Wednesday, 16 October 2024

No Bake Cream O Cheese Cake

No Bake Cream O Cheese Cake



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak update resepi no bake cream O cheese cake. Rasa dia lebih kurang macam Oreo cheese cake ja... Tapi bagi aku macam cream O ni lagi sedap dari Oreo tu. Ye la dah bertahun dok hadap Oreo, lama-lama buleh jemu jugak.. Di sebabkan kita masih ingat sedara seislam dengan kita kat Palestine tu, boleh la kita beralih ke biskut cream O ni.... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi ni boleh tengok kat bawah tu....


No Bake Cream O Cheese Cake



No Bake Cream O Cheese Cake

Lapisan bawah

12 biji biskut cream O
2 sudu besar butter


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut cream O bersama dengan intinya. Ketepikan.
  2. Cairkan butter kemudian tuang kedalam biskut cream O yang telah dihancurkan. Gaul rata.
  3. Tuang adunan cream O kedalam cake ring atau loyang springform bersaiz 6 inci.
  4. Ratakan dan tekan dengan sudu.
  5. Simpan dalam peti sejuk.



No Bake Cream O Cheese Cake



Cream O cheese cake

250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 sudu besar gelatin ( cairkan dengan 2-3 sudu besar air panas )
200ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanila
6 biji biskut cream O ( dipatahkan )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama susu pekat dan esen vanila sehingga sebati menggunakan mixer.
  2. Kemudian masukan adunan gelatin yang telah cair tadi. Mix sekejap.
  3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul dengan kental. Kacau sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
  4. Masukkan cream O yang telah dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sekejap sahaja.
  5. Tuang adunan kedalam loyang yang disejukkan dalam peti ais tadi. Ratakan kemudian simpan semula dalam peti sejuk supaya beku.
  6. Bila kek dah beku keluarkan dari loyang. Boleh paipkan fresh cream atas kek dan susun biskut cream O keliling kek.
     



Sunday, 13 October 2024

Carrot Cake

Carrot Cake



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak update resepi carrot cake pulak. Ni adalah kek yang aku paling suka selain kek coklat & red velvet. Kalau buat carrot cake aku tak suka letak serbuk buah pala atau serbuk kulit kayu manis. Tapi kalau yang beli aku tak kisah sangat tapi jangan bau dia terlampau kuat... Memang lambat habis la kek tu.... Bila dah buat sendiri tak yah la bubuh... Lagi satu aku suka carrot cake ni sebab ada rasa lemak-lemak kekacang tu... Uhhah... Sedapnya... Untuk resepi ni aku ada tambah nenas dalam tin. Kalau sapa-sapa tak suka nenas tu tak yah la bubuh... Sapa-sapa yang nak mencuba buleh tengok resepi kat bawah tuu...


Carrot Cake



Carrot Cake

Bahan-bahan
1 1/4 cawan parutan carrot
2 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran ( aku guna minyak masak )
1/2 + 1/4 cawan gula putih ( aku guna gula perang )
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis ( aku xletak )
1/2 sudu teh serbuk buah pala [ nutmeg ] ( aku xletak )
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
1/2 cawan nenas tin [ potong kecil ] ( aku tambah )
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot, nenas tin dan kacang pecan. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek.
  6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak. Untuk buat 3 lapisan kek boleh bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang dalam 3 loyang bersaiz 6 inci dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
     


Carrot Cake



Cream Cheese Frosting

125 gm krim keju, pada suhu bilik
125 gm keju Mascarpone, pada suhu bilik ( boleh diganti dengan krim keju )
1/2 tsp asen vanilla
1/2 cawan gula aising, diayak
200 ml whipping cream
 
Cara-cara
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Siap.
     

 

Carrot Cake



Cara melapis kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting dan ratakan.
  2. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga kek yang ketiga.
  3. Ratakan seluruk kek dengan baki cream cheese frosting.
  4. Boleh lekatkan tepi kek dengan kacang pecan yang telah dicincang kasar.
  5. Paipkan keliling kek dengan lebihan cream cheese frosting menggunakan nozzle kesukaan anda. Tabur nenas tin yang dipotong kasar dan dilap dengan tisu supaya tidak berair disekeliling kek.
  6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.


