Friday 22 November 2013

Banana Chocolate Mousse Cake



      Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Hari ni alhamdulillah kampung aku ni telah dibasahi dengan hujan rahmat... Sejuk rasanya... Hujan-hujan ni memang rasa lapar ja.. Kalau nak membaking pun rasa rajin. Sebabnya sejuk-sejuk gini baru best nak menghadap oven yang panas tu... Kek ni sebenarnya aku buat kemari... Tinggal dua keping lagi... Jangan ingat aku makan sampai tinggal dua keping pulak naa... Boleh pengsang macam tu... Huhuhuuu... Kemarin aku dah potong-potong bagi kat orang sebelah... Berkongsi rezeki dengan jiran-jiran... Sebelom ni aku pernah guna resepi ni untuk buat Ferrero Rocher Chocolate Mousse Cake. Masa tu aku ganti pisang dengan coklat ferrero rocher. Memang sedap. Kali ni aku buat guna pisang pulak macam resepi asal... Rugi kalau tak cuba... Kalau ada yang teringin nak mencuba kesedapan kek ni boleh la tengok resepi kat bawah ni... Thanks kak ita sebab sudi berkongsi resepi ni....








BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
C & P : Kak ita


Kek Span Coklat

-5 biji telur
-125 gm gula kastor [ aku letak 100gm ]
-1 sudu kecil esen vanila
-15 gm ovelette
-40 ml air
-100 gm tepung gandum ~ diayak
-20 gm serbuk koko ~ diayak
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-70 gm mentega ~ dicairkan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8 inc. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
  4. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc.
  5. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna. Sejukkan kek atas redai setelah masak.
  6. Potong kek kepada 3 lapisan






Bahan Ganache Coklat

-150 ml krim tenusu
-20 gm sirap glukos
-260 gm coklat gelap ~ hiris halus [ aku letak 200gm ]
-20 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
-1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka


Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange gau rata.







Mousse Chocolate

-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-120 gm mentega tanpa garam [ tak letak ]
-6 gm halal gelatin [ aku letak 1 sudu besar ]
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.







Kaedah Penyediaan

-Pisang secukupnya ~ di belah 2
-Air Nescafe untuk melembabkan kek
-Ganache coklat secukupnya


Cara-Cara
  1. Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
  2. Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
  3. Letakkan mousse coklat dan ratakan
  4. Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
  5. Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
  6. Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
  7. Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing






Jemput makan..


8 comments:

  1. sedapnya...kalau beli kat secret resipi...mahal kan? hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jgk harga dia...
      klau buat sendiri, hmmm... mkn sampai knyang..

      Delete
  2. syapex! nak tau x, baru smlm aku terpikir nak buat kek ni next week. tup2, nmpk kek ko buat ni. hahaha. awesomee!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa...
      x sangka la plk nk sama menu...
      klau ABM bt kompem lg ohsemmm...
      huhuhuu...

      Delete
  3. salam..

    wah, cantik dan nampak menggoda kek tu..teringin mau buat kek macam ni.syapex, saya mau tau sirap glukos tu apa ya?sama tak dengan golden syrup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn x berapa pasti..
      kalau dari segi warna sirap glukos warna jernih & golden syrup warna kuning..
      sirap glukos tu boleh panjangkn hayat dan mstabilkn ganache kita...

      Delete
  4. adoiiii .. tergoda dan mengoda betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee...
      klau kek memang boleh tergoda jiwa & raga...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...