Thursday, 24 July 2014

Tart Rosalinda


     Assalamualaikum... Haaaa... Ni la tat yang aku bagi tau masa N3 sebelom ni. Tart Rosalinda... Menarikkan nama tat ni... Agaknya orang yang cipta tat ni mesti suka tengok cerita rosalinda tu kan... Ingat lagi tak cerita tu... Aku pun ingat-ingat lupa... Masa tu aku kecik lagi... Rasanya cerita tu alih  bahasa dalam bahasa malaysia kot... Tak ingat la pulak... Tapi memang layan cerita tu... Resepi ni aku copy dari kak ita... Kata kak ita, tat ni memang fofular kat JB masa cerita rosalinda tu tengah tayang kat tv... Resepi tat ni guna inti blueberry. Masa nak beli inti blueberry kat kedai bakery tu, tokey kedai cakap dah habis.. Rasa hampeh betol. Takkan nak masak pulak inti blueberry tu... Alih-alih aku guna baki inti tat nenas yang ada je laa.. Cuma tambah pewarna ungu dan blueberry paste. Gaul sebati, jadi la inti tat blueberry... Haaa... Jimatkan... Ok la jom kita tengok resepinya...





TART ROSALINDA
Dari resepi Tart Nenas Nyonya
By: Kak Jee
C&P : Kak Ita

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

-300 gms tepung gandum
-4 sudu besar tepung jagung
-3 sudu gula ising
-200 gms butter
-2 kuning telor sahaja
-jem nenas


Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  3. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
  4. Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2. Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
  5. Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
  6. Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
  7. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.
  9. Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.







JEM NENAS BLUBERRY
Dari resepi Jam Nenas Istimewa
By: CMG

-3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
-2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
-1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
-1 cawan penuh gula pasir
-1 sudu teh pes bluberry
-1 sudu teh pewarna bluberry


Cara-Cara
  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.





ICING

-1 biji putih telur
-200 gm gula icing
-1 sudu teh jus perahan lemon

Cara-Cara
  1. Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar. Putar adunan sehingga kental
  2. Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan. Masukkan dalam piping bag. Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
  3. Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Biarkan icing keras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Nota: aku bakar dalam oven pada suhu 120c selama 5 minit supaya icing cepat keras. Jangan bakar lama, nanti aising nampak kekuningan...





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...