Thursday, 29 August 2013

Hadiah Dari K1 ( citarasawan )



    Assalamualaikum semua.... Bulan syawal dah nak habis... Biskut raya pun dah tinggal habuk... Blog aku ni pun dah lama tak berasap.... Biasa la, lepas raya aku pi jalan-jalan kat rumah kak aku kat rawang dan klang. Cuti rehat penat mem''baking'' katakan.... Pagi kemari baru selamat sampai kampung... Hari ni aku cuma nak update pasal hadiah misteri yang K1 hantar kat aku ni... Berdebar-debar jugak masa nak buka ni.... Bila buka... WOW.... Banyak benda yang K1 bagi... Terharu aku.... Hadiah ni aku dapat sebab K1 ada buat pertandingan sempena ulang tahun ke-4 blog dia. Tak sangka boleh menang pulak... Huhuhuuu... Jom tengok apa yang ada dalam bungkusan misteri ni...



    Tambah lagi koleksi buku resepi.... Syoknya.... Resepi kat dalam buku ni pun best-best... Bila tengok memang mengiurkan... Kalau ada masa nanti aku akan try buat, pastu aku akan post kat blog ni untuk dikongsi beramai-ramai.... Boleh la pakat-pakat cuba...





    Haaaa.... yang ni silicone mold bentuk matahari... Lepas ni boleh la aku start buat agar-agar matahari pulak. Pastu boleh la amek oder untuk buat hantaran... Huhuhuuuu.... Masyukkk....





   Masa jalan-jalan kat shah alam ari tu ada la pi kat kedai barang bakery... Ada nampak loyang biskut lidah kucing ni. Dalam hati memang nak amek sangat-sangat. Tapi tak tau macam mana boleh tak jadi amek... Tapi habis banyak ratus ringgit jugak la kat situ walaupun tak amek loyang tu. Mungki dah tau nak dapat yang free kot... Kih...kih..kihhh... Lepas ni boleh la try resepi biskut lidah kucing pelangi kat blog K1 tu.... Raya haji dah tak lambat, boleh la buat untuk raya nanti....




    Ni yang paling aku tak sangka-sangka. Dapat duit raya yang ehem-ehem lagi tu. Tua-tua ni pun dapat duit raya lagi.... Syoknya...





   Lepas ni kena rajin-rajin la melawat kat blog citarasawan ni... Kot-kot lepas ni rezeki kengkawan yang lain pulak... Terima kasih ya K1 atas hadiah yang K1 dah bagi ni.... Tahun depan boleh try lagi.... Semoga K1 sentiasa berjaya dalam kerjaya K1 dan sentiasa menghasilkan banyak lagi resepi yang menarik untuk dicuba...



Sunday, 18 August 2013

Biskut Oreo Black Beauty



   Assalamualaikum.... Hari ni aku nak update menu biskut yang last untuk hari raya hari tu... Kebanyakan biskut yang aku buat ni dah habis dah. Cuma tinggal kek lapis ja.. Lepas raya ni tak sempat lagi nak start baking untuk diri sendiri. Buat kek pun untuk orang lain ja... Tak pe la, layan dulu N3 tertunggak ni. Janji berupdate jugak la blog aku ni... Huhuhuuu....





Biskut Oreo Black Beauty
C&P : Kak Wan

Bahan A
-280gm mentega
-200gm gula kastor

Bahan B
-250gm tepung gandum
-50gm serbuk koko
-30gm tepung jagung
-20gm biskut oreo (buang krim dan kisar halus)
-1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
-Putih telur
-Biskut oreo (dibuang krim dan dikisar kasar)
-coklat masakan putih dicairkan
-croquant

Cara-cara :
  1. Pukul bahan A hingga kembang.
  2. Masukkan bahan B, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Paipkan dengan nozzle bulat dan bentukkan memanjang. Sapu putih telur dan tabur serbuk oreo diatasnya.
  4. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
  5. Sejukkan dan paip dengan coklat putih dan tabur dengan croquant.




Sedap...




