Saturday, 30 November 2013

Kek Chiffon Pisang



    Asalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa petang ni... Apa kata cuba buat kek chiffon pisang yang gebu dan lembut ni... Sangat sedap kalau pekena dengan secawan kopi o atau nescefe o di kala waktu petang ni... Resepi ni aku copy kat che mat gebu. Tima kasih cmg sebab dah alih bahasa resepi ni kepada bahasa melayu.. Senang sikit kalau nak buat rujukan nanti... Rasa kek chiffon ni pun macam kita makan kek pisang. Cumanya kalau kek pisang lebih padat kalau nak bandingkan dengak kek chiffon ni. Masa dok bakar tu memang harum betol dengan aroma pisangnya... Kalau ada yang nak cuba buat untuk minum petang boleh la tengok resepi kat bawah ni... Sampai takat ni dulu ya... Bye..






Kek Chiffon Pisang
C&P : CMG


BAHAN-BAHAN A
-80 gram tepung kek
-15 gram gula kastor
-3 kuning telur gred A
-35 gram minyak sayur (che mat guna minyak jagung)
-45 gram susu segar
-240 gram pisang, che mat guna pisang montel (tanpa kulit)
-Secubit garam

BAHAN-BAHAN B
-4 putih telur gred A
-40 gram gula kastor
-1/2 camca teh cream of tartar

CARA CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan tin chiffon cake berukuran 9 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. Ketepikan. 
  2. Dalam satu mangkuk, satukan bahan2 A, kemudian kacau dengan whisk hingga semua sebati, licin dan berkrim. Pastikan ia tidak berbinti2. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan laju. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis, tambah cream of tartar dan terus memutar hingga putih telur kental. Ketepikan
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dalam adunan no. 2, kemudian cedok 1/3 lagi dan gaul lagi dan di akhiri dengan baki putih telur, gaul hingga rata dan sebati. Gunakan kaedah kaup balik.
  5. Tuang dalam tin chiffon, ratakan dan bakar 55 - 6o minit atau hingga masak (bila anda uji dengan mencucuk lidi sate bersih ke dalam kek dan keluarnya bersih, itu tanda kek telah masak). Keluarkan dari oven dan terus terbalikkan tin chiffon. Biar kek sejuk dalam tin dengan keadaan tin terbalik.
  6. Sisip tepi kek dengan pisau kecil, tanggalkan dari tin, kemudia sisip pulak bahagian bawahnya. Keluarkan kek, letak dalam pinggan sesuai dan boleh hidangkan untuk minum petang..




Jemput makan..



Thursday, 28 November 2013

Light Cheese Cake



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Cuti-cuti sekolah ni memang seronok kalau nak membaking kek. Sebabnya, boleh jamu kepada kanak-kanak riang. Kalau nak harapkan aku makan... Hmmm... Alamatnya tak tau bila nak habis... Kali ni aku cuba buat cheesecake yang sangat light dari segi rasanya.... Disebabkan rasanya yang begitu light, aku dah tambah coklat ganache supaya lagi menyerlah kek cheese ni... And then, tabur sikit parutan coklat putih.. Lagi satu, tekstur kek ni pun sangat gebu. Simpan semalaman dalam peti ais lagi sedap.  Resepi ni aku copy dari HaSue. Terima kasih akak sebab dah share resepi ni... Resepi ni mmang mudah dan sangat ringkas. Bahan-bahan pun tak banyak. Bagi yang baru nak mula belajar buat cheese cake boleh la cuba resepi ni... Cheese cake ni kalau makan macam tu saja pun dah sedap... Kalau nak lekat topping tu, kompem lagi ummphhh... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni...





Light Cheese Cake
Resepi: HaSue


Base

-60gm biskut oreo [ dikisar ]
-60gm biskut marie [ dikisar ]
-60gm almond slice [ panggang sekejap, ramas kasar ]
-40gm mentega [ cairkan ]

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan padatkan dalam loyang 7'' inci [ disarankan guna loyang 8'' inci ]. Ketepikan.


Light Cheese Cake

-125g cream cheese
-300 ml susu segar
-80 g mentega atau marjerin
-80 g tepung gandum
-80 gram gula halus
-3 biji telur saiz A
-beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



Coklat Ganache

-140gm coklat masakan
-60gm whipping cream
-1 sudu teh mentega

Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan whipping cream sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat masakan tadi. Gaul seingga coklat masakan cair sepenuhnya.
  3. Masukkan mentega dan gaul sebati.
  4. Biarkan suam sebelum tuang ke atas kek.



