Thursday, 16 December 2021

Apam Mentega Gula Hangus



      Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi apam pulak. Dah lama aku tak buat kuih ni... So, hari ni terajin sikit maka jadi la apam mentega gula hangus.... Nak-nak cuaca hari ni hujan renyai-renyai. Lagi la layan makan apam ni... Rasa apam ni memang sedap bagi aku. Aku guna pure butter. So, rasa dia lagi la umph... Kalau tak ada butter, guna margerine pun boleh... Tapi rasa dia mungkin kurang lemak macam pure butter. Untuk apam ni aku buat separuh adunan. Kalau buat full resepi mesti tak habis makan kami 3 beranak kat rumah ni. Separuh adunan pun dapat 20 bijik. Banyak ooo... Jenuh nak makan... Hahahaa... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat mencuba....



Apam Mentega Gula Hangus


Apam Mentega Gula Hangus
C&P : Kak Yatie

Bahan ( A ) Bahan-bahan untuk gula hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air ( boleh guna air panas dan tuang sikit-sikit )
250gm mentega

Cara-cara
  1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padakan api ( untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

 

Apam Mentega Gula Hangus


Bahan ( B )
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
  1. Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua sehingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuang adunan kedalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
  5. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh kebawah.
  6. Selamat mencuba.

 

Apam Mentega Gula Hangus

Thursday, 9 December 2021

Kek Batik Indulgence ( 2 )

 

Kek Batik Indulgence ( 2 )



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek batik indulgence pulak. Dulu aku pernah dah buat sekali. Tapi yang tu versi ada cheese. Kalau nak tengok boleh klik kat sini. Yang kali ni tak guna cheese. Versi ni dia tak rasa lemak-lemak cheese. Dia rasa manis-manis gitu. Untuk bahagian white chocolate mousse tu patutnya guna dairy whipping cream, sebab malas nak pi beli aku guna fresh cream. Kalau guna fresh cream ni dia jadi agak manis bila campur dengan white chocolate tu... Kalau nak cuba boleh ja... Aku guna apa yang ada kat rumah aku ja... Musim covid ni malas sikit nak keluar cari barang. Bila dah guna fresh cream tu dia jadi tebal la sikit bahagian white chocolate mousse tu. Kek ni aku rasa sesuai untuk orang yang tak ada oven sebab tak payah bakar kek. Bila dah siap nampak cun jugak walaupun kat tepi-tepi tu ada comot sikit. Hihihii... Walaupun comot masa potong tu janji rasa sedap... Kalau ada yang rasa nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Untuk hiasan atas kek tu aku guna lebihan coklat ganache yang aku simpan. Resepi chocolate ganache kat bawah tu cukup untuk bahagian atas ja... Kalau nak buat hiasan kena buat lebih. Selamat mencuba...


Kek Batik Indulgence ( 2 )


Kek Batik Indulgence ( 2 )
C&P : FB Ainie Syeema

Bahan-bahan

125gm butter
100gm serbuk milo
90gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
esen vanilla
150gm biskut marie
150ml susu perisa coklat untuk kek batik lembut ( aku guna air kotak milo )


Cara-cara
  1. Sediakan loyang bulat ''loose base'' saiz 6 inci. Lapik keliling loyang dengan plastik supaya senang keluarkan kek. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega dalam kuali. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Tambah secubit garam dan sedikit serbuk nescafe untuk menaikkan rasa jika suka. Tambah susu perisa coklat jika mahu kek batik yang lebih lembut.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang.
  5. Tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.

Kek Batik Indulgence ( 2 )



White Chocolate Mousse

200gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
80gm coklat compound putih
1 sudu teh gelatin + 1 sudu besar air panas ( cairkan )
esen vanilla


Cara-Cara
  1. Pukul dairy whipping cream pada kelajuan sederhana sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan berketul. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
  3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air panas tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
  4. Masukkan coklat putih kedalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balik hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
  5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
  6. Tuang white chocolate mousse ke atas kek batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan kek batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
  8. Bila chocolate mousse dah ''set'', curahkan chocolate ganache diatasnya.


