Monday, 7 July 2014

Puding Lapis Jelly



      Assalamualaikum.... Hari ni cuma nak tunjuk menu ringkas saja... Walaupun ringkas, tapi nampak menarik kat mata ni... Puding lapis jelly ni ada tiga bahagian. Kalau ikutkan cuma ada dua bahagian saja. Yang pertama tu bahagian puding. Bahagian ke dua pulak jelly dan yang last sekali fruit cocktail... Apa-apa pun aku memang tak sabar nak rasa puding lapis jelly  ni... Sebelom tu jom kita tengok resepinya dulu... Kot-kot ada yang berkenan, boleh la buat untuk berbuka esok pulak...





PUDING LAPIS JELLY
By: Chef Hanieliza
Dikongsikan oleh : Juns11
Rujukan : My Resepi
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-1 cwn susu cair
-1 cwn jagung krim
-1 cwn gula
-1 cwn tepung kastad
-1 cwn tepung jagung
-5 cwn air
-1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry
-fruit cocktail


Cara-Cara
  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  3. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  4. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.







10 comments:

  1. dah lama tak makan puding...

    ReplyDelete
  2. Salam Syafiq,

    Alahai rajinnya dia ni buat jelly lah itu lah ini lah.. Untung nanti wife tak yah sibuk ke dapur hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal wife sy pn nti nk yg pandai msk jgk..
      klau boleh nk lg pandai dr sy..
      hihihii...

      Delete
  3. wah betul-betul mengancam,boleh wat berbuka ni!

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa
    Sedapp nyaman tekak mkn desert ni kan
    Kaler yg menarik jg

    ReplyDelete
  5. Terliur giler tgok puding tu. Nak buat lah.. Simpan dolu resepi nya :-)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...