Thursday 7 August 2014

Cornflakes Almond Rocher



     Assalamualaikum semua.... Hari ni masih lagi pasal biskut raya yang tak terupdate... Layan je la kan... Kot-kot ada yang teringin nak buat. Mana tau ada yang nak buat open house. Mesti nak ada satu dua jenis biskut kan... Tapi bila selongkar balang kuih raya cuma tinggal serdak biskut jer... Nak mudah, boleh la cuba buat biskut ni... Kanak-kanak pasti suka sebab biskut ni ada almond dan cornflakes... Memang rangup habis... Dah tu bersalut coklat... Lagi umphhh... Mmmmm... Meh kita layan resepinya...





CORNFLAKES ALMOND ROCHER
Resepi asal : ALMOND ROCHER
By : Chef Amer
Rujukan : Terokai Rahsia Coklat
C&P : Kak Ita

-200 gm cornflakes ~ ita panggang sekejap
-100 gm badam hiris ~ dipanggang pada suhu 160C selama 15-20 minit
-30 gm halwa kulit oren ~ ita gantikan dengan blueberry kering (50gm)
-50 gm pes kacang hazel
-50 gm lemak koko ~ dicairkan secara double boiler
-200 gm coklat masakan gelap ~ dicairkan secara double boiler
-200 gm coklat susu (milk coklat) ~ dicairkan secara double boiler
-50 gm coklat putih ~ sebagai hiasan atas
-Cawan kertas secukupnya

Cara-Cara

  1. Dalam satu bekas, satukan cornflakes, badam hiris dan halwa kulit oren atau blueberry kering. Kalau tak de boleh gunakan mangga kering, nanas kering, kiwi kering atau kranberi kering. Sedap kalau makan terasa masam-sama sikit bila tergigit. Jadi coklat tak terasa muak.
  2. Kemudian gaul rata semua bahan dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain cairkan lemak koko ~ lemak koko ni untuk mencepatkan coklat keras dan memberikan sedikit kilatan pada coklat. Boleh dapatkan di kedai jual bahan kuih. Kalau tak letak pun tak apa.
  4. Dalam bekas lain cairkan coklat masakan gelap
  5. Dalam bekas lain juga, cairkan coklat susu masakan
  6. Kemudian, satukan coklat susu di dalam coklat gelap. *pastikan anda lap dahulu bawah bekas supaya wap air tidak menitis dalam coklat.
  7. Kemudian tuangkan pula lemak koko. Gaul rata.
  8. Masukkan pula pes kacang hazel. ~ ini yang membuatkan coklat tu terasa sedap sangatttt!! Kemudian kita gaul rata.
  9. Tuangkan pula adunan ini ke dalam bekas berisi campuran cornflakes, badam dan blueberry kering tadi. Gaul rata-rata. Gaul lama sikit sehingga semua bahan-bahan benar-benar bersalut dengan coklat tadi.
  10. Jika takut coklat cepat keras, letakkan bekas coklat kita tadi atas air panas yang kita cairkan coklat. ( kira macam kaedah double boiler juga tapi jangan buka api, cukup sekadar air panas sahaja)
  11. Kemudian dengan menggunakan 2 sudu teh, sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Buat sehingga habis
  12. Simpan dalam peti ais selama 15 minit supaya dia mengeras. Bila dah keras, kita paipkan pula coklat masakan putih yang juga telah kita cairkan dengan kaedah double boiler.
  13. Masukkan coklat masakan putih dalam kon kertas ( gunakan kon kertas lebih baik kerana coklat lambat keras) , guntingkan lubang kecil dihujungnya, dan paipkan atas coklat tadi.. Biarkan ia keras.
  14. Simpan coklat didalam bekas kedap udara.






2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...