Thursday, 15 August 2013

Biskut Fantasi Coklat



 Assalamualaikum semua.... Rasanya masih lagi dalam mood raya ni. Mesti ada yang tengah buat rumah terbuka lagi. Untuk yang dah start bekerja, selaman menjalankan tugas masing-masing lah yee... Hari ni aku cuma nak update resepi biskut yang aku buat untuk hari raya hari tu. Resepi ni pun aku amek dalam majalah saji jugak. Rasa biskut ni pun sedap. Rasa lemak-lemak kacang sebab ada letak peanut butter. Resepi ni asalnya dari kak ita. Bila tengok bahan-bahan pun nanpak menarik. Kebanyakan bahan memang dah ada dalam rumah ni. So, senang la kerja aku nak buat biskut ni. Lagi satu dah tak payah nak membazir nak beli bahan tambahan.... Lagipun buat biskut ni sangat mudah. Tak payah nak tekap-tekap. Cuma gelentel jadi bulat, pastu penyek sikit... Selamat mencuba lah yeee...


Biskut Fantasi Coklat
Majalah Saji
Keluaran Khas Hari Raya
Ogos 2013

Bahan A
-150gm mentega
-3 sudu kecil mentega kacang tanah
-1 biji kuning telur
-1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
-30 gm lemak sayuran
-220 gm tepung gandum
-30 gm tepung suji
-60 gm tepung jagung
-30 gm tepung kastad
-1 1/2 sudu besar tepung beras

Bahan Hiasan
- putih telur
-serbuk roti
-coklat masakan gelap [ cairkan ]


Cara Menyediakan
  1. Pukul sebati mentega dan mentega kacang tanah. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan B . Uli hingga menjadi doh.
  3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan sedikit supaya leper. Celupkan dalam putih telur dan salut dengan serbuk roti.
  4. Susun dalam loyang. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit. Setelah sejuk hias dengan coklat masakan gelap.




Sangat sedap dan mudah...

Friday, 9 August 2013

Truffle Lovely Cookies / Biskut Truffle Coklat Putih



      Assalamualaikum.... Hari ni aku cuma nak update resepi biskut raya yang tertunggak ja.... Biskut ni aku buat dua tiga hari sebelom raya.  Hari ni baru sempat nak update... Mesti bayak orang buat rumah terbukakan hari ni kan... Keja makan ja  la lepas ni. Kompem badan naik lepas ni... Huhuhuuu... Ok la, sampai takat ni dulu la. Nak rehat sat sebab letih kemarin tak habis lagi.... zzzzzz.....



Truffle Lovely Cookies / Biskut Truffle Coklat Putih
C&P : Kak Wan

Bahan A
-160gm mentega
-1/8 teh esen vanilla
-60gm gula aising
-secubit garam

Bahan B (diayak bersama)
-180gm tepung gandum
-10gm serbuk koko
-25gm tepung jagung
-15gm tepung kentang
-1 1/2 sudu besar susu tepung
-1/8 sudu teh serbuk penaik
-50gm kacang tanah (panggang dan dikisar halus)

Bahan C
-90 biji kacang - panggang (utk dimasuk ke dlm doh)

Hiasan : Coklat masakan putih, coklat rice berwarna, dan cwn kertas.


Cara-cara:
  1. Pukul bahan-bahan A sehingga ringan dan berkrim.
  2. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sebiji kacang yg telah dipanggang dan salut dgn doh menjadi bulat membujur.
  4. Susun didlm loyang pembakar dan bakar pd suhu 150c selama 15 minit.
  5. Sejukkan. celupkan biskut ke dalam coklat masakan dan masukkan ke dalam cwn kertas, taburkan coklat rice utk hiasan.



    