; 0

Tuesday, 26 November 2013

Chocolate Nutella Cake with Nutella Buttercream



   Assalamualaikum semua... Pagi-pagi ni aku nak tayang kek coklat yang sangat moist ala-ala lembab... Huhuhuuu... Kek coklat nutella ni sebenarnya kek coklat kukus yang biasa ja. Cuma letak nutella dalam adunan tu... Lagi satu aku tukar serbuk koko dengan serbuk coklat. Memang ada kelainan. Ingatkan sama tapi, rasanya kurang pahit sikit daripada serbuk koko. Lagipun bau serbuk coklat ni lebih wangi. Untuk bagi nampak gelap, aku letak dark cocoa powder. Bahan-bahan ni boleh beli kat kedai bakery. Nak bagi lagi mengancam letak la nutella buttercream... Mmmmm... Sedap, sedap, sedap... Pas tu deco la dengan letak marshmallow kaler putih kat  tengah-tengah kek tu. Tak letak pun tak pa. Tak pun ganti dengan parutan coklat... Pasti lagi sedapkan... Kek ni bukannya besar sangat pun, cuma 6'' ja. Kalau teringin nak buat besar boleh la gandakan adunan... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni....






Chocolate Nutella Cake

Bahan-Bahan [ loyang bulat 6'' ]

-1/2 + 1/8 cawan tepung kek [ aku guna tepung hong kong ]
-1/2 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh soda bicarbonate

-1/3 cawan gula perang* [ kalau suka manis letak 1/2 cawan ]
-1/2 cawan susu segar*
-1/2 cawan susu pekat manis*
-1/2 cawan Chocolate powder* [ boleh beli kat kedai bakery ]
-2 sudu besar dark cocoa powder* [ untuk bagi kek warna gelap ]
-2 sudu besar nutella*

-2 biji telur
-1/2 sudu teh esen vanila


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bulat 6'' dan alas dengan baking paper. Oles sedikit dengan mentega.
  2. Satukan tepung, baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan.
  3. Masak bahan bertanda ( * ) sehingga gula hancur dengan api perlahan. Sejukkan.
  4. Pukul telur dan esen vanila hingga berbuih. Tuang ke dalam adunan ( * ). Gaul sebati. Kemudian masukan tepung yang diayak tadi dan gaul sebati.
  5. Tapis adunan [ tak tapis pun tak pa, tapi kalau tapis dapat elak tepung yang berbintil-bintil ] ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak jatuh dalam adunan kek.
  6. Cucuk kek dengan lidi sate untuk test kek masak atau tidak. Jika keluar bersih maksudnya sudah masak. Jika masih ada aduna pada lidi, sambung masak lagi.
  7. Sejukkan sebelum hias kek anda.





Nutella Buttercream

Bahan-Bahan
-200gm krimwell
-100gm shortening
-100gm nutella [ kalau lebih lagi power ]
-1 sudu besar susu pekat manis [ boleh lebihkan ]


Cara-Cara
  1. Satukan krimwell dan shortening dan pukul hingga kembang.
  2. Masukkan nutella dan terus putar hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat manis dan sambung putar lagi hingga sekata. Boleh dilepa pada kek.






Chocolate Ganache

Bahan-Bahan
-150gm coklat masakan
-50gm whipping cream
-1 sudu teh mentega


Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil dan ketepikan.
  2. Panaskan whipping cream hingga berbuih dan tuang ke dalam coklat masakan tadi.
  3. Gaul sehingga coklat masakan cair sepenuhnya dan masukkan mentega. Gaul sebati.
  4. Biar sejuk sebelum tuang atas kek.








Cara Menyusun Kek

-air nescafe untuk lembabkan kek

  1. Apabila kek betul-betul sejuk, potong kepada tiga bahagian.
  2. Letak satu keping kek atas papan kek dan sapu dengan air nescafe. Letakkan nutella buttercream keseluruh permukaan kek tersebut. Letak sekeping kek lagi.
  3. Ulang langkah 2 untuk lapisan berikutnya. Sapu keseluruh kek dengan baki buttercream.
  4. Simpan dalam peti sejuk seketika sebelum tuang chocolate ganache.
  5. Hias sesuai rasa...




Selamat mencuba...



