Sunday, 4 August 2013

Kek Lapis Cadbury 1 Malaysia




    Assalamualaikum semua... Ahhhh... Berjaya jugak aku menyiapkan satu lagi kek lapis sedap sangat ni. Kek lapis cadbury ni saja aku letak nama 1 Malaysia sebab ada warna merah, putih, biru dan kuning. Tu kan warna jalur gemilang. Sekarang ni pun dah masuk bulan lapan. Ala-ala semangat kemerdekaan la ni... Heheheee... Resepi asal dari kak DJ. Terima kasih kak sebab sudi kongsi resepi kek lapis cadbury pandan yang telah saya derhakakan ni...Hehehehee... Mintak ampun ye akak... Ok la... Aku tak boleh lelama kat sini sebab aku kena siapkan benda lain lagi... Banyak lagi benda nak kena buat ni. Tambah-tambah dah dekan sangat nak raya ni... Ok la jom layan resepi kat bawah ni...




Kek Lapis Cadbury 1 Malaysia

bahan-bahan: 1/2 adunan loyang 6" x 6"

-250g mentega berkualiti tinggi (dayang menggunakan mentega Anchor)
-150g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
-75g gula halus
-5 biji telur gred A
-38 ml air sejuk (dari peti ais)
-25g serbuk santan (1 peket)
-2/3 sudu besar ovalette
-sedikit esen vanilla
-150g susu pekat manis
-kepingan coklat Cadbury secukupnya
-pes pandan secukupnya [ ganti warna merah , biru & kuning ]
-kelapa parut kering (optional)


Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper.
  2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3) [ aku bahagi kepada 4 bahagian sama banyak ]
  5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal. [ Setiap adunan diletakkan warna merah, biru dan kuning. Biarkan satu bahagian lagi plain. ]
  6. Ambil 3 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masingmasing). [ Ambil 3 sudu makan adunan merah dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masingmasing) ]
  7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua). [ Ulangi melapis dengan adunan warna merah juga dan bakar sehingga habis sebanyak 4 lapisan kesemuanya ]
  8. Kemudian sudukan 3  sudu makan adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril. [ Kemudian sudukan 3  sudu makan adunan plain ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Kemudian barulah dibakar/gril. Kemudian sambung semula membakar adunan plain hingga habis ]
  9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis. [ Ulang proses yang sama untuk adunan biru dan kuning ]
  10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.







6 comments:

  1. Replies
    1. bila gigit kat coklt cadbury tu lg sdp...

      Delete
  2. Raya ni nak kena pi jalan rumah syapex lah camni..mcm2 kuih raya dengan kek ada :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la...
      sgt di alu-alukan...
      : )

      Delete
  3. Wahh cantiknya kek..nampak sedap jerr..mtk sikit boleh hehe.:-)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...