Thursday, 8 August 2013

Kek Lapis Pelangi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri



    Assalamualaikum semua.... Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam... Aku pun nak mintak maap la kalau masa dok tulis kat blog ni, aku terkasar bahasa. Lepas tu aku nak mintak halal jugak la kepada bloger-bloger masakan lain yang mana aku C&P resepi depa kat blog aku.Tambah-tambah resepi asal aku dah derhaka... Mintak maap dari ujung rambut hingga ujung kaki ya.... Hari ni aku nak update pasal kek lapis pelangi. Ni adalah kek lapis yang last aku buat untuk hari raya ni. Kek lapis ni hasil eksperiment sebenarnya. Aku ni teringin sangat nak buat kek lapis yang ada corak-corak tu. Nampak lagi rumit dari kek lapis yang biasa-biasa tu. Kek lapis besa tu pun aku dok merangkak lagi... Ni memang nak cari nahas kalau nak buat yang bercorak ni. Sebelom ni pernah buat sekali. Tak menjadi sebab salah potong. Pastu silap susun pulak... Memang kena amek krusus kalau nak buat yang bercorak ni... Yang ni pun nasib baik ja. Tu pun tak berapa kompiden jugak... Untuk step by step aku tak dapat nak tunjuk kat sini. Mintak maap la ya... Harap-hara paham la penerangan yang aku tulis kat bawah tu...






Kek Lapis Pelangi
Sumber / Rujukan: sherry_mz [ Kek lapis Sarawak ]


DALAM KEK [ inti kek ]

Bahan A
-5 biji kuning telur
-3 biji putih telur
-150 gram gula kastor
-100 gram tepung hong kong
-1 sudu makan ovelet

BAHAN B
-200 gram mentega/butter
-3 sudu makan susu pekat


Cara-Cara
  1. Pukul Bahan B hingga sebati. [ Untuk buat bahagian dalam kek ni aku guna loyang 8x8 ]
  2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. [ aku bahagi kepada 7 bahagian dan letak warna merah, oren, kuning, hijau, biru, violet dan ungu ]
  4. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan. [ Bakar selapis -selapis untuk setiap warna hingga habis ]
  5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu. [ Bila kek dah masak dan sejuk, potong kek kepada 16 keping iaitu setiap satu tinggi 1/2 inci dan panjang 7 inci. Ketepikan ]



BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

-300 gram putih telur (8 biji putih telur)
-190 gram tepung hong kong
-150 gram gula kastor
-1 sudu makan ovelet
-250 gram butter/mentega (cairkan)
-50 ml susu cair


Cara-Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.[ Bahagi adunan kepada 3 hahagian. Mula-mula ambil bahagian pertama dan masukkan lebih kurang 7 sudu makan dalam loyang 7x7 dan ratakan. Bakar api atas dan bawah. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Setelah keperangan, kelurkan dari oven dan tekan sedikit kek dengan penekan kek. Buat sebanyak 3 lapis. untuk lapisan ke-2 hingga berikutnya guna api atas sahaja. Untuk lapisan ke-3, sapu jem dan susun inti kek. Sapu jugak jem ditepi setiap inti kek supaya melekat antara satu sama lain. Ambil 7 sudu makan adunan ke-2 dan ratakan. Bakar hingga masak dan buat sebanyak 3 lapis juga. ]
  3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis. [  Ulang proses yang sama untuk inti kek yang ke-2. Untuk lapisan terakhir, bakar api atas dan bawah selama 10 minit untuk pastikan kek masak keseluruhan. ]
  4. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci [ aku guna loyang 7x7 ]



Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Mai la rumah,
Nanti dapat duit raya..
: D



Wednesday, 7 August 2013

Biskut Nestum




   Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Ada yang dah bangun sahur ka....?? Rasanya awal lagi kan... Aku berjaga tengah pagi buta ni pun sebab tengah nak siapkan kek... Memang penat. Ni benti kejap. Amek angin. Sambil-sambil tu boleh la aku update blog aku ni. Aku cuma nak kongsi resepi biskut nestum yang telah aku buat... So, sapa yang teringin nak makan biskut nestum boleh la try buat. Ok la, aku nak sambung buat kek pulak ni... Babaiiiii....




Biskut Nestum
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan

Bahan A
-130gm mentega
-20gm shortening
-50gm gula kaster
-1 sudu teh esen vanila

Bahan B
-140gm tepung rose
-20gm tepung jagung
-50gm nestum di kisar halus

Hiasan : Kuning telur dan nestum


Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan kuning telur dan tabur nestum diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.