Sunday, 24 November 2013

Green Tea Almond Brownies



    Assalamualaiku.... Hari ni kita layan brownies dari N3 tertunggak lagi yaa... Brownies ni special sikit sebab ada rasa green tea. Selalunya kalau brownies ni perisa coklat, tapi aku nak buat yang lain sikit. Walaupun tak letak perisa coklat, tapi ada letak coklat cip dalam tu. Coklat putih pun ada sama.  Memang sedap. Ada rasa lemak-lemak dari serbuk almond membuatkan tak jemu nak makan. Boleh dikatakan gandingan yang mantap lah... Kalau tengok saiz brownies ni memang kecik ja. Cukup la kalau isi rumah yang sikit macam aku ni. Resepi ni aku jumpa masa nak cari resepi yang guna green tea powder. Bila dah jumpa, apa lagi kena copy resepi dan buat la... So, ni la hasilnya... Kalau ada yang teringin nak buat boleh la try tengok resepi kat bawah ni...









Green Tea Almond Brownies
C&P : Sajian Sedap


Bahan-bahan
-75 gram mentega tawar
-1/4 sudu teh garam
-100 gram white cooking chocolate, potong-potong
-2 butir telur
-50 gram gula pasir
-50 gram tepung gandum protein sederhana [ aku guna tepung kek ]
-50 gram serbuk almond
-1/2 sudu teh baking powder
-1/2 sudu makan green tea powder
-50 gram chocolate chip
-1 titik pewarna hijau [ aku tambah ]


Bahan Taburan:
-15 gram chocolate chip
-15 gram almond slice



Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan garam sampai larut. Masukkan potongan white cooking chocolate. Adun sampai larut. Biarkan suam.
  2. Pukul  telur dan gula pasir selama 3 minit sehingga kental.
  3. Masukkan campuran mentega sedikit-sedikit sambil dipukul rata.
  4. Masukkan tepung gandum, serbuk almond, baking powder, dan green tea powder sambil diayak dan dipukul rata. Tambahkan chocolate chip. Adun rata.
  5. Tuang dalam loyang brownies ukuran 30x10x4 cm [ aku guna loyang 7x7 ] yang dioles margarin dan dialas baking paper.
  6. Tabur chocolate chip dan almond slice.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C sehingga masak [ aku bakar selama 30 minit dengan suhu 150c ].




Selamat mencuba...



Saturday, 23 November 2013

Sponge Finger Tiramisu Cake



    Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawanku... Hari ni aku nak harumkan blog aku ni dengan aroma kopi dari Sponge Finger Tiramisu Cake yang sangat mengasyikkan lagi memikat jiwa... Ada bau ke....? Kompem tak bau punya... Kalau ada kat rumah aku kompem lah kan... Kek ni aku buat minggu lepas, tak sempat nak update. Cuma simpan dalam draft ja... Untuk resepi kali ni, aku nak share resepi tiramisu yang sangat senang bagiku... Dah la senang, sedap pulak tu... Senangnya sebab tak payah nak guna oven pon. Orang yang tak reti masak kurang mahir masak pasti boleh buat jugak... Asas kek ni pun cuma guna biskut lady finger ja.. Celop, celop, susun, susun dan letak cream cheese... Senang kan... Tak payah nak beli dah lepas ni, baik buat sendiri... Untuk bagi comel kek ni aku salut dengan fresh cream. Pas tu hias la atas kek tu dengan coklat bentuk kopi... Baru nampak cun sikit.... Tima kasih na Evelyn sebab share resepi ni...












Sponge finger tiramisu cake
C&P : Evelyn Gemina


Base & layer
-Sponge finger secukupnya


Coffee syrup
-80g air
-40g gula
-2 sb instant coffee powder

Cara-Cara
  1. Masak gula & air hingga mendidih.
  2. Masukkan instant coffee powder, gaul rata. Sejukkan.


Filling

Bahan A
-1 biji kuning telur
-1 biji telur
-20g gula

Bahan B
-1 1 /2 sb gelatin
-50g air

Bahan C
-250g cream cheese
-50g gula

Bahan D
-1 sb instant coffee powder
-2 sb air

Bahan E
-100g fresh cream, dipukul hingga kembang [ aku letak 200gm ]
-200g UHT whipping cream, dipukul hingga kembang


Topping
-Sedikit serbuk koko


Cara-Cara
  1. Satukan bahan2 A & masak atas double boiler hingga pekat. Ketepikan,
  2. Satukan pula bahan2 B, cairkan juga atas double boiler.
  3. Masukkan campuran gelatin kedalam adunan A tadi (langkah 1 ), gaul sebati. Ketepikan.
  4. Pukul bahan C hingga lembut. Masukkan bahan D, pukul sebati.
  5. Kemudian, masukkan adunan gelatin + adunan telur (langkah 3) tadi, pukul sebati.
  6. Akhir sekali, kaup balikkan adunan dengan adunan E hingga rata.