Kek Batik Indulgence ( 2 )


Chocolate Ganache

Bahan-bahan
150g coklat - potong kecil
100g cream

Cara-cara
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Biarkan coklat ganache suam baru tuang atas white chocolate mousse.
  3. Sejukkan kek batik indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul "set".
  4. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
  5. Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur atas api atau dicelup dengan air suam.


Kek Batik Indulgence ( 2 )

Wednesday, 8 December 2021

Best Moist Chocolate Cake Ever

 


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak update pasal kek coklat. Lama dah tak makan kek coklat ni. Tiba-tiba mengidam pulak... Hahahaa... Kek coklat ni agak moist walaupun tak guna susu pekat. Mungkin guna buttermilk yang buat kek ni jadi moist. Untuk kek aku test guna serbuk koko jenama callebaut. Boleh tahan bau dia... Wangi... Coklat ganache pun aku guna coklat jenama callebaut. Kalau nak banding dengan dark coklat beryls, dark chocolate callebaut ni agak pahit sikit. Kalau beryls boleh rasa manis walaupun pahit. Tu pendapat aku la... Pendapat orang lain aku tak tau la. Walaupun pahit... Rasa tetap sedap. Rasa memang sedap tapi harga dia pun boleh tahan... Kalau nak sedap jangan berkira ok... Untuk ganache tu cuma cukup-cukup buat salut keseluruhan kek ja. Untuk hiasa kat kek tu aku guna lebihan coklat ganache yang aku simpan.... Kalau ada yang nak mencuba kesedapan kek coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah tu... Byeee...




Best Moist Chocolate Cake Ever 

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kaster ( aku guna gula perang )
3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku guna callebaut cocoa powder + sedikit black cocoa powder )
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk ( 1 sudu besar cuka + 1 cawan susu segar )
1 cawan minyak jagung Mazola
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih ( letak satu sudu kecil coffee / nescafe )


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C untuk membakar secara perlahan ( slow baking ).
  2. Lanser 2 biji loyang bulat saiz 8 inci dengan butter dan lapik kertas kalis minyak supaya ianya tidak melekat.
  3. Masukkan semua bahan-bahan kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih yang dikacau dengan sedikit serbuk nescafe sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
  5. Bahagi adunan sama banyak dan tuang ke dalam loyang. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi. Sekiranya lidi yang dikeluarkan bersih maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  6. Sejukkan kek sebelum dihias.



Chocolate Ganache
C&P : roz HomeKreation

Bahan-bahan
450g coklat - potong kecil ( aku guna callebaut dark chocolate )
300g cream

Cara-cara
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam paiping bag. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ganache menjadi keras ( keluarkan 10 minit lebih awal dari peti sejuk sebelum digunakan sebab ganache agak keras. Nanti susah nak sapu pada kek )



Cara melapis kek
  1. Selepas kek sejuk. Potong bahagian atas kek yang tidak rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua keping.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan chocolate ganache dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Salut seluruh kek dengan baki chocolate ganache. Hias ikut kreativiti anda.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.



Monday, 29 November 2021

Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap



      Assalamualaikum semua.... Lama kita tak berjumpa kat blog aku ni... Hari ni aku nak share resepi paling mudah. Tak yah pakai mixer pun. Cuma pakai blender ja... Tapi kalau nak pakai blender tu kena la basuh elok-elok. Satgi tak pasai-pasai kek pisang hangpa ada rasa pedas-pedas. Tak pun ada bau serai-serai sikit... Nanti jadi resepi baru pulak... Hahaa... Aku buat kek pisang ni pun sebab dok tengok pisang kat dapur tu terbiaq ranum ja.... Nak makan macam tu ja tak berapa selera. Tapi bila dah jadi kek ni laju sikit habis. Tambah-tambah lani kan tengah musim hujan. Pekena pulak dengan kopi hangat... Slruppp.... Sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat mencuba....





Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
** ayak semua dan satukan **

7- 8 biji pisang emas ( jadikan satu cawan )
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
** blend semua **


Cara-cara
  1. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
  2. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
  3. Alaskan loyang dengan kertas minyak ( aku guna loaf pan ). Tuang adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak ( kalau suka boleh tabur apa-apa jenis kekacang atas kek sebelum dibakar ) . Cucuk tengah kek dengan lidi ( kalau lidi bersih tanda kek dah masak ). Kalau kukus selama 45minit.
  4. Dah sejuk sedia dihidangkan...




 

Thursday, 19 August 2021

Kek Coklat Mousse


      Assalamualaikum semua... Apa khabar...? Harap-harap semua sihat lah yerr... Hari ni aku bersiaran dengan kek berkrim pulak. Entah la, mulut ni tiba-tiba lapaq kek berkrim pulak.... Cari punya cari jumpa resepi ni. Resepi ni aku simpan lama dah. Tapi tak ingat nak buat. Bila jumpa pulak, ehh.. Macam pernah save resepi ni... So, jadi la kek hari ni. Untuk resepi ni aku ada ubah sikit and aku tambah coklat ganache sebab nak bagi nampak mewaah. Kalau tak rajin tak yah buat cokla ganache pun tak pa sebba kek ni memang sedap.. Tapi ada ganache lagi sedap... Hahahaa... Terpulang laa... Untuk coklat mousse tu aku tambah gelatin sebab nak bagi stabil cream tu. Nanti takut cair pulak. Untuk kek pulak aku bakar guna 4 biji loyang sais 6 inci. So, kek jadi tinggi. Kalau tak nak kek tinggi boleh guna loyang 7 inci. Masa potong kek ni, dia tak mau bagi kerjasama yang baik sikit sebab kek ni gebu & lembut sangat. Bila potong jadi tak berapa canti... Tapi bab rasa memang sedap... Macam makan ais cream pun ada.... Sila la buat kalau nak tau rasa dia... Selamat mencuba...
 
 



Kek Coklat Mousse
C&P : ABM

Bahan kek coklat
 
Bahan A
3 biji kuning telur
100gm gula kastor
120gm tepung kek
50gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
 
Bahan B
30gm serbuk koko
120ml air suam
 
Bahan C
3 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
 
 
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
  2. Bancuh bahan B dan kacau rata. Satukan pada bahan A dan gaul rata.
  3. Untuk bahan C, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan pukul seketika. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental. Bila diterbalikkan mangkuk, putih telur tidak tumpah.
  4. Masukkan putih telur kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
  5. Panaskan oven 170C. Sediakan 4 biji loyang 6 inci dan alas baking paper ( kalau nak kek rendah boleh guna loyang 7 inci ) Masukkan adunan kedalam loyang sama banyak. Bila oven dah dipanaskan, bakar  selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dihias.





Bahan Mousse
 
400ml non-dairy whipping cream
200gm coklat
60ml susu segar
30gm gula kastor
2 biji kuning telur
2 sudu besar air panas + 1 1/2 sudu kecil gelatin - larutkan

Cara-Cara
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Larutkan sepenuhnya gelatin dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk, masukkan susu, gula dan kuning telur dan kacau sebati. Gunakan kaedah double boiler juga dan kacau adunan sehingga kembang sedikit dan adunan menjadi suam.
  3. Keluarkan dari double boiler dan sambung pukul sehingga menjadi kembang.
  4. Masukkan adunan telur dan larutan gelatin kedalam adunan coklat dan gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan non-dairy whipping cream dan putar sehingga kembang. Masukkan whipping cream kedalam adunan  coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.

 



Coklat Ganache

200ml whipping cream
300gm dark chocolate

Cara-Cara
  1. Satukan whipping cream dan dark chocolate dalam mangkuk. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Apabila coklat cair sepenuhnya, biar suam sebelum dimasukkan dalam piping bag. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar cair untuk tuang atas kek. Satu bahagian lagi simpan dalam peti sejuk sehingga keras untuk paipkan keliling kek.