Tuesday, 6 August 2013

Biskut Sesuci Lebaran



    Assalamualaikum danselamat pagi semua..... Semakin hari, semakin dekat dah nak sambut hari raya aidil fitri. Maksudnya makin sibok la nak buat persiapan hari raya. Aku ni pun dok sibuk buat kek dan biskut lagi. Tak habis-habis lagi. Memang penat... Kadang-kadang tu sampai tak cukup tidur sebab biskut dan kek punya pasal... Biasa la, nak sambut hari raya. Setahun sekali. Berbalik pada resepi hari ni, aku ada try resepi dalam majalah saji untuk edisi raya punya. Selalunya aku jarang nak buat resepi dalam buku atau majalah. Cuma rajin beli ja. Huhuhuuu.... Tapi kali ni saja nak try satu, dua resepi. Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap lagi. Tambah pula disalut dengan coklat putih dan kelapa kering. Memang lemak berkrim la katakan... Jom tengok resepi kat bawah ni...





Biskut Sesuci Lebaran
Majalah Saji
Keluaran Khas Hari Raya
Ogos 20013

Bahan-Bahan

-100gm mentega
-50gm gula kastor
-1 sudu kecil esen durian

Bahan A
-170gm tepung gandum
-40gm tepung jagung
-30gm tepung kastad
-50gm nestum [ kisar ]
-20gm susu tepung
-1 biji kuning telur

Bahan B
-Coklat masakan [ cairkan ]
-kelapa kering
-kacang tumbuk [ inti ]

Cara Menyediakan
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen durian hingga sebati. Masukkan bahan-bahan kering dan uli hingga menjadi doh.
  2. Ambil sedikit doh dan letakkan kacang ditengah-tengahnya [ bulatkan seperti guli ]
  3. Susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 15 minit hingga 20 minit.
  4. Sejukkan biskut dan celupkan dengan coklat putih dan gaulkan dengan kelapa kering. Simpan dalam bekas kedap udara.







Kalau letak dalam kotak macam ni...
pastu bagi kt GF,
kompem dia suka...

Monday, 5 August 2013

Kek Lapis Asam Manis Pelangi Senja



    Assalamualaikum semua... Kembali lagi dengan kek lapis asam manis. Sebelum posa hari tu aku dah try buat, tapi bukan resepi ni. Sedap jugak. Yang ni pun sedap. Kek lapis asam manis yang ni tak guna tepung pun. Cuma ganti dengan serbuk biskut marie yang dah dikisar. Tak sangka noo, biskut marie ni pun boleh buat kek. Pasal tajuk tu aku saja-saja letak. Kalau tengok ton warna tu macam waktu matahari nak terbenam. Tak pun dekat-dekat nak senja. Kalau nak cerita pasal rasa pulak, memang tak sangkal lagi... SEDAPPP...  Memang kena cuba. Resepi ni pun aku amek kat dapur DJ. Amik resepi ni sekali dengan resepi kek lapis cadbury hari tu jugak.... Jom kita pakat melapis kek...





Kek Lapis Asam Manis Pelangi Senja

bahan-bahan : 1/2 adunan loyang 6" x 6" x 3"

-5 biji telur A
-150g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
-250g mentega berkualiti/pure creamy butter
-1/2 sudu besar ovallete
-38ml air sejuk (dari peti ais)
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-50g gula kastor
-150g susu pekat manis
-haw slice/ hawflake secukupnya
-1 sudu besar pes pandan cap Koepoe-Koepoe(boleh juga menggunakan pes pandan jenama lain) [ tak letak ]
-sedikit pewarna kuning telur (DJ menggunakan pewarna Star Brand) [ aku guna merah ,oren dan kuning ]


cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Lebihkan sedikit untuk adunan kuning. (bubuh pes pandan dan pewarna kuning) [ aku bahagi kepada 3 bahagian sama banyak dan letak pewarna merah, oren dan kuning ]
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
  6. Masukkan 3 sudu makan adunan untuk lapisan kuning ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang. (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata) [ Masukkan 3 sudu makan adunan untuk lapisan merah ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek ]
  7.  Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflake secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan hijau dan ulangi proses hingga habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS). [ Buat lagi untuk lapisan merah dan susunkan kepingan hawflake secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan merah dan ulangi proses hingga habis menjadi 4 lapisan. Sambung untuk adunan lain dengan kaedah yang sama ]
  8. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan memnggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140C-160C)
  9. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.






