Assalamualaikum dan salam maal hijrah 1436. Tahun baru, kita mula buku baru. Kita lupakan kisah-kisa lama. Kita mulakan hidup baru... Tengah malam ni aku nak share satu resepi yang sangat hot kat FB sekarang ni. Apa lagi kalau bukan jeruk mangga asam boi. Tapi aku tak ada stok buah mangga kat rumah ni. Jambu batu pun tak masak lagi... Hmmm... Yang ada pun buah betik... Jadi la... Rasa pun sedap, cuma tak masam macam buah mangga la. Walaupun tak masam, makan tetap dok ulang jugak. Selalunya benda-benda macam ni orang mengandung ja yang minat. Sekarang ni dah tak kira sapa pun. Termasuklah aku... Hahahaa... Sedap habis... Untuk jeruk betik asam boi ni aku letak hirisan cili padi yang hijau saja. Yang merah aku letak sebijik-sebijik sebagai hiasan saja. Tak berani nak potong. Nak tau sebab apa, yang merah tu memang pedas yang amat kalau nak bandingkan dengan yang hijau tu... Tak berani aku... Sapa yang nak try boleh tengok resepi kat bawah ni... Bukan payah mana pun... Campur-campur bahan ja... Ok la, byee...
Sumber : FB & Google
Bahan-Bahan
-1 biji betik mengkal
-1 cawan gula ( boleh kurangkan )
-1 bungkus asam boi ( RM2, hihii )
-1 sudu teh garam
-cili padi merah dan hijau ( dipotong )
Cara-Cara
- Kupas betik dan potong kepada saiz yang sesuai. Basuh dan toskan.
- Satukan semua bahan dan gaul sebati. Masukkan ke dalam balang dan simpan dalam peti sejuk semalaman...
- Siap dan boleh makan sambil nonton tv...
adehhhhh....4.30am BW jumpa mende nihh lakkk...bhhahahah
ReplyDeletehihii...
Deleteskrg ni ramai yg dok buat..
bestlar..nak cuber jugak.hehe
ReplyDeletecuba laa...
Deletesdp ooo..