Assalamualaikum dan salam jumaat semua.... Hari ni aku nak update pasal kek lapis cheese watermelon yang aku dah buat. Kek lapis ni memang rasa lemak berkrim, pastu tambah pula rasa cip coklat lagi la sedap... Asalnya nak buat kek lapis cheese saja. Tapi nak buat jugak kek lapis tembikai. Tak kan nak buat dua-dua sekali. Penat la aku nak melapis selapis-selapis. So aku pun google kek lapis tembikai. Jumpa yang letak cheese... Lagi la senang keja aku. Kiranya satu kek dapat dua jenis la ni... Kek lapis tembikai ni aku letak lebih sikit cip coklat nak bagi meriah. Baru la nampak macam tembikai yang betul.. Tapi kalau tembikai betol aku tak suka yang banyak biji... Kalau boleh nak yang tak ada biji. Heheheee... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan guna loyang 6x6. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik link kat bawah tu. Ok la, jom kita layan resepi kat bawah ni....
C&P: iresepi.net
Bahan-bahan A:
-5 biji telur ayam
-100gm gula halus
-1/2 sudu kecil ovalet
-130gm tepung hong kong/tepung biasa pun boleh
-25gm Horlicks
Bahan B:
-250gm mentega
-150gm susu pekat manis
-125gm krim keju
Bahan C:
-25gm cip coklat [ aku letak 40gm ]
Cara membuat:
- Kacau telur, gula, tepung Hong Kong, Horlicks dan ovalet hingga kembang.
- Kemudian, masukkan mentega, susu dan krim keju.Pukul hingga putih. Satukan kedua-dua adunan bahan A dan B. Gaul hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: (a) warna hijau 4 lapis [ aku buat 3 lapis ] (setiap lapisan ditimbang 45gram) [ setiap lapis aku letak 3 sudu makan ], (b) warna putih 3 lapis [ aku buat 2 lapis ] (setiap lapisan ditimbang 45gram) [ setiap lapis aku letak 3 sudu makan ] dan (c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan cip coklat)
- Bakarlah selapis-selapis hingga kek masak.
Selamat Melapis Kek....
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...