Nota :


***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.

***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak. (keliling loyang BOLEH DISAPU ATAU TIDAK DISAPU dengan mentega)

***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur.

***sukatan gula mengikut citarasa masing2 ye. Kalau suka manis, letaklah dlm 150g. Kalau tak suka manis, bolehlah dikurangkan ke 100g shj.

***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Cow Head, Anchor dsbnya (DJ kurang gemar menggunakan Buttercup)

***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.

***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.

***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.




Sunday, 4 August 2013

Kek Lapis Cadbury 1 Malaysia




    Assalamualaikum semua... Ahhhh... Berjaya jugak aku menyiapkan satu lagi kek lapis sedap sangat ni. Kek lapis cadbury ni saja aku letak nama 1 Malaysia sebab ada warna merah, putih, biru dan kuning. Tu kan warna jalur gemilang. Sekarang ni pun dah masuk bulan lapan. Ala-ala semangat kemerdekaan la ni... Heheheee... Resepi asal dari kak DJ. Terima kasih kak sebab sudi kongsi resepi kek lapis cadbury pandan yang telah saya derhakakan ni...Hehehehee... Mintak ampun ye akak... Ok la... Aku tak boleh lelama kat sini sebab aku kena siapkan benda lain lagi... Banyak lagi benda nak kena buat ni. Tambah-tambah dah dekan sangat nak raya ni... Ok la jom layan resepi kat bawah ni...




Kek Lapis Cadbury 1 Malaysia

bahan-bahan: 1/2 adunan loyang 6" x 6"

-250g mentega berkualiti tinggi (dayang menggunakan mentega Anchor)
-150g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
-75g gula halus
-5 biji telur gred A
-38 ml air sejuk (dari peti ais)
-25g serbuk santan (1 peket)
-2/3 sudu besar ovalette
-sedikit esen vanilla
-150g susu pekat manis
-kepingan coklat Cadbury secukupnya
-pes pandan secukupnya [ ganti warna merah , biru & kuning ]
-kelapa parut kering (optional)


Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper.
  2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3) [ aku bahagi kepada 4 bahagian sama banyak ]
  5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal. [ Setiap adunan diletakkan warna merah, biru dan kuning. Biarkan satu bahagian lagi plain. ]
  6. Ambil 3 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masingmasing). [ Ambil 3 sudu makan adunan merah dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masingmasing) ]
  7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua). [ Ulangi melapis dengan adunan warna merah juga dan bakar sehingga habis sebanyak 4 lapisan kesemuanya ]
  8. Kemudian sudukan 3  sudu makan adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril. [ Kemudian sudukan 3  sudu makan adunan plain ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Kemudian barulah dibakar/gril. Kemudian sambung semula membakar adunan plain hingga habis ]
  9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis. [ Ulang proses yang sama untuk adunan biru dan kuning ]
  10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.







Saturday, 3 August 2013

Biskut Truffle Chocolate Cookies / Biskut Denmark



   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Selamat bersahur jugak.... Pagi ni aku nak share resepi biskut raya yang ketiga yang dah siap aku buat. Memang sedap biskut ni. Kat dalam tu boleh boh inti kacang. Aku letak kacang hazelnut pastu salut dengan coklat. Last sekali tabur dengan almond nibs... Memang mantap la... Penuh dengan kenikmatan kekacang dan coklat... Ok la, tak leh nak cakap banyak-banyak ni. Lepas ni nk sambung projek kek lapis pulak... Babaaiiii....





Biskut Truffle Chocolate Cookies / Biskut Denmark
C&P : Kak Wan

Bahan A
-160gm mentega
-1/8 tsp esen vanila
-60gm gula ising

Bahan B
-180gm tepung gandum
-15gm serbuk koko
-40gm tepung jagung
-50gm kacang tanah di kisar halus
-1/8 tsp baking powder

Bahan C 
-Hazelnut atau chocolate chips untuk isian dalam doh.

Hiasan : Coklat masakan, hazelnut/kacang tanah cincang, cawan kertas.


Cara-cara :
  1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil 1 sudu teh doh, masukkan hazelnut dan bulatkan kembali.
  2. Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
  3. Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, masukkan ke dalam cawan kertas, tabur dengan bahan hiasan atau yang di sukai.


