Monday 24 February 2014

Puding Pavlova



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni masih lagi menu yang agak sesuai untuk cuaca yang tengah panas macam sekarang ni... Aku cuba resepi dari kak wan iaitu puding pavlova. Bahagian bawah sekali lapisan kek, lapisan ke-2 puding buih dan lapisan ke-3 agar-agar bersama fruit cocktail... Memang ala-ala pavlova puding ni... Memang sesuai dinikmati ketika cuaca panas ni... Lagipun aku ada lebihan kepingan kek masa buat puding kek kopi. Tu yang terrajin nak buat puding ni... Hihihiii... Sekali tengok puding ni boleh jugak kalau nak buat hantaran kan.. Tu cadangan aku la... Tapi kalau saja-saja nak makan pon ok jugak... Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi kat bawah ni....







Puding Pavlova
C&P : Kak Wan


Bahan Kek [ aku tak buat resepi ni ]

-125gm vanila sponge mix
-125gm telur (3 biji grd B)
-30ml air
-30ml minyak jagung

Loyang 9 in di alas kertas minyak
Loyang 8 in (Loose base tin)


Cara-cara :
  1. Campurkan sponge mix, air dan telur dan putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
  2. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung, putar hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu selama 25-30 minit pada suhu 180C. Keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas redai. Biar sejuk.
  5. Basahkan loyang 8 in loose base dan alihkan kek ke dalamnya (kek akan mengecut dan mengecil)






Bahan Puding Lapisan Bawah

-15gm serbuk agar-agar
-600ml air
-100ml sirap buah **
-150gm gula pasir
-3 biji putih telur


Bahan Puding Lapisan Atas

-1 tin fruit cocktail - Tos dan ketepikan sirapnya**
-5gm serbuk agar-agar
-330ml air
-60gm gula pasir


Cara-cara :
  1. Lapisan Bawah : Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Satukan serbuk agar-agar, air dan sirap buah, masak hingga mendidih. Tutup api dan kacau hingga suam sedikit.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil di putar dengan hand mixer hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke atas lapisan kek, biarkan membeku dan cakar sedikit permukaannya dengan garpu.
  5. Tabur di atasnya dengan fruit cocktail hingga rata. (bole juga menggunakan hirisan buah-buahan segar spt kiwi, strawberry, anggur dll)
  6. Lapisan Atas : Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Kemudian tuang dengan menggunakan belakang sudu ke atas buah-buahan tadi hingga menutupinya. Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.




Sedapnya..



6 comments:

  1. wah..mengancamnya puding pavlova..cantik puding tu...memang rajin awak buat..^_^

    ReplyDelete
  2. macam fruit flan pun ada gak ekk syapex...

    ReplyDelete
  3. Nk pakai serbuk agar2 jenis apa ?? Hrp dpt jawab

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...