Carrot CakeCarrot Cake

Thursday, 10 October 2024

Russian Black & White Chocolate Cake

Russian Black & White Chocolate Cake


    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi kek yang tertangguh masa cuti sekolah bulan 9 hari tu. Ni baru sempat nak update. Russian Black & White Chocolate Cake fames masa awai-awai aku buat blog dulu. Aku pernah buat dah dulu tapi versi empat segi. Resepi boleh tengok kat sini. Yang versi bulat ni aku buat separuh adunan guna loyang 6 inci. Pastu kek tu aku tak kukus, aku bakar. Bila aku buat separuh aduan, cream aku buat separuh jugak... Tak cukup baq hianggg... Kena tambah sikit lagi. Tak cukup sebab aku buat 4 lapis rasanya. Kalau 3 lapis mesti cukup punya... Resepi kat bawah ni resepi full tau. Kalau nak buat separuh adunan macam aku sila separuhkan adunan yerrr..... Lagi satu tolong doakan kami kat sini banjir cepat surut nahhh... Walaupun rumah aku banjir, tapi kawasan kami tak sampi sehari pun dah surut. Setengah tempat ada yang 3 hari dah... Ada tempat yang banjir teruk sangat. Harap-harap hujan tak turun lagi... Kesian mangsa banjir...


Russian Black & White Chocolate Cake



Russian Black & White Chocolate Cake

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus - hana letak 210 jer
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
  1. Ayak bahan yang bertanda *.
  2. Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  5. Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  6. Sejukkan.
     
NOTA TAMBAHAN
  1. Kek ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat atas tu. Kek ni aku tak kukus, bakar. Guna 4 biji loyang 6 inci dan bakar lebih kurang 35 minit atau sehingga masak.

Russian Black & White Chocolate Cake




COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos
2 sudu besar butter


Cara-cara
  1. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  2. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  3. Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 
NOTA TAMBAHAN
  1. Sebab kek aku buat separuh adunan, coklat ganache pun aku buat separuh adunan. Pastu kena tambah sikit lagi sebab tak cukup.

Russian Black & White Chocolate Cake



 
COFFEE CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)


Cara-cara
  1. Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

NOTA TAMBAHAN
  1. Sebab kek aku buat separuh adunan, coffee cream cheese pun aku buat separuh adunan. Pastu kena tambah sikit lagi sebab tak cukup.

Russian Black & White Chocolate Cake




CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  1. Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan ( sebab aku dah bakar kek secara berasingan 4 biji, tak payah dah potong )
  2. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk linkaran secara berselang seli.
  3. Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Simpan sekejap dalam peti sejuk supaya cream cheese keras.
  4. Akhir sekali salut seluruh kek dengan baki coklat ganache.
  5. Hias kek memgikut kesesuai anda.
  6. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.



Russian Black & White Chocolate Cake

Tuesday, 8 October 2024

Marble Butter Cheese Cake

Marble Butter Cheese Cake



    Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Malam ni aku nak update resepi kek marble pulak... Sepatutnya aku share resepi lain, tapi sebab dok tangguh banyak hari, aku update resepi ni dulu laaa... Yang dok bertangguh tu sebab la ni dok kalut pasai banjir. Dah berapa minggu kampung aku ni nak banjir. Akhirnya hari ni masuk jugak banjir tu... Bulan lepas dua kali dah nak masuk banjir tapi Allah tak bagi lagi. Hari ni masuk jugak air banjir tu... Kalau ikutkan tak teruk mana pun sebab aku dah prepare awai-awai. Depa dok habaq kata ni musim banjir. So, kami simpan siap-siap la barang-barang yang penting. Tadi air masuk sat ja dalam rumah. Masuk dalam 5 pagi lebih. Pastu betul-betul surut dekat pukul 11 lebih. Nak cuci pun tak teruk sangat sbab bukan air lumpur... Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share resepi kek marble yang ada cheese... Sedap tau... Ikutkan aku malas nak buat kek marble ni sebab kalau aku buat selalunya kek tu akan merekah. Tak tau pasai apa....  Untuk resepi ni aku buat separuh adunan ja sebab bahan mentah pun ada sikit. Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuuu.... Nanti bila aku rajin aku share la resepi yang aku dok tangguh tuuu... Byeee....
 

