Wednesday 8 December 2021

Best Moist Chocolate Cake Ever

 


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak update pasal kek coklat. Lama dah tak makan kek coklat ni. Tiba-tiba mengidam pulak... Hahahaa... Kek coklat ni agak moist walaupun tak guna susu pekat. Mungkin guna buttermilk yang buat kek ni jadi moist. Untuk kek aku test guna serbuk koko jenama callebaut. Boleh tahan bau dia... Wangi... Coklat ganache pun aku guna coklat jenama callebaut. Kalau nak banding dengan dark coklat beryls, dark chocolate callebaut ni agak pahit sikit. Kalau beryls boleh rasa manis walaupun pahit. Tu pendapat aku la... Pendapat orang lain aku tak tau la. Walaupun pahit... Rasa tetap sedap. Rasa memang sedap tapi harga dia pun boleh tahan... Kalau nak sedap jangan berkira ok... Untuk ganache tu cuma cukup-cukup buat salut keseluruhan kek ja. Untuk hiasa kat kek tu aku guna lebihan coklat ganache yang aku simpan.... Kalau ada yang nak mencuba kesedapan kek coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah tu... Byeee...




Best Moist Chocolate Cