleh google untuk melihat hasil dari kawan2 blog
Hidangan: 3 orang

BAHAN2:
-3 biji Kentang*
-1 btg Karot* (* sagat kasar )
-4 sb Tepung Jagung
-5 sb Tepung Gandum
-1 bj Telur - pukul sedikit dgn garfu
-Sedikit Daun Kucai
-1 bj Cili Merah - hiris
-1 bj Bwg Besar - hiris
-Garam, Lada Hitam serbuk


CARA2:
  1. Gaul kesemua bahan2 sehingga rata.
  2. Panaskan minyak yang agak banyak seperti menggoreng cucur. Sudukan adunan ke dlm minyak & balik2an sehingga garing.
  3. Toskan minyak & hidangkan panas2 dgn sos cili.







Friday, 31 October 2014

Nasi Komok atau Khao Mok Gai



    Asssalamualaikum dan selamat petang semua.... Ni menu tengahari tadi... Kalau nak rasa, harap maaf ye, dah habis. Aku buat sikit je. Cukup-cukup untuk tiga orang makan. Resepi nasi ni aku tak pernah dengar sebelom ni. Katanya nasi komok ni bermaksud nasi briani siam. Walaupun aku dok sempadan dengan negeri siam, tak tau la pulak wujud nasi ni. Aku tanya mak aku maksud khao mok gai tu, mak aku cuma paham khao yang bermaksud nasi. Tu pun tak pasti. Mak aku pun dah tak berapa ingat bahasa siam ni... Sapa nak kepastian cer googel tengok ok.... Pasal rasa nasi ni pulak sedap jugak, cuma kalau tengok macam set nasi ayam ja.. Cuma tak ada kicap pedas... Untuk set nasi ni aku memang buat sikit sebab dalam rumah ni ada tiga orang ja... Ayam tu aku buat separuh. Nasi pulak aku sukat beras sebanyak 1 1/2 cawan. Main agak-agak masa nak sukat air untuk tanak nasi tu... Terima kasih kepada yang menyumbangkan resepi nasi ni... Jom tengok resepi pulak....





NASI KOMOK / KHAO MOK GAI
Di kongsikan oleh : Kak Azian
Rujukan : Ayu
C&P : Kak Ita

Sebelum kita memasak Nasi Komok ni kita perlulah menyediakan rempah Komok terlebih dahulu. Sebenarnya rempah Komok ni ada di jual mungkin di utara, atau di sempadan Thailand. Tapi bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah komok bolehlah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azian.

REMPAH KOMOK
-2 sudu teh rempah kari daging
-1 sudu teh serbuk kunyit
-1 sudu teh serbuk ketumbar
-1/2 sudu teh serbuk jintan putih
-1 sudu teh garam
-1 sudu besar gula

Semua bahan di atas di satukan, campurkan sedikit air gaul rata untuk di jadikan pes.


NASI KOMOK
-1 ekor ayam ~ dipotong 4 dan cuci bersih
-5 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar, cuci dan toskan
-4 sudu besar minyak ghee / minyak sapi
-1 batang kulit kayu manis
-4 biji buah pelaga
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih
-1 batang serai ~ dititik ita tambah
-5 ulas bawang merah ~ dihiris
-4 ulas bawang putih ~ dihiris
-3 batang akar ketumbar ~ hiris sikit untuk buang tanahnya dan cuci bersih
-3 sudu besar Rempah Komok / guna resepi di atas
-200 ml susu cair
-8 cawan air
-garam secukup rasa
-1 kiub ayam ~ ita tambah


Cara-Cara
  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih , buah pelaga dan serai hingga harum.
  3. Masukkan bahan yang di hiris dan masak hingga ia layur
  4. Kemudian masukkan pes rempah komok dan masak hingga garing. Sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
  5. Setelah garing, masukkan air dan akar daun ketumbar. Biarkan air rebusan mendidih
  6. Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa. Rebus hingga ayam separuh empuk
  7. Angkat ayam dan toskan
  8. Masukkan beras ke dalam periuk nasi
  9. Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
  10. Kemudian masukkan susu cair
  11. Perasakan garamnya jika kurang.
  12. Tanaklah nasi seperti biasa.

*Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk di buat sos cili





AYAM GORENG
-Serbuk kunyit secukupnya
-Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Ayam yang telah kita toskan tadi, kita gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  2. Kemudian goreng terendam di dalam minyak panas.
  3. Setelah kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya


Ita perapkan ayam bersama rempah ayam goreng
Aku perap dengan sos lada hitam




SOS CILI
-1 cawan air rebusan ayam
-6 biji cili merah
-4 biji cili padi ~ jika inginkan pedas
-2 ulas bawang putih
-4 tangkai daun ketumbar
-2 sudu besar cuka ~ boleh juga perahkan jus lemon
-garam dan gula secukup rasa
-Sedikit cili sos ~ ita tambah
-Sedikit kicap manis ~ ita tambah


Cara-Cara
  1. Kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam tadi.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kuah agak pekat
  3. Ita tambahkan sedikit cili sos dan sedikit kicap manis
  4. Bila kuah telah pekat perasakan dengan garam dan gula
  5. Boleh tambahkan cuka atau perahan jus lemon





SUP KOMOK
Lebihan air rebusan ayam tadi, ita jadikan sup untuk di makan bersama Nasi Komok sebagai kuahnya. Ita cuma perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun ketumbar.






Wednesday, 29 October 2014

Black Cherry Cheesecake




    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa petang ni... Aku tak ada buat apa-apa pun untuk petang ni. Cuma nak tayang cheese cake yang dah lama habis dimakan. Memang dah lama aku tak buat cheese cake ni. Selalu kalau nak buat pun yang jenis gebu-gebu dan ringan-ringan. Tapi kali ni buat yang berat sikit. Resepi pun muda. Bahan yang nak guna pun tak banyak. Kalau makan cheese cake jenis ni memang cepat kenyang. Tak macam cotton soft japanese cheesecake, kalau yang tu berkeping-keping makan pun tak heran. Terima kasih alongroz sebab kongsi resepi ni. Katanya ni cheesecake kesukaan anaknya... Aku pun suka jugak. Sedap, separuh cheesecake tu aku yang makan sorang. Huhuuu... Ok la, kalau nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tuuu...







Black Cherry Cheesecake
C&P : AlongRoz
Saiz: 5" x 8" ( aku guna loyang bulat springform 6'' )

BASE:
-1 bungkus Biskut Oreo - buang inti & hancurkan
-2-3 sb Butter

Cara-Cara

  1. Gaulkan sebati & tekan ke dlm tin yg di lapik kertas/aluminium.
  2.  Bakar selama 10 minit 180C.



FILLING:
-1 pack/250g Cream Cheese
-1/3 cwn Gula
-1 bj Telur (Gred A)
-2 sb Susu Cair Evaporated
-1 st Esen Vanilla

Cara-Cara

  1. Pukul Cream c heese & gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur & pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu & EV, pukul sebati.
  4. Bakar 170C selama 30 minit sehingga permukaan nya agak pejal.
  5. Sejukkan di suhu bilik.
  6. Tuangkan topping black cherry & sejukkan dlm petisejuk semalaman.



TOPPING:
-1/2 tin Blac k Cherry filling
-30ml Air Panas
-1/2 st Serbuk Agar-Agar (Along guna 1 st keras sedikit, so sarankan separuh jer) ( aku letak 1/2 st )

Cara-Cara

  1. Campur kesemua bahan & masak sehingga agar2 larut.
  2. Sejukkan sedikit sehingga suam & tuang ke atas cheesecake.






Sunday, 26 October 2014

Jeruk Betik Asam Boi & Salam Maal Hijrah 1436



    Assalamualaikum dan salam maal hijrah 1436. Tahun baru, kita mula buku baru. Kita lupakan kisah-kisa lama. Kita mulakan hidup baru... Tengah malam ni aku nak share satu resepi yang sangat hot kat FB sekarang ni. Apa lagi kalau bukan jeruk mangga asam boi. Tapi aku tak ada stok buah mangga kat rumah ni. Jambu batu pun tak masak lagi... Hmmm... Yang ada pun buah betik... Jadi la... Rasa pun sedap, cuma tak masam macam buah mangga la. Walaupun tak masam, makan tetap dok ulang jugak. Selalunya benda-benda macam ni orang mengandung ja yang minat. Sekarang ni dah tak kira sapa pun. Termasuklah aku... Hahahaa... Sedap habis... Untuk jeruk betik asam boi ni aku letak hirisan cili padi yang hijau saja. Yang merah aku letak sebijik-sebijik sebagai hiasan saja. Tak berani nak potong. Nak tau sebab apa, yang merah tu memang pedas yang amat kalau nak bandingkan dengan yang hijau tu... Tak berani aku... Sapa yang nak try boleh tengok resepi kat bawah ni... Bukan payah mana pun... Campur-campur bahan ja... Ok la, byee...








Jeruk Betik Asam Boi
Sumber : FB & Google

Bahan-Bahan
-1 biji betik mengkal
-1 cawan gula ( boleh kurangkan )
-1 bungkus asam boi ( RM2, hihii )
-1 sudu teh garam
-cili padi merah dan hijau ( dipotong )

Cara-Cara

  1. Kupas betik dan potong kepada saiz yang sesuai. Basuh dan toskan.
  2. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Masukkan ke dalam balang dan simpan dalam peti sejuk semalaman...
  3. Siap dan boleh makan sambil nonton tv...






Wednesday, 22 October 2014

Upside Down Pineapple Cake & Happy Deepavali



    Assalamualaikum semua... Sebelum tu nak ucapkan Happy Deepavali kepada yang menyambutnya. Kepada yang tak sambutnya selamat bercuti. Kepada yang kena kerja, selamat bekarja lah... Hihiii... Petang ni nak tayang kek yang nampak sangat cantik dipandang... Rasa kek ni macam kek butter pun ada. Cuma satu ja, ada rasa masin sikit kat permukaan buah nenas tu. Ni sebab aku guna salted butter la kot. Lepas ni kalau nak buat kena guna yang unsalted la pulak... Mmmm... Takat sini lah dulu, tak tau nak tulis apa dah. Ok, byee...








Upside Down Pineapple Cake
Sumber : CMG
C&P : Kak Yatie

BAHAN-BAHANNYA
-2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
-Ceri merah secukupnya
-250 gm mentega
-5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
-135 gm gula halus
-135 gm tepung gandum*
-2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
-1 camca teh esen vanilla
-1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah ( aku pun tambah )

Bhn utk karamel
-2 camca besar butter di cairkan
-1/4 cwn gula perang/brown sugar


CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur 2. rata brown sugar. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  5. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  6. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.





Tuesday, 21 October 2014

Kek Pisang Marble



      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Malam ni aku nak share satu resepi kek pisang. Bukan kek pisang biasa tau, kek pisang marble okk... Kalau kek pisang biasa tu memang dah selalu dok makan kan. Apa kata kali ni cuba yang berlainan sikit. Kalau tengok resepi asal cuma letak coklat emulco ja, tapi aku dah derhaka tambah satu lagi perasa panda... Hihihiii... Jangan marah kak ros sebab saya dah derhaka resepi ni. Lagi satu aku dah ganti gula biasa kepada gula perang... Derhaka lagi... Hihihiii.... Derhaka-derhaka pun nasib baik menjadi... Selalunya kek yang dok derhaka ni boleh tak menjadi tau aku dah pernah kena okk, jangan memain. Rasa kek ni sangat moist. Gandingan coklat emulca dan pandan paste memang sangat serasa. Rasa pun tak ganjil sangat... So, kalau ada yang teringin nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah ni...








Kek Pisang Marble Susu
C&P : Ros ( jintanmanis )

-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula ( aku ganti gula perang )
-1/2 cawan minyak masak
-1/2 cawan susu segar
-4 biji pisang yang ranum
-1 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat
-secubit garam
-sedikit esen vanila
-3 biji telur
-sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
-pandan paste ( aku tambah )


Cara-caranya
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
  2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan ( aku amik 1 senduk untuk coklat emulco dan 1 senduk untuk pandan paste ). Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat dan pandan, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.






Wednesday, 15 October 2014

Devil's Food Chocolate Cake & Ulang Tahun Blog yang Ke-2



      Assalamualaikum semua... Hari ni genap la umur blog aku 2 tahun. Masih baru lagi usia blog aku ni kalau nak bandingkan dengan bloger-bloger otai yang lain. Macam-macam aku dapat selama menjadi food blogger ni.. Yang semestinya aku sekarang ni dah boleh dikatakan pandai la dalam bab-bab nak baking ni. Cuma tang nak masak ja tak berapa pandai sangat... Entah la, pasai apa aku kurang sangat tang bab nak masak-masak ni, tapi kalau bab buat kek memang laju... Hihihiii... Cuma satu yang buat aku sedih selama dok blogging ni. Orang suka sungguh curi gambar dari blog aku ni. Pastu suka-suka ja crop gambar tu supaya tak bagi nampak watermark.. Cemuih aku.... Aku bukan nak perasan kata gambar yang aku amek ni lawa sangat. Tapi sekurang-kurangnya mintak la izin kalau nak pinjam gambar tu.... Tak pun jangan la dok gatai tangan nak pi crop gambar tu...
      Kita stop kejap, la ni kita layan pulak kek yang aku buat sempena ulang tahun blog aku ni. Kalau tengok nama kek ni memang gerun jugak la. Apasal la depaa boh nama lagu tu.. Hmmm... Heran sekejap... Tapi,tapi... Walaupun nama kek ni agak mengerunkan, rasanya memang sedap. Ada pula cream cheese frostig... Tambah lagi chocolate ganache... Aduh sedapnya rasa... Resepi ni aku copy dari kak rima. Tima kasih ye kak...
     Apa-apa pun harap umur aku ni masih panjang lagi untuk meneruskan blog aku ni... Ok la, bye...







Devil's Food Chocolate Cake
C&P : Kak Rima

Cake

-1 cup all purpose flour
-1/4 cup cocoa powder (i used cocoa berry)
-3/4 tsp bicarbonate soda
-1/4 tsp salt (i used 1/2 tsp)
-1/2 cup granulated sugar
-1/2 cup brown sugar (i used light brown sugar)
-65 gram butter ( i used unsalted butter)
-1 large egg - size A
-1 tsp vanilla extract
-1/4 cup buttermilk (i used fresh milk and added distilled vinegar)
-1/2 cup warm water


Methods
  1. Preheat oven at 170C .. greased cake tin ( aku guna 2 loyang 7'' )
  2. Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
  3. Beat butter with sugars until light and fluffy, add egg.
  4. Add dry ingredients (flour, cocoa powder etc) alternately with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions
  5. Add vanilla extract and continue to mix till well blended
  6. Bake for about 30 minutes or until just cooked ( aku bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bakar dalam 20 minit )






Cream Cheese Frosting
-250 g cream cheese (room temp)
-125 g butter (room temp)
-1 cup icing sugar - sifted
-1 tsp vanilla extract
-juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste


Methods
  1. Beat cream cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.



Chocolate Ganache
-200 ml double cream with
-250 g dark chocolate, chopped finely 
-a pinch of salt


Methods


  1. In a double boiler, warm double cream until just at boiling point, add chopped chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.





Cara melapis kek
  1. Apabila kek telah sejuk potong kepada 2 bahagian.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek dan sapu cream cheese frosting. Letak sekeping kek lagi.
  3. Ulang langkah 2 sehingga habis. Salut keseluruhan kek dengan lebihan cream cheese frosting dan simpan di dalam peti sejuk seketika.
  4. Keluarkan kek dan salut dengan chocolate ganache dan hiaskan.








Monday, 13 October 2014

Red Velvet by Syahir Sepet



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share satu lagi resepi red velvet yang sangat sedap. Resepi ni aku buat lama dah. Sebelum resepi red velvet ni. Cuma tak sempat nak update ja... Kalau tengok resepi red velvet yang aku dok buat ni memang tak jauh beza sangat. Kalau nak beza pun tang jenis tepung dan sukatannya... Yang lain lebih kurang sama ja. Kalau nak beza pun tang cream cheese frostingnya.... Kali ni aku cuba resepi dari syahir. Satu macam fenomena jugak la resepi red velvet dari en. kek ni.. Syahir ni banyak kongsi tips cara nak buat kek. Kalau nak berkenalan dengan dia boleh la pi usha kat FaceBook dia.. Sebelom tu terima kasih la syahir sebab izinkan aku share resepi dia kat sini... Untuk red velvet kali ni aku buat versi naked palak... Nampak menggoda tak...? Hahahaa... Untuk bagi kek ni nampak tinggi, aku guna loyang 7''. Tapi kek akan membukit kat tengah tu. So kena la potong bahagian atas tu kalau nak bagi rata... Kalau ada yang teringin nak cuba resepi ni boleh la tengok kat bawah tuu...







Red Velvet
by Syahir Sepet

Bahan-bahan A
-120 gram butter (suhu bilik)
-300 gram gula castor
-2 biji telur (suhu bilik)
-1 sudu besar essen vanilla

Bahan-bahan B
-2 1/2 cawan tepung naik sendiri
-2 sudu besar koko powder
-Secubit garam
*Ayakkan bahan-bahan di atas

Bahan-bahan C ( ButterMilk )
-1 cawan susu
-1 sudu kecil cuka
-2 sudu besar pewarna merah
*Campurkan 1 cawan susu dan satu sudu kecil cuka dan biarkan selama 5 minit

Bahan-bahan D
-1 sudu kecil soda becarbonate
-1 sudu kecil cuka
*Campurkan soda becarbonate dan cuka sehingga berbuih


Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180oc dan sediakan loyang berukuran 8 inci. ( aku guna 2 biji loyang 7'' )
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul butter sehigga kembang dan masukkan gula castor. Pukul sehigga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan essen vanilla di dalam adunan.
  4. Tambahkan bahan-bahan B dan C secara berselang seli dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.
  5. Matikan mixer. Kacau menggunakan spatula dan masukkan bahan D dan kacau sehingga rata. ( Bahagi adunan sama banyak kepada dua bahagian )
  6. Bakar adunan selama 40 minit atau sehingga masak ( aku bakar lebih kurang 25 minit )





Creamcheese
-500 gram cream cheese
-125 gram icing sugar
-2 sudu besar essen vanilla
-½ cawan heavy whipping cream


Cara-Cara
  1. pukul cc sehingga kembang
  2. masukkan icing sugar
  3. masukkan essen vanilla
  4. masukkan heavy whipping cream





Cara Melapis
  1. Setelah kek sejuk, potong bahagian atas kek yang tidak sekata dan bahagi kek kepada dua bahagian.
  2. Letak lapisan pertama atas papan kek dan ratakan cream cheese. Letak sekeping lagi kek.
  3. Ulang hingga habis.
  4. Hias atas kek dengan baki cream cheese.