 


Penyediaan
  1. Letakkan sekeping kek atas papan kek. Paipkan adunan coklat mousse atas kek dan ratakan.
  2. Letak sekeping kek lagi dan ulang hingga kepingan kek yang terakhir.
  3. Salut keseluruhan kek dengan baki coklat mousse. Sejukkan dahulu sebelum letak coklat ganache.
  4. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang coklat ganache. Sejukkan sekejap supaya coklat ganache keras.
  5. Akhir sekali, paipkan lebihan coklat ganache yang keras sekeliling kek.

 


Friday, 23 July 2021

Kek Batik Empire


    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek masa hari raya korban hari tu... Raya ni aku tak buat kek lapis pun. Kurang rajin. Lagipun tak da sapa yang boleh balik kampung... So, aku buat simple-simple dah la... Orang pun bukan nak mai sangat musim penyakit covid ni... Kek ni macam dah di upgrade dari kek batik biasa tu jadi kek batik empire. Kek ni amik masa sikit nak buat dari kek batik biasa tu sebab kek batik empire ni kena kukus. Kek batik biasa tu cuma masak atas api, gaul sebati, mampat dalam loyang & sejukkan... Siap... Kek batik empire ni amik masa sikit kalau nak siap. Kalau ada kerajinan nak mengukus tu boleh la cuba... Boleh tahan sedap kek ni sebab ada rasa lemak horlicks. Kalau nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...



Kek Batik Empire
C&P : Fizalgk


200gm mentega
1/4 cawan gula halus ( boleh kurangkan kalau tak suka manis )
4 biji telur gred B
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlicks
150gm biskut marie ( patah 4 )
1 sudu besar serbuk koko + 1/2 sudu besar coklat emulco
pewarna hijau


Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
  2. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan pula tepung gandum, horlicks dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan ( serbuk koko + coklat emulco ) + 1/2 biskut marie yang dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau + 1/2 biskut marie.
  4. Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas dengan kertas kek ( aku guna loyang bulat 7inci )
  5. Masukkan adunan bewarna hijau, ratakan keseluruhan permukaan loyang. Goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
  6. Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak. Kemudian tuangkan adunan bewarna coklat tadi di atas adunan yang di kukus sebelumnya ( warna hijau tadi ). Hentak sehingga mampat.
  7. Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.


Wednesday, 21 July 2021

Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik


     Assalamualaikum dan salam aidil adha semua... Raya haji ni aku tak buat biskut banyak pun. Kek pun kek biasa-biasa. Tak buat kek lapis pun tahun ni. Biskut pun aku buat separuh adunan. Kalau buat banyak-banyak tak da sapa yang nak habiskan... Kalau aku yang habiskan kompem gemuk aku... Hahahaa.... Untuk hari ni aku ada buat nasi daging. Ni daging yang dapat kemarin. Ada orang buat korban. Pastu hantar la kat rumah ni. Sebab daging fresh tu yang aku rajin nak buat nasi daging ni. Nasi ni simple ja nak buat. Walaupun simple, tapi dia sedap sebab air asam kerisik tu... Air asam tu macam mak aku dok buat selalu, cumanya mak aku tak letak kerisik. Dia kata orang dulu-dulu selalu buat macam tu... So, kalau hangpa ada lebihan dagin korban boleh la cuba resepi ni... Bye... Selamat hari raya korban...





NASI DAGING UTARA
C&P : Malina Lina Pg

Bahan A (rebus daging)
400g daging
2 helai daun bay ( aku ganti batang ketumbar )
Air secukupnya (air kena banyak untuk masak nasi )

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Asingkan air rebusan dan daging. Hiris nipis daging yang direbus tadi.

Bahan B (nasi)
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 30min dan toskan)
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tomato puri ( tak letak )
1 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan
2 sudu besar rempah kurma/rempah sup (serbuk)
Sedikit minyak


Cara-Cara
  1. Bancuh rempah kurma bersama sedikit air rebusan daging (yang lain bukan dari 3 cawan tu yea) atau air biasa.Jadikan pes pekat.
  2. Panaskan rice cooker dan masukkan minyak masak bersama minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis,bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
  4. Masukkan pes rempah kurma dan tomato puri.Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan hirisan daging dan kacau sebentar.
  6. Masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan masukkan beras.Kacau sebati.Kemudian tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
  7. Setelah nasi masak KEEP WARM. Gemburkan nasi menggunaka garfu supaya nasi tidak patah.
  8. Nasi Daging dan siap.