Marble Butter Cheese Cake



Marble Butter Cheese Cake 
C&P : Norashikin Rahmat ( cookpad )
 
Bahan A
125 g pure butter
50 g cream cheese
1/2 sudu besar ovalet
115 g gula castor
Secubit garam
 
Bahan B
3 biji telur gred A
125 g tepung naik sendiri - diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko
 
 
Cara-cara
  1. Putar bahan A sampai gebu ( lebih kurang 10 minit )
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil putar. Putar sampai betul-betul kembang.
  3. Masukkan esen vanilla, tepung dan garam berselang seli sambil teruskan memutar adunan sampai sebati dengan speed perlahan.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian plain satu lagi campurkan dengan serbuk koko dan gaul sebati.
  5. Isikan sesenduk adunan plain kemudian letak pula sesenduk adunan koko diatasnya. Ulang langkah ni berselang seli sampai semua adunan habis.
  6. Hentakkan loyang 2,3 kali untuk menghilangkan gelembung udara. Masukkan kedalam oven. Bakar suhu 160c - 170c selama 45minit - 1 jam ikut kesesuaian oven masing-masing. Setelah kek masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan diatas redai sebelum dipotong.


Marble Butter Cheese Cake

Wednesday, 25 September 2024

Kek Batik Pistachio

Kek Batik Pistachio


    Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Hari n aku nak share resepi kek batik pulak. Kali ni versi pistachio... Resepi ni aku amek kat fb resepi Azlina Ina. Aku buat separuh adunan dari resepi asal tu. Pastu aku buat dalam cake ring. Untuk kek batik ni dia macam keras sikit. Kalau lepas ni nak buat lagi aku akan tambah susu full cream... Dia bukan keras mana, cuma la ni aku lebih suka kek batik yang lembut-lembut. Masa awal-awal dulu aku lebih suka yang lebih keras. Bila gigit tu dia ada rasa rapuh biskut marie tu lagi... Ikut kesesuai masing-masing lah kan.. Pastu aku ada tambah kacang pistachio dalam adunan kek batik tu... Lagi satu dia punya paste agak mahal tau... Tu yang aku buat separuh adunan... Hahahaaa.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....


Kek Batik Pistachio


Kek Batik Pistachio
C&P : Azlina Ina Resepi ( Premium kek batik pistachio )
 
 
Resepi pistachio batik
125g butter
1/2 cawan coin white chocolate
1 biji telur kuning sahaja
1 sb emolco pistachio
3 1/2 sb paste pistachio
1/2 cawan susu full cream
pewarna kuning 1 titik
350g biskut merie
50gm kacang pistachio ( bakar & hancur kasar ) ( aku tambah )
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dalam kuali kecuali biskut marie & kacang pistachio.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga adunan kelihatan likat.
  3. Tutup api dan masukkan biskut marie. Gaul sebati.
  4. Tabur kacang pistachio dan gaul lagi.
  5. Tuang adunan dalam cake ring saiz 7 inci atau guna loyang yang boleh buka bahagian bawah. Mampatkan adunan supaya sekata. Ketepikan. Biar sejuk baru buat layer cheese.

Kek Batik Pistachio



Layer cheese
125g cream cheese suhu bilik
1 sb susu pekat
1/2 sb gelatin + sedikit air panas larut kan
1 cawan whipping gold whip vanila
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese & susu pekat sehingga sebati.
  2. Masukkan larutan gelatin dan mix sekejap.
  3. Masukkan whipping gold whipe vanila mix sampai gebu.
  4. Boleh tuang atas kek batik.