Cara-Cara Penyediaan Kek
  1. Ambil sponge finger, celupkan kedalam coffee syrup. Susunkan kemas dalam loyang bersaiz 9' [ aku guna loyang 8'' ]hingga rata.
  2. Tuang 1 /2 adunan filling kedalam loyang [ aku letak 1/3 adunan ].
  3. Kemudian, susun lagi satu lapisan sponge finger yang telah dicelup dengan coffee syrup atas filling tadi. Tuang baki adunan filling atasnya[ aku letak 1/3 adunan dan letak lagi sponge finger. Pas tu baru letak baki filling ]. Ratakan.
  4. Tutup & simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau hingga keras. Hiaskan dengan serbuk koko atasnya sebelum di hidang.

* Aku hias kek guna 1 cawaan fresh cream yang telah dipukul hingga kental dan salut seluruh kek. Lepas tu aku letak coklat bentuk biji kopi kat tengah-tengah kek tu...
* Untuk coklat biji kopi tu aku cairkan dark coklat secara double boiler dan masukkan ke dalam acuan berbentuk biji kopi...






uiiihhh...
sedap tak terkata....



Friday, 22 November 2013

Banana Chocolate Mousse Cake



      Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Hari ni alhamdulillah kampung aku ni telah dibasahi dengan hujan rahmat... Sejuk rasanya... Hujan-hujan ni memang rasa lapar ja.. Kalau nak membaking pun rasa rajin. Sebabnya sejuk-sejuk gini baru best nak menghadap oven yang panas tu... Kek ni sebenarnya aku buat kemari... Tinggal dua keping lagi... Jangan ingat aku makan sampai tinggal dua keping pulak naa... Boleh pengsang macam tu... Huhuhuuu... Kemarin aku dah potong-potong bagi kat orang sebelah... Berkongsi rezeki dengan jiran-jiran... Sebelom ni aku pernah guna resepi ni untuk buat Ferrero Rocher Chocolate Mousse Cake. Masa tu aku ganti pisang dengan coklat ferrero rocher. Memang sedap. Kali ni aku buat guna pisang pulak macam resepi asal... Rugi kalau tak cuba... Kalau ada yang teringin nak mencuba kesedapan kek ni boleh la tengok resepi kat bawah ni... Thanks kak ita sebab sudi berkongsi resepi ni....








BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
C & P : Kak ita


Kek Span Coklat

-5 biji telur
-125 gm gula kastor [ aku letak 100gm ]
-1 sudu kecil esen vanila
-15 gm ovelette
-40 ml air
-100 gm tepung gandum ~ diayak
-20 gm serbuk koko ~ diayak
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-70 gm mentega ~ dicairkan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8 inc. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
  4. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc.
  5. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna. Sejukkan kek atas redai setelah masak.
  6. Potong kek kepada 3 lapisan






Bahan Ganache Coklat

-150 ml krim tenusu
-20 gm sirap glukos
-260 gm coklat gelap ~ hiris halus [ aku letak 200gm ]
-20 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
-1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka


Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange gau rata.







Mousse Chocolate

-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-120 gm mentega tanpa garam [ tak letak ]
-6 gm halal gelatin [ aku letak 1 sudu besar ]
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.







Kaedah Penyediaan

-Pisang secukupnya ~ di belah 2
-Air Nescafe untuk melembabkan kek
-Ganache coklat secukupnya


Cara-Cara
  1. Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
  2. Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
  3. Letakkan mousse coklat dan ratakan
  4. Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
  5. Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
  6. Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
  7. Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing






Jemput makan..


Monday, 18 November 2013

Agar-Agar Teh Hijau



    Assalamualaikum.... Hari ni apa kata layan agar-agar teh hijau yang sangat nyaman ni... Panas-panas terik ni kalau dapat agar-agar rasa sejuk tekaka kan... Idea nak buat agar-agar ni mai masa lepas buat agar-agar rintik pandan. Cuma olah bahan-bahannya saja sikit... Agar-agar ni pun rasa dia macam minum teh hijau la. Tapi dalam bentuk pepejal. Bau pun wangi. Tapi kalau nak bau teh hijau tu lebih kuat, bolet tambah lagi kandungan serbuk teh hijau tu Bagi aku manis agar-agar ni ala-ala manis buah gitu. Kalau yang suka manis tu boleh lebihkan kandungan gulanya... Memang sangat sesuai la kalau makan waktu panas macam sekarang ni.... Panas sekarang ni pun kejap ja. Selalunya lewat petang nanti cuaca mendung... Biasa la cuaca tak menentu... Lepas ni kalau berkesempatan nak buat yang ala-ala puding la pulak... Kalau puding tu dia lebih lembut dari agar-agar ni... Jom kita pakat buat...