 



AIR ASAM KERISK

Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris) ( aku guna bawang besar )
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
Air rebusan daging
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
  2. Air asam kerisik siap.

 

SUP DAGING SIMPLE

Bahan-Bahan
Baki air rebusan daging
sup bunjut
Garam
1/2 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan reneh sekejap.Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  2. Sup daging simple dah siap




Tuesday, 6 July 2021

Seri Muka Durian


   Assalamualaikum semua. Hari ni aku bersiaran dengan resepi kuih seri muka pulak. Dah lama tak buat kuih seri muka.  Bukan takat kuih seri muka ja aku jarang buat. Kuih-kuih lain pun aku jarang buat. Kalau kuih-kuih ni memang aku tak berani sangat nak buat sebab selalu tak menjadi... Kadang-kadang jadi keras, lembik sangat, tak kembang , macam-macam la pengalaman masa buat kuih tradisional ni... Bagi aku kek lebih mudah dari buat kuih walaupun resepi panjang berjela... Tapi Alhamdulillah seri muka durian ni jadi jugak walaupun kat tengah tu tak berapa masak sikit. Kalau aku lebihkan masa kukus tu dalam 10 minit kompen masak helok.... Dia jadi tak masak tu sebab aku guna loyang kecik. Pengukus aku tak muat loyang empat segi lebih dari 7 inci. Aku guna 6 inci. Lupa nak habaq, ni aku buat separuh adunan. Tu yang aku guna loyang kecik.. Pulut tu pulak aku tak ikut sukatan resepi. Aku letak bancuhan santan & air tu sama paras dengan pulut. Kalau aku letak semua nanti lembik pulut tu. Ikut la jenis pulut apa yang hangpa guna. Pulut yang aku guna ni memang sukatan dia macam tu... Bahagian atas dia aku paling suka sebab kelembut dia tu memang kena dengan selera aku. Sebabnya selalu kalau beli dia macam keras sikit. Tapi yang ni ok sangat bagi aku. Pastu rasa dia lemak berkrim durian tak tau nak habaq lagu mana. Aku pernah beli seri muka durian tapi rasa dia macam letak perisa durian ja. Tak macam yang aku buat ni.. Rasa memang durian betul... Memang patut cuba bagi peminat durian. Kalau nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....


SERI MUKA DURIAN
C&P : Kak Ita ( Resepi asal Chef Asma )
 
Lapisan Bawah ( Pulut )

500 gm pulut ~ di rendam selama 4 jam
300 gm santan pekat ~ ita guna santan KARA
300 ml air
2 sudu teh garam

CARA-CARA
  1. Sediakan loyang 10 X 10 inc. Lapik loyamg dengan plastik 16 X 16 inc dan oleskan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak
  2. Pulut di cuci bersi dan toskan. Tuangkan pulut ke dalam loyang dan ratakan
  3. Masukkan garam dalam santan pekat dan kacau rata. Tuangkan santan tadi dalam air dan kacau rata. Tuangkan dalam loyang pulut
  4. Tutup dengan kertas aluminium dan kukus dalam kukusan yang telah mendidih selama 30 minit.
  5. Sementara menunggu pulut kita masak kita sedikan pula lapisan atas.


Lapisan Atas ( Durian )

Bahan A
140 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung gandum
180 gm gula
270 ml santan pekat
470 ml air
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur
2 biji telur

Bahan B
100 gm isi durian ~ ( boleh lebihkan )
100 ml air

Bahan C
pewarna kuning telur
pewarna hijau

CARA-CARA
  1. Dalam bekas, satukan tepung beras, tepung ubi, tepung gandum, gula, garam, air kapur, telur , santan dan air. Kemudian di kacau rata. Jika berbentel, masukkan dalam bleder dan kisar halus. Kemudian di tapis
  2. Satukan pula isi durian bersama air dan kisar dalam blender hingga halus
  3. Campurkan isi durian dan adunan tepung tadi kedalam periuk, letakkan pewarna kuning telur dan hijau dan kemudian masak atas dapur dengan api yang perlahan sambil senantiasa di kacau hingga berwap.
  4. Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan tekan bagi padat.
  5. Tuang adunan durian atas pulut dan terus kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
  6. Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.



