Friday, 25 July 2014

Biskut Red Velvet



    Assalamualaikum.... Pertama kali tengok kak wan post resepi ni terus aku save resepinya... Dalam kepala dah set.. Kena buat biskut ni masa dekat-dekat nak raya nanti... Dok tak lama tu aku tengok ramai juga yang dah tayang resepi ni... Sabar je dulu... Tapi bila tengok QH tayang biskut yang dia buat dengan warna yang terang mengancam, hati ni pun tergugat nak buat jugak.. Untuk resepi ni aku ikut cara QH tang letak almond nibs. Bila letak almond nibs tu lagi teserlah kerangupan biskut ni... Bahan-bahan yang lain aku ikut cara kak wan... Bila nak susun biskut ni jarak-jarak sikit sebab  biskut ni akan kembang masa bakar. Kalau tengok QH buat memang sexy biskut dia... Biskut aku ni rasanya nampak macho kot hahahaa... Aku gentel-gentel bulat pastu tekan dengan garfu. Nampak la corak sikit... Biskut aku ni tak berapa merah sangat, tapi takpa janji rasa sedap... Kalau nak tengok biskut yang kak wan & QH buat boleh klik link kat bawah tu... La ni kita tengok resepi kat bawah dulu...




BISKUT RED VELVET
by: Kak Wan
Resepi asal: Cookingclassy.com
C&P : QH

Bahan2
-200 gm mentega
-30 gm shortening
-220 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
-1 biji telur gred A
-300 gm tepung gandum (QH guna 150gm tepung gandum, 150gm tepung Redrose)
-20 gm serbuk koko
-50 gm tepung jagung
-3/4 sudu kecil baking soda
-1/4 sudu teh garam halus
-1 sudu kecil cuka makan
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
-100 gm coklat chips putih (QH guna coklat chips twin)
-100 gm badam nibs (QH tambah - badam ni nak letak lebih pon boleh)

Hiasan: Coklat chips putih secukupnya (QH guna coklat chips twin)


Caranya
  1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
  4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.






No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...