Bahan A
-1 cawan air
-1 cawan susu cair
-2/3 sudu besar serbuk agar-agar
-2 sudu besar gula [ boleh lebihkan kalau suka manis ]


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan beku.
  2. Apabila sudah beku, potong kepada bentuk-bentuk yang kecil. Ketepikan.


Bahan B
-3 cawan air
-120gm gula [ kalau nak manis lagi sila lebihkan ]
-1/2 sudu besar serbuk teh hijau
-1 sudu besar serbuk agar-agar
-1 titik pewarna hijau

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna hijau. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan pewarna hijau. Kacau sebati.
  2. Tapis ke dalam loyang 6x6.
  3. Masukkan potongan agar-agar tadi ke dalam loyang secara rawak. Biarkan beku dan simpan dalam peti ais.












: )


Sunday, 17 November 2013

Rusian Black And White Square Cake



    Assalamualaikum dan salam hujung minggu semuaaa....  Hari ni aku nak share resepi kek yang aku dah selelai buat dan dah selesai makan dan dah habih dah... Hahahahaa.... Kek ni memang kaya... Nak tau kaya dengan apa...? Dah semestinya bukan kaya dengan wang... Tentu la kaya dengan rasa coklat... Asas kek ni guna kek coklat moist. Memang sangat moist dan sangat lembut kek coklat tu... Lepas tu ada pulak  coklat ganache... Digandingkan pulak dengan cream cheese yang sangat superbbb... Aduh, memang tak tahan dugaan kek ni...
   Sebelom ni aku dah banyak kali dok tengok bloger-bloger masakan lain buat kek ni, tapi jenis yang bulat la. Kalau yang bulat tu bagi aku payah sikit tang nak salut coklat ganache kat seluruh kek. Tapi kalau yang empat segi ni aku rasa senang sikit sebab aku cuma tuang kat atas permukaan kek tu bagi rata ja... Sebabnya nanti kat tepi kek tu kan akan dipotong. So, coklat ganache tu tak akan ada la kat tepi-tepi kek tu...
   Yang empat segi ni pun bagi aku ada kepayahan jugak. Terutama masa nak bahagi kek tu kepada empat bahagian. Memang tak sama saiz... Biasa la, amaturrr katakan... Huhuhuuu.... Terima kasik kak ita sebab sudi tunjuk step by step untuk buat kek ni... Sayang kak ita.. Hehehee... Rahel pun ada buat jugak kek ni. Boleh klik kat link ni kalau nak tengok hasil yang dia buat... Kalau tengok depa ni potong kek memang kemas, tak macam aku ni.... Comot memanjang.... Huhuhuuu... Alaaa... Tak kisah kan, janji kek ni memang sedap... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni....







BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE


Kek Coklat Lembab

Bahan A
-300 gm tepung gandum
-100 gm serbuk koko
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
-3 biji telur A saiz
-400 gm gula kastor [ aku letak 250gm ]
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
-250 ml susu cair
-250 ml minyak jagung

*Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
-250 ml air panas


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
  2. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Tambahkan air panas dan gaul rata.
  4. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  6. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
  7. Sejukkan kek atas redai setelah masak







Krim Keju Moca

Bahan A
-12 gm halal gelatin
-60 gm air

Bahan B
-400 gm krim keju
-2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
-60 gm gula icing

Bahan C
-300 gm Krim Putar bukan tenusu


Cara-Cara
  1. Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu. Satukan gelatin dalam air. Kemudian cairkan secara kukusan.
  2. Satukan bahan B. Pukul hingga lembut. Campurkan gelatin dan pukul hingga licin.
  3. Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental.
  4. Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna.
  5. .Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais.






Chocolate Ganache

Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Cara-Cara
  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus.
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna.
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
  6. Sejukkan.
  7. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais.



 Sirap Nescafe

-1 sudu besar Nescafe segera
-1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata






Kaedah Penyediaan

  1. Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan.
  2. Letakkan 1 keping kek atas lapik kek. Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek. Ini bertujuan untuk melembabkan kek.
  3. Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca. Lakukan berselang seli sehingga habis
  4. Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe. Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong.
  5. Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek.
  6. Kemaskan tepi kek.
  7. Simpan sebentar dalam peti ais.
  8. Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek. Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
  9. Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler.
  10. Alihkan kek atas redai. Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya. Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek. Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata. Biarkan sebentar.
  11. Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula.
  12. Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.
  13. Hias kek mengikut kreativiti.


*Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.





SELAMAT MENCUBA