 

Monday, 28 June 2021

Korean Cream Cheese Garlic Bun


    Assalamualaikum & selamat petang semua. Petang ni aku nak share resepi roti pulak... Dah bertahun-tahun aku tak menguli roti ni... Lenguh jugak tangan ni... Kalau ada BM cepat sikit kerja. Ni buat cara manual memang slow la sikit... Aku tengok ramai jugak yang dok jual roti ni. Aku pun teringin nak merasa tu yang terajin sikit buat roti ni... Bagi aku rasa roti ni ok la sebab aku tak berapa suka krim dia tu... Nasib baik aku tak letak tebal dalam roti tu. Kalau tak mesti rasa muak. Tapi bila dah ada bawang putih tu jadi sedap pulak... Untuk resepi ni aku buat separuh aduna kat bawah tu... Separuh adunan pun dapat 6 biji... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...


 
 
Korean Cream Cheese Garlic Bun
 
Bahan2 for the buns

500gram high protein flour
220ml cold milk
2 eggs
8gram yeast
1 tsp salt
60gram sugar
60 gram soft salted butter

 
Cara2
  1. Mix milk, sugar and yeast in a mixing bowl. Add salt, eggs and flour. Stir until there is no moisture visible. Cover and let it rest for 15 minutes.
  2. Attached the dough hook to mixer. Add butter to the dough. Knead using mixer for 15minutes or so until the dough passes the window pane test.
  3. Cover the dough with a cling wrap. Let it proof until double in size.
  4. Divide the dough into 12 pieces of 80gram. Round it, let it double in size.
  5. Bake for 15-25 minutes at 170 degree Celsius.
  6. Cool the buns.



The butter dip

150gram salted butter
2 tbs parsley
1tsp mixed herbs
60gram condensed milk
1/2 tsp salt
2 eggs
20-25 pieces well minced garlic cloves
  1. Melt the butter, mix other ingredients until combined. Set aside.
 
 
The cream cheese
 
500 gram of cream cheese at room temperature
2 tbs of icing sugar
6 tbs of cream

  1. Mix everything until smooth. Put it in a piping bag.
  2. Once the buns are cooled, sliced the top to 6/8 sections. Pipe the cream cheese mixture into each section.
  3. Dip the bun into the butter dip, make sure that it's well coated. Sprinkled more herbs.
  4. Baked for another 10-15 minutes at 170degree celcius until the top is crisp and done to your liking. Voila!



Friday, 25 June 2021

Durian Cheese Cake

 


     Assalamualaikum & selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak share resepi durian cheese cake pulak... Maklum la, la ni kan tengah musim durian. Kalau tak buat macam rugi la pulak. Ni aku guna durian yang kat rumah punya. Tapi yang dah frozen la. Ingat simpan nak bagi kakak-kakak aku balik kampung makan. Tapi dah tak leh balik, aku buat cheese cake la. Nanti luruh yang baru pulak ambik simpan buat frozen lain. Yang dalam gambar tu ayah aku beli kat sepupu aku. Sekilo RM10. Ok la, harga durian kampung. Tapi durian kampung ni masalah dia biji besar. Isi pulak sikit. Kalau durian kawin pulak biji kecik, isi banyak. Kalau durian kampung ni hang nak buat cheese cake kurang-kurang dekat 2 bijik jugak la... Saiz pun bukan besar mana. Comel-comel jaa... Untuk cheese cake ni aku sarankan hangpa buat dalam cake ring saiz 7 atau 8 inci sebab aku buat saiz 6 inci. Adunan cheese ada lebih. Terpaksa la aku boh dalam bekas lain. Kalau tengak kat blog kak ita dia buat dalam bekas aluminium so tak yah guna gelatin. Kalau ada yang nak cuba buat macam dia, boleh pi tengok kat sana... Cheeese cake durian ni memang sedap makan sejuk-sejuk. Macam makan ais krim durian.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Lagi satu, topping tu aku buat separuh adunan yaaa... Ok la, byeee....


