Friday 1 November 2013

Blue Ombre Cake




    Assalamualaikum semua... Hmmmm... Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 11. Kiranya dah dekat dengan penghujung tahun dah kita ni... Tak lambat dah nak masuk tahun 2014... Ok la, hari ni aku cuma nak tunjuk kek yang dah siap deco tadi. Resepi ni aku amek dalam majalah sedap. Resepi asal velvet biru, tapi aku dah tukar buat ombre. Tujuan aku buat kek ni sebab nak cuba krim dia... Krim untuk kek ni memang specil sikit sebab adak letak marshmallow. Teruja jugak nak tau rasa macam mana. Lagi satu, ada letak coklat masakan putih dan diganding pulak dengan cream cheese. Memang tak sabar rasanya nak rasa kek ni. Tak dinafikan memang sedap krim tu.... Untuk deco kek ni aku buat macam comot-comot sikit sebab cream dia memang lembik. Tapi kalau nak buat deco yang cantik sikit, boleh letak krim tu dalam peti sejuk kejap, pas tu boleh la deco sesuka hati...  Kalau ada masa nak cuba, jom kita tengok resepi kat bawah ni...






Velvet Biru
Majalah Sedap
Bil. 60, Jun 2013


Bahan-Bahan

-8 biji kuning telur
-6 biji putih telur
-1/4 sudu teh garam
-150gm gula pasir halus [ aku letak 75gm ]
-100gm tepung gandum
-25gm susu tepung
-15gm tepung jagung
-100gm marjerin [ aku guna mentega ]
-1/4 sudu teh pewarna biru*
-4 titik pewarna unggu [ tak letak ]

*untuk warna biru tu sila sukat sendiri supaya jadi ton warna dari terang hingga pudar.


Cara-Cara
  1. Pukul kuning telur sehingga pekat. Ketepikan.
  2. Pukul putih telur dan garam sehingga setengah kembang.
  3. Masukkan gula pasir halus sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang.
  4. Masukkan pukulan kuning telur. Pukul sehingga kembang lagi.
  5. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung sambil diayak dan dikacau rata.
  6. Masukkan marjerin cair, pewarna biru dan pewarna unggu sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan. [ part pewarna tu aku tak letak lagi masa ni ]
  7. Tuang adunan ke dalam 3 buah loyang bersaiz 22cm tinggi 3cm yang disapu marjerin dandilapisi  kertas kalis minyak. [ aku bahagi adunan kepada lima bahagian sama banyak dan letak pewarna biru mengikut ton dan guna dua loyang 7 inci ]
  8. Bakar denganapi bawah suhu ketuhar 180c selama 25 minit sehingga masak. [ untuk setiap adunan aku bakar selama 10 minit,suhu 180c ]








Bahan Filling

-200gm krim keju
-50gm mentega tawar sejuk
-100gm coklat masakan putih cair
-100gm marshmallow putih dan 3 sudu makan air, dikukus
-100gm krim pukul daripada 25gm serbuk krim dan 75ml air sejuk, pukul kembang [aku guna NDWC ]



Cara-Cara
  1. Campurkan krim keju dan mentega tawar. Pukul sehingga lembut.  Masukkan coklat masakan putih. Masukkan krim sedikit demi sedikit sambil dipukul rata. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam larutan marshmallow sambil dipukul rata.


Cara Penyedian Kek
  1. Ambil sekeping kek dan sapukan dengan filling. Lapiskan dengan kek lainnya. Sapukan filling di atasnya. Lapiskan kek [ sila buat sehingga habis ]. Sapukan keseluruhan kek dengan baki filling tidak kemas.



selamat mencuba...




5 comments:

  1. assalam
    ombre biru yg menawan kalbu
    cantik rupanya

    ReplyDelete
  2. birunya kek .. selembut baldu la kek nampak...

    ReplyDelete
  3. Suka singgh sini..sbb byk hidagan kek yg smunye hebat..sedappnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kalau kek & sekeluarga dgnnya memang suka buat...
      tp kalau nasi & lauk tu kureng sikit, tak rajin...
      hehehee..
      : )

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...