*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.



sedapnya...


Friday, 2 August 2013

Kek Lapis Cheese Watermelon




    Assalamualaikum dan salam jumaat semua.... Hari ni aku nak update pasal kek lapis cheese watermelon yang aku dah buat. Kek lapis ni memang rasa lemak berkrim, pastu tambah pula rasa cip coklat lagi la sedap... Asalnya nak buat kek lapis cheese saja. Tapi nak buat jugak kek lapis tembikai. Tak kan nak buat dua-dua sekali. Penat la aku nak melapis selapis-selapis. So aku pun google kek lapis tembikai. Jumpa yang letak cheese... Lagi la senang keja aku. Kiranya satu kek dapat dua jenis la ni... Kek lapis tembikai ni aku letak lebih sikit cip coklat nak bagi meriah. Baru la nampak macam tembikai yang betul.. Tapi kalau tembikai betol aku tak suka yang banyak biji...  Kalau boleh nak yang tak ada biji. Heheheee... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan guna loyang 6x6. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik link kat bawah tu. Ok la, jom kita layan resepi kat bawah ni....








Bahan-bahan A:
-5 biji telur ayam
-100gm gula halus
-1/2 sudu kecil ovalet
-130gm tepung hong kong/tepung biasa pun boleh
-25gm Horlicks

Bahan B:
-250gm mentega
-150gm susu pekat manis
-125gm krim keju

Bahan C:
-25gm cip coklat [ aku letak 40gm ]


Cara membuat:
  1. Kacau telur, gula, tepung Hong Kong, Horlicks dan ovalet hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan mentega, susu dan krim keju.Pukul hingga putih. Satukan kedua-dua adunan bahan A dan B. Gaul hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: (a) warna hijau 4 lapis [ aku buat 3 lapis ] (setiap lapisan ditimbang 45gram) [ setiap lapis aku letak 3 sudu makan ], (b) warna putih 3 lapis [ aku buat 2 lapis ] (setiap lapisan ditimbang 45gram) [ setiap lapis aku letak 3 sudu makan ] dan (c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan cip coklat)
  4. Bakarlah selapis-selapis hingga kek masak.




Selamat Melapis Kek....

Thursday, 1 August 2013

Biskut Cendawan



   Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah.... Siap jugak biskut raya yang kedua aku ni... Nampak tertarik tak...? Dengan warna yang terang gitu... Ala-ala cendawan beracun lagi... Huhuhuuu..... Ni pun antara biskut yang fames waktu aku kecik-kecik dulu. Sekarang ni pun jarang dah nampak. Kat kawasan aku tinggal ni la. Tempat lain mungkin ada kot. Masa dulu mana ada letak aising yang kaler-kaler macam ni. Cuma letak coklat masakan kalau tak silap. Aku pun dah tak berapa nak ingat.... Kalau ada yang teringin nak buat boleh la tengok resepi kat bawah ni. Tak pun klik kat link dibawah tu.... Untuk biskut ni aku buat separuh adunan. Dapat la dalam satu balang kecik. 40 biji ja.... Ok la.... Aku nak sambung biskut yang ketiga pulak lepas ni.... 


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Naz

Bahan-Bahan

-225 gm butter
-75 gm gula icing
-2 biji kuning telur
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak
-300 gm tepung gandum atau tepung rose
-90 gm tepung jagung
-15 gm susu tepung
-1 sudu teh emplex

Cara-Cara
  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati.
  3. Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung.
  5. Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven.
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter.
  7. Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat.
  8. Terap doh dengan acuan cendawan.
  9. Susun terapan cendawan atas loyang.Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak.
  10. Setelah masak sejukkan
  11. Sekarang kita sediakan icing





ICING

Bahan-Bahan

-1 biji putih telur
-90 gm gula icing
-1 sudu besar tepung jagung
-1 sudu teh jus lemon

Cara-Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang.
  2. Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat.
  3. Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
  4. Masukkan dalam piping bag.
  5. Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi.
  6. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
  7. Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit.
  8. Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.





Macam cendawan beracun ja...
Berani ke nak makan...?