Saturday, 15 June 2024

Kek Lapis Blanco Pistacho


Kek Lapis Blanco Pistacho


    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Ni kek lapis yang last aku buat untuk raya haji tahun ni... Kek ni memang makan modai gak laa... Kacng pistachio tu pun dah berapa ringgit. Cream cheese lagi... Sebelum ni ada jumpa resepi lain yang guna pistachio, tapi dia guna banyak kacang tu so cancel la dulu resepi tu... Hahahaaa... Nanti dah ada modal lebih baru buat lain. Untuk pistachio emulco yang aku guna ni bau dia macam tak berapa best... Kalau nak buat resepi ni kena cari emulco yang betul-betul bau yang sedap... Kalau tak, rugi laa... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah ni....
 

Kek Lapis Blanco Pistacho



Kek Lapis Blanco Pistacho
C&P : Dewie Sha ( RMK )

500g butter
12 biji telur
400 g susu pekat
50 g gula kastor
350 g tepung pau
250 g susu tepung
100 g horlick
500 g cream cheese
350 g coklat putih ( dicairkan )
400 g pistachio ( dibakar sampai masak dan dihancurkan )
100 g serbuk creamer
250 g whipping cream
200 g susu fullcream
1 sdm ovalet
1sk esen vanila
pewarna hijau + kuning + 1 sudu emulco pistachio
pewarna putih
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese , butter , gula dan ovalet..pukul adunan hingga gebu.
  2. Masukan telur satu persatu sampai habis..Kemudian baru masukan susu pekat , horlick , creamer dan susu tepung..gaul hingga sebati..
  3. Masukan tepung berselang seli dengan whipping cream dan susu fullcream hingga habis..Akhir sekali masukan coklat putih yang telah di cairkan..Masukan esen vanila..gaul hingga adunan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 letak pewarna putih + tabur dengan pistachio.
    Bahagian 2 letak pewarna hijau + kuning + 1 sudu emulco pistachio. Setiap lapisan saya timbang 200g dan saya menggunakan loyang saiz 9x9 @ boleh gunakan loyang saiz 9.5 sebab kek tinggi..
  5. Bakar menggunakan api atas sahaja..dari lapisan pertama sampai habis ...suhu ikut oven masing² ye.. 



Kek Lapis Blanco Pistacho

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...