Kek Batik Pistachio



Ganache pistachio
250g topping white coklat
1 sb emolco pistachio
1 1/2 sb paste pistachio
sedikit colour hijau
sedikit colour kuning
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Kalau masih kurg rasa pistachio boleh tambah kan paste lagi.
  3. Tuang atas kek batik tadi dan sejukkan.


Kek Batik Pistachio

Friday, 30 August 2024

Banana Walnut Chocolate Chip Muffin

Banana Walnut Chocolate Chip Muffin


        Assalamualaikum dan selamat pagi semua..... Hari ni aku nak share resepi muffin pulak. Aku ni jarang buat muffin. Tapi hari tu masa sukan olympic fames muffin coklatkan. Pastu timboi kat tiktok kalau malas nak buat buleh beli jenama mighty white muffin. Aku beli la dua jenis yang coklat & banana wulnat. Rasa dia sungguh kecewa baq hinggg... Bila rasa keciwa tu gigih la buat sendiri. Mula nak buat yang coklat. Tapi tengok ada pisang, aku buat yang pisang la dulu. Cumanya aku ganti coklat chip jaa. Resepi asal letak kismis. Bila dah buat tuu, memang berbaloi dari yang beli... Dia punya tekstur pun jauh beza. Yang mighty white tu dia macam ala-ala kek span. Kalau buat sendiri ni hang buleh la letak apa yang hang suka... Bagi aku berbaloi cuba resepi ni. Aku dapat 12 biji saiz besar... puas makan... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni... Byeee....


Banana Walnut Chocolate Chip Muffin



Banana Walnut Chocolate Chip Muffin
C&P : Kak Zu ( MUFFIN PISANG WALNUT )

Bahan A:
2 cwn tpg gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
 
Bahan B:
1 cwn pisang emas lecek
2 biji telur
1 cwn gula perang
1 cwn minyak masak
sedikit garam
50 gm chocolate chip ( resepi asal letak kismis hitam )
100 gm walnut

 
Caranya:
  1. Ayak bahan A masuk dalam mangkuk
  2. Pukul kan telur, masukkan gula, kacau sebati dengan senduk
  3. Masukkan minyak dan pisang lecek dan sedikit garam
  4. Akhir sekali masukkan tepung, walnut dan chocolate chip
  5. Masukkan ke dalam acuan muffin
  6. Tabur sedikit chocolate chip & walnut atas adunan muffin jika suka.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit
  8. Adunan ini tak perlukan mixer, hanye kacau dengan senduk



Banana Walnut Chocolate Chip Muffin

 

Wednesday, 28 August 2024

Snow Red Velvet Cheese Cake

Snow Red Velvet Cheese Cake



        Assalamualaikum dan selamat petang semua... Seperti yang dijanjikan, lepas aku update kek cekelat, aku akan update kek ke 2 pulak. Kek ni dia macam 2 dalam 1 pun ada. Sebab apa, dalam kek ni ada kek red velvet, pastu ada cheesecake pulak kat tengah tu... Lagi menarik kat luar salut dengan cheddar cheese... Pehhh, mantap baq hianggg.... Kalau sapa-sapa yang rajin nak mencuba kesedapan kek ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 

Snow Red Velvet Cheese Cake

 
Snow Red Velvet Cheese Cake

Bahan-bahan cheese cake
27g choclate putih
250g cream cheese
100g gula icing
1biji telur sz A
1/2sb tepung gandum
1/2sk vanilla esen
1/2sb non dairy cream

 
Cara-Cara
  1. Cairkn coklat putih cara double boiling
  2. Pukul cream cheese dan gula icing smpi berkrim .Masukkn telur dan pukul sebati
  3. Masukkn tepung y da diayk dikuti non dairy cream dan esen vanilla. Gaul sebati..
  4. Tuang adunn pd acuan loyang 7inci y telah di gris dan diletakkn kertas myk. Bakar selama 30minit pd suhu 180C
  5. Setelah siap sejukkn ats rack dan wrap sepenuhnye dgn plastic wrapping. Simpn dlm peti sejuk selama 3jam.