Durian Cheese Cake
 
Base

150 gm biskut Oreo ( kisar hancur )
30 gm Cornflakes ( ramas kasar )
90 gm butter

  1. Letak cake ring atas papan kek ( sila guna yang 7 inci atau 8 inci, aku guna 6 inci ada lebihan cheescake terpaksa letak dlm bekas lain )
  2. Satukan Oreo dan cornflakes
  3. Dalam periuk, cairkan butter. Tuangkan butter yang telah cair dan masih panas dalam campuran oreo dan cornflakes dan gaul rata
  4. Tuangkan dalam cake ring dan ratakan padat-padat. Kemudian simpan dalam peti ais hingga ia keras.

 
 
PASTE DURIAN

6 ulas durian ( kalau nak lebih pun boleh)
3 sudu besar gula ( sukatan gula bergantung pada kemanisan durian )

Cara-cara
  1. Masak isi durian dan gula hingga menjadi paste
  2. Angkat dan biarkan sejuk




CHEESE DURIAN

250 gm Cheese
400 gm UHT Whipping Cream
20 gm butter
Paste durian ( paste durian yang kita masak tadi bahagi 3 bahagian. 2 bahagian untuk cheese dan 1 bahagian untuk topping nanti )
3 sudu besar susu pekat ( kalau kurang manis sila tambah )
sedikit esen durian atau esen vanilla
12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cheese , butter, susu pekat, dan paste durian dalam mixer. Putar hingga adunan sebati dan lembut
  2. Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan putar lagi.
  3. Tuangkan UHT Whipping Cream dan pukul sampai kental. Jangan terlebih pukul, UTH Whipping cream akan mencair bila terlebih di pukul
  4. Keluarkan base bawah dari peti ais dan tuangkan cheese durian di atasnya.
  5. Simpan semula dalam peti dan sambung buat topping durian.

 



TOPPING DURIAN ( aku buat separuh adunan )

100 gm badam slice ~ di bakar sebentar ( suhu 160C 5 minit sahaja ) ( aku letak sikit saja )
150 ml susu segar
10 gm gula
Paste durian ( 1 bahagian dari pada paste durian yang kita sediakan tadi )

40 gm susu segar
16 gm tepung kastard
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen durian atau esen vanilla
sedikit pewarna kuning
12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil


Cara-cara
  1. Satukan susu, gula dan paste durian, kacau rata dan masak atas dapur sebentar
  2. Setelah didih masukkan 2 biji kuning telur yang telah di kocok dahulu.
  3. Satukan 40 gm susu segar dan tepung kastard dan masukkan dalam adunan tadi masak lagi hingga sedikit pekat
  4. Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan kacau.
  5. Tutup api, letakkan pewarna kuning, esen vanilla dan susu pekat manis ( manis tu bergantung pada paste durian, jika kurang manis lebihkan susu pekat )
  6. Sejukkan
  7. Keluarkan kek kita tadi dan letakkan topping durian
  8. Taburkan badam slice yang telah di bakar di atasnya.
  9. Simpan dalam peti ais semula hingga dingin


Tuesday, 22 June 2021

Banana Cake


     Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali dengan resepi kek pisang pulak... Kek ni memang mudah nak buat. Tak payah guna mixer pun. Cuma guna blender. Tapi kalau nak guna blender tu kena cuci bagi elok-elok sikit. Bukan apa, takut satgi ada rasa cabai ka, lengkuas ka... Tak pasai-pasai jadi resepi baru... Hahahaaa... Aku memang rekemen hangpa buat sebab memang sedap... Tak tipu ahh... Atas kek tu aku tabur sikit almond slice. Sedap juga sebab ada rasa lemak-lemak kacang. Kalau orang yang baru nak belajar buat kek pun mesti menjadi punya... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



BANANA CAKE

Bahan A
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
4 biji telur, gred A
3/4 cawan gula putih / perang
Secubit garam
1 sb jus limau / lemon

