Thursday, 8 August 2013

Kek Lapis Pelangi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri



    Assalamualaikum semua.... Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam... Aku pun nak mintak maap la kalau masa dok tulis kat blog ni, aku terkasar bahasa. Lepas tu aku nak mintak halal jugak la kepada bloger-bloger masakan lain yang mana aku C&P resepi depa kat blog aku.Tambah-tambah resepi asal aku dah derhaka... Mintak maap dari ujung rambut hingga ujung kaki ya.... Hari ni aku nak update pasal kek lapis pelangi. Ni adalah kek lapis yang last aku buat untuk hari raya ni. Kek lapis ni hasil eksperiment sebenarnya. Aku ni teringin sangat nak buat kek lapis yang ada corak-corak tu. Nampak lagi rumit dari kek lapis yang biasa-biasa tu. Kek lapis besa tu pun aku dok merangkak lagi... Ni memang nak cari nahas kalau nak buat yang bercorak ni. Sebelom ni pernah buat sekali. Tak menjadi sebab salah potong. Pastu silap susun pulak... Memang kena amek krusus kalau nak buat yang bercorak ni... Yang ni pun nasib baik ja. Tu pun tak berapa kompiden jugak... Untuk step by step aku tak dapat nak tunjuk kat sini. Mintak maap la ya... Harap-hara paham la penerangan yang aku tulis kat bawah tu...






Kek Lapis Pelangi
Sumber / Rujukan: sherry_mz [ Kek lapis Sarawak ]


DALAM KEK [ inti kek ]

Bahan A
-5 biji kuning telur
-3 biji putih telur
-150 gram gula kastor
-100 gram tepung hong kong
-1 sudu makan ovelet

BAHAN B
-200 gram mentega/butter
-3 sudu makan susu pekat


Cara-Cara
  1. Pukul Bahan B hingga sebati. [ Untuk buat bahagian dalam kek ni aku guna loyang 8x8 ]
  2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. [ aku bahagi kepada 7 bahagian dan letak warna merah, oren, kuning, hijau, biru, violet dan ungu ]
  4. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan. [ Bakar selapis -selapis untuk setiap warna hingga habis ]
  5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu. [ Bila kek dah masak dan sejuk, potong kek kepada 16 keping iaitu setiap satu tinggi 1/2 inci dan panjang 7 inci. Ketepikan ]



BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

-300 gram putih telur (8 biji putih telur)
-190 gram tepung hong kong
-150 gram gula kastor
-1 sudu makan ovelet
-250 gram butter/mentega (cairkan)
-50 ml susu cair


Cara-Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.[ Bahagi adunan kepada 3 hahagian. Mula-mula ambil bahagian pertama dan masukkan lebih kurang 7 sudu makan dalam loyang 7x7 dan ratakan. Bakar api atas dan bawah. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Setelah keperangan, kelurkan dari oven dan tekan sedikit kek dengan penekan kek. Buat sebanyak 3 lapis. untuk lapisan ke-2 hingga berikutnya guna api atas sahaja. Untuk lapisan ke-3, sapu jem dan susun inti kek. Sapu jugak jem ditepi setiap inti kek supaya melekat antara satu sama lain. Ambil 7 sudu makan adunan ke-2 dan ratakan. Bakar hingga masak dan buat sebanyak 3 lapis juga. ]
  3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis. [  Ulang proses yang sama untuk inti kek yang ke-2. Untuk lapisan terakhir, bakar api atas dan bawah selama 10 minit untuk pastikan kek masak keseluruhan. ]
  4. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci [ aku guna loyang 7x7 ]



Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Mai la rumah,
Nanti dapat duit raya..
: D



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...