Snow Red Velvet Cheese Cake



Bahan-bahan red velvet
113g butter
200g gula kaster
1 sk esen vanila
2 biji telur, gred A
250g tepung superfine
1/2 sk garam
2 sb serbuk koko
250g buttermilk
2 sb pewarna makanan warna merah
1 sk cuka
1 sk soda bicarbonate

 
Cara-Cara
  1. Pukul butter dan gula smpi berkrim. Masukkn telur dan vanila. Pukul sebati
  2. Ayak tepung, garam dan koko. Masukkan berselang seli dgn buttermilk y dicampur dgn pewarna merah.
  3. Masukkn cuka dan soda bikarbonat...
  4. Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak.Tuang adunn pd 2 biji loyang 7inci y telah di gris dan diletakkn kertas myk.
  5. Bakar selama 30minit atau sehingga kek masak pd suhu 180 darjah

Snow Red Velvet Cheese Cake


Cream cheese frosting
250g cream cheese
120g butter
1sk vanilla esen
200g gula icing


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula smpi bkrim dan masukkn vanilla. Tmbhkn gula jika kurang manis.


Snow Red Velvet Cheese CakeSnow Red Velvet Cheese Cake

 
 
Cara Melapis Kek
 
Cheddar cheese secukupnya ( diparut )
Lebihan kek red velvet ( dihancur kasar )
 
  1. Potong atas red velvet cake yang tidak rata.( lebihan ni boleh tabur atas kek sebagai hiasan ). Kemudian potong kpd 2 bhgn. letakkn 1 bhgn d papan kek.
  2. Sapukn tipis cream cheese frosting dan letak sekeping kek red velvet lagi.
  3. Ulangi no 2 dengan cheese cake, red veivet & red velvet.
  4. Sapukn lebihan cream cheese frosting ke keseluruhan kek td. Salut keliling kek dengan parutan cheddar cheese. Tabur atas kek dengan lebihan kek red velvet yang dihancur kasar.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Snow Red Velvet Cheese Cake


Monday, 26 August 2024

Moist Chocolate Cake

Moist Chocolate Cake




        Assalamualaikum semuaa..... Lama jugak aku tak muncul kat blog aku ni... Hari ni aku rajinkan diri untuk update blog aku yang sendu ni... La ni aku kurang rajin dah nak update-update kat blog ni. Kalau awal-awal masa buat blog dulu buleh kata tiap-tiap minggu mesti ada resepi yang nak share. Tapi mai masa ni dia dah kureng sikit. Bukan apa nak update resepi kek pun makan modai kalau nak beli bahan dia. Kalau nak selamat kena buat separuh adunan laa.... Untuk resepi hari ni aku nak share resepi kek coklat. Kek coklat ni aku buat masa awai bulan lapan hari tu... Ni dah nak hujung bulan lapan dah naru aku update... Sebenarnya ada satu lagi kek... Nanti aku share... Kalau nak cuba resepi kek coklat yang sedap ni boleh tengok resepi kat bawah tuuu....
 

Moist Chocolate Cake


Moist Chocolate Cake
Resepi asal : Alex Goh
C&P : Rahel
Loyang 9"

Bahan A:
250gm butter berkualiti
320g gula kastor
1/4 tsp coffee paste
 
Bahan B:
4 biji telur gred A

Bahan C:(diayak)
320gm tepung gandum
50g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat

Bahan D:
240gm susu cair/fresh milk

 
Cara membuat:
  1. Pukul bahan (A) dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.
  2. Tambahkan bahan (B) dan pukul hingga lembut
  3. Tambahkan bahan (C) dan (D) secara selang-seli dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
  4.  Sediakan 2 loyang yg telah digris dengan butter dan dialas dg baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang dengan sama banyak.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau sehingga masak.