Bahan B
1 cawan pisang, dilenyek

Bahan C (diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk)


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sediakan loaf pan atau loyang bersaiz 7@8 inci. Lanserkan loyang dengan sedikit minyak & taburkan tepung dalam loyang. Boleh juga gunakan kertas minyak. Ketepikan dulu sebentar.
  2. Satukan bahan2 A mengikut urutan kedalam blender. Blend hingga sebati & gebu.
  3. Masukkan bahan B & blend lagi sebentar. Tuang adunan kedalam bahan C yang telah diayak. Gaul sebati.
  4. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan & bakar selama 50 minit atau hingga kek masak pada suhu 170 darjah celcius.

 


Monday, 7 June 2021

Harumanis Cheesecake

 

   Assalamualaikum & apa khabar semua... Apa macam...? Ok ka...? Ye la, kita kan tengah berkurung... Kalau yang duduk kat kampung macam aku ni ok la sikit walaupun tak boleh nak pi melilau merata tempat. Sekurang-kurangnya boleh jugak la melilau keliling rumah... Apa-apa pun stay strong yaa... Berbalik untuk resepi hari ni, aku nak share resepi cheesecake yang sangat sedap...  Cheesecake ni guna harumanis tau... Tapi kalau takada harumanis boleh ja ganti magga lain. Tapi kalau guna harumanis lagi la sedap... Sekarang ni dah hujung-hujung dah musim harumanis. Ni aku dapat dari sepupu aku.. Yang kat rumah ni ada, tapi tak berbuah lebat sangat. Takat boleh makan ja... Orang selalu tanya, pasai apa harga harumanis ni mahai... Ni nak habaq, dia mahal sebba nak jaga dia renyah, nak boh racun la, vitamin la macam-macam lagi la... Kalau mangga lain takat boh baja besa pun buah lebat. Sebab tu harumanis kat rumah aku ni buah tak pernah banyak. Ayah aku cuma boh baja gitu-gitu ja... Vitamin langsung takda. Tapi takpa la sebab kami bukan nak jual. Cuma nak makan jaa... Untuk resepi ni aku guna harumanis saiz kecik ja... Lagipun kek ni pun kecik. Kalau boleh, bila guna harumanis tu jangann guna yang ranum. Guna yang isi dia keras-keras sikit. Nanti tak la lembik isi dia masa potong tu.... Kalau ada yang nak  mencuba, boleh tengok resepi bawah tu... Byee....





Harumanis Cheesecake


Base atau Lapisan dasar

80 gm biskut Oreo + biskut Digestive
25 gm cornflakes ~ ramas-ramas sikit
50 gm butter ~ di cairkan


  1. Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
  2. Tuangkan butter cair dan gaul rata
  3. Tuangkan dalam ring pan saiz 6 inci yang di lapik alas kek
  4. Ratakan dan padatkan
  5. Sejukkan di dalam peti ais hingga keras




Harumanis Cheese
 
1/2 biji harumanis ( potong dadu )
250 gm cream cheese
1/2 sudu teh esen vanilla
90 gm coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
150 gm wipping cream ~ non dary
6 gm gelatin
30 ml air
2 sudu besar harumanis yang di kisar


Cara-Cara
  1. Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
  2. Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan
  3. Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
  4. Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata
  5. Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
  6. Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan. Ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese. Kaup balik rata. Ulang proses hingga habis semua
  7. Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
  8. Susun potongan harumanis tadi. Ulang proses yang sama. Tuangkan baki adunan dan ratakan
  9. Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam
  10. Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga





Jelly Mangga
 
1/2 biji harumanis yang di kisar ( ketepikan 2 sudu untuk letak dalam adunan cheese )
1/2 biji harumanis di dadu kecil
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula
sedikit perahan lemon


  1. Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
  2. Satukan harumanis yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana
  3. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  4. Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah masukkan harumanis yang didadu. Masukkan juga sedikit perahan lemon dan gaul rata.
  5. Tuangkan jelly kita ni atas kek.
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.
  7. Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
  8. Kek ni sangat enak di makan dingin.