Monday 6 October 2014

Kek Lapis Keju Masam Manis



    Assalamualaikum semua... Salam aidiladha kepada sluruh umat islam di dunia ni... Macam mana ibadah korban kat tempat anda semua..? Kat kampung aku ni buat secara sederhana saja. Tahun ni tak ramai yang buat sebab katanya harga haiwan korban tahun ni agak mahal. Tapi alhamdulillah, dapat juga aku merasa daging ibadah korban tahun ni.. Hari ni aku nak tunjuk resepi kek lapis yang sempat aku buat. Untuk raya korban tahun ni aku tak cuba banyak sangat resepi baru untuk kek lapis. Cuma tiga jenis saja yang baru. Biskut pun pakai tangkap muat ja. Satu adunan jadi dua jenis biskut. Hahahaa...  Jadi la dari tak da langsung kann... Untuk resepi kek lapis pertama ni aku buat kek lapis keju masam manis... Bila ada perkataan keju tu yang buat kek lapis ni special.. Kek ni pun sangat moist... Lembab-lembab gitu... Tambah pula lemak masin cheese.... Mmmm... Sedap ooo... Rugi kalau tak cuba resepi kek lapis ni... Ok la, jom tengok resepinya pulak... Kalau nak bagi moist macam kek aku ni, cuba simpan dalam peti ais lebih dari seminggu. Pastu baru potong... Haaa... Baru nikmat rasanya... Ok la, bye...






Kek Lapis Keju Masam Manis
C&P : Amie


Bahan-bahan:
-250 gram Philadelphia Cream Cheese
-100 gram parutan Parmesan Cheese
-450 gram mentega berkualiti tinggi - Amie gunakan jenama Anchor
-100 gram gula halus
-1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
-10 biji telur gred AA
-30 gram ovallette
-250 gram tepung Hong Kong
-150 gram Horlicks
-haw flakes secukupnya
-pewarna merah, oren & kuning

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.


Cara-Cara
  1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete.
  2. Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
  5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.
  6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu 2:2:1 ( merah : oren : kuning ). Adunan merah dan oren dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu merah M1, M2 dan oren O1, O2.
  7. Ambil 1 senduk adunan berwarna merah M1 dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.
  8. Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek - lakukan begini pada setiap lapisan kek.
  9. Tuang lagi 1 senduk adunan merah dan susun haw flake di atas permukaan kek. Bakar dengan api atas sehingga keperangan. Buat sehingga habis adunan merah M1.
  10. Ulangi Langkah 8 dan 9 untuk adunan oren O1, kuning, oren O2 dan merah M2.
  11. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.






4 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...