Moist Chocolate Cake



Chocolate Ganache/Filling
Resepi asal:Wendy Kor

Bahan:
500gm Dark Chocolate Compound-dicincang
500gm UHT Whipping Cream
50g Golden Syrup
50g Unsalted Butter

Cara:
  1. Letak Coklat dalam mangkuk.Ketepikan.
  2. Panaskan whipping cream,golden syrup,unsalted butter di atas api kecil sehingga naik wap.
  3. Tuangkan ke dalam serpihan coklat tadi.Kacau perlahan hingga coklat melarut.
  4. Sebelum diguna simpan ganache selama satu malam agar ia pekat.



Moist Chocolate Cake


 Cara Melapis Kek

  1. Kek coklat di bahagi kepada 4 bahagian.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek. Lepa dengan chocolate ganache.
  3. Leak sekeping kek di atas ganache tadi, Kemudian lepa lagi dengan coklat ganache. Buat macam ni sampai 4x.
  4. Ratakan chocolate ganache keseluruh permukaan dan bahagian tepi kek.Kemaskan.
  5. Jika ada sisa coklat ganache tadi,panaskan semula dan tuang di atas permukaan kek.
  6. Hiaslah kek sesuai dengan kreativiti masing2.


Moist Chocolate Cake

 

Saturday, 15 June 2024

Kek Lapis Blanco Pistacho


Kek Lapis Blanco Pistacho


    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Ni kek lapis yang last aku buat untuk raya haji tahun ni... Kek ni memang makan modai gak laa... Kacng pistachio tu pun dah berapa ringgit. Cream cheese lagi... Sebelum ni ada jumpa resepi lain yang guna pistachio, tapi dia guna banyak kacang tu so cancel la dulu resepi tu... Hahahaaa... Nanti dah ada modal lebih baru buat lain. Untuk pistachio emulco yang aku guna ni bau dia macam tak berapa best... Kalau nak buat resepi ni kena cari emulco yang betul-betul bau yang sedap... Kalau tak, rugi laa... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah ni....
 

Kek Lapis Blanco Pistacho



Kek Lapis Blanco Pistacho
C&P : Dewie Sha ( RMK )

500g butter
12 biji telur
400 g susu pekat
50 g gula kastor
350 g tepung pau
250 g susu tepung
100 g horlick
500 g cream cheese
350 g coklat putih ( dicairkan )
400 g pistachio ( dibakar sampai masak dan dihancurkan )
100 g serbuk creamer
250 g whipping cream
200 g susu fullcream
1 sdm ovalet
1sk esen vanila
pewarna hijau + kuning + 1 sudu emulco pistachio
pewarna putih
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese , butter , gula dan ovalet..pukul adunan hingga gebu.
  2. Masukan telur satu persatu sampai habis..Kemudian baru masukan susu pekat , horlick , creamer dan susu tepung..gaul hingga sebati..
  3. Masukan tepung berselang seli dengan whipping cream dan susu fullcream hingga habis..Akhir sekali masukan coklat putih yang telah di cairkan..Masukan esen vanila..gaul hingga adunan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 letak pewarna putih + tabur dengan pistachio.
    Bahagian 2 letak pewarna hijau + kuning + 1 sudu emulco pistachio. Setiap lapisan saya timbang 200g dan saya menggunakan loyang saiz 9x9 @ boleh gunakan loyang saiz 9.5 sebab kek tinggi..
  5. Bakar menggunakan api atas sahaja..dari lapisan pertama sampai habis ...suhu ikut oven masing² ye.. 



Kek Lapis Blanco Pistacho

Kek Lapis Milk Cheese

Kek Lapis Milk Cheese


    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi ke empat untuk kek lapis raya haji tahun ni. Kek lapis ni sesuai untuk yang minat makan kek lapis yang rasa simple tapi lemak bercheese... Bahan pun tak banyak sangat. Untuk melapis kek ni aku buat dua warna. Putih dan kuning... Mula-mula nak buat tiga empat kaler, macam malas nak basuh bekas pulak. So, aku buat dua kaler je laaa... Kalau ikut resepi asal cuma letak kaler putih jaaa... Ikut la, kalau rajin nak buat warna pelangi pun bulah... Tak ada masalah. Ikut tahap kerajinan hangpa... Malam ni aku share resepi kek lapis yang last. Tahun ni terlebih rajin buat lima jenih pulak. Selalu empat ja untuk raya haji. Biskut raya pn aku tak buat lagi. Ingat nak buat coklat chip. Nanti buleh la buat kudap-kudap lepas raya... Byeee....


Kek Lapis Milk Cheese



Kek Lapis Milk Cheese
C&P : Ummu Danial ( RMK )


Bahan-bahan
 
16 aun mentega scs
10 biji telur gred A
200gm gula halus
10g ovellette
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu manis
250g cream cheese
200gm tepung hong kong
60gm susu tepung
100gm horlick..mun nk engkah lebih pun boleh ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
pewarna putih
cheddar parut pk tabur atas kek
 
 
Cara-cara
  1. telur+gula+ovellete d pukul kembang.
  2. masuk cream cheese pukul sebati...mentega +susu+vanilla pukul rata sampai sebati...
  3. kemudian masukkn tpg hong kong+horlick+susu tpg gaul sebati lagi 
  4. kemudian masukkan pewarna putih..gaul sebati....
  5. bakar lapis demi lapis 7/6 sudu setiap lapisan bakar 180c 6 ke 7 minit bergantung dgm oven masing2 
  6. tabur cheese cheddar parut setiap lapisan
  7. loyang siize 8x8 yaa
  8. Untuk melapis boleh guna warna yang disukai masing-masing.

Kek Lapis Milk Cheese

 

Friday, 14 June 2024

Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat

Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat


    Assalamualaikum semua.... Malam ni aku nak share resepi kek lapis yang ketiga pula.  Kek lapis ni ada gabungan rasa coklat, red velvet dan cheese tau... Sedap oooo.... Kalau ada yang nak mencuba resepi ni boleh la tengok kat bawah tuu... Nanti kita jumpa esok pulak untuk resepi kek lapis yang seterusnya.. Ada dua lagi resepi kek lapis yang aku akan share nanti... Byeee....


Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat



Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat
C&P : Khairunnisa Mohammad

Bahan-bahan
 
500g butter
30g ovalet
50g gula halus
10 biji telur gred A
350g susu pekat manis (Kalau pakai dark chocolate. Kalau pakai milk chocolate, kurangkan jadi 300g)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar glycerin (I tak letak. Kalau ada, letak. Untuk melembapkan kek bagi kek² yang dibakar)
100g susu tepung ( Resepi asal coffeematte )
100g tepung aiskrim vanila
100 gram Socolics
280g tepung pau
100g whipping cream
250g cream cheese
200 gram coklat ( dicairkan, saya guna ready to use Beryl's chocolate )
Emulco red velvet
Pewarna putih
 
 
Cara-cara
  1. Mix butter, gula, dan ovalet hingga gebu
  2. Masukkan telur satu persatu. Mix sebati. Masa ni masukkan juga esen vanila.
  3. Masukkan susu pekat manis. Mix sebati.
  4. Masukkan susu tepung, tepung aiskrim vanila dan Socolics. Mix sebati.
  5. Masukkan tepung pau. Mix sebati.
  6. Masukkan whipping cream. Mix sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
    Bahagian A: 830g dicampur emulco red velvet secukupnya
    Bahagian B: 580g dicampur coklat yang telah dicairkan
    Bahagian C: 580g dicampur pewarna putih dan cream cheese yang telah dipukul gebu terlebih dahulu
  8. Panaskan oven. Suhu 150° atau ikut saiz oven sendiri. 10 minit.
  9. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi jangan sapu apa².
  10. Cara melapis ikut kreativiti sendiri. Ikut saya punya pun boleh. Nak bakar coklat dulu semua, kemudian putih semua, kemudian merah semua, pun boleh. Nak bakar selang seli ketiga² warna pun boleh.
  11. Lapisan pertama api atas bawah. Suhu 150° atau ikut oven sendiri. Bakar sampai masak.
  12. Lapisan kedua sampai akhir api atas saja. Suhu sama. Bakar sampai masak setiap lapisan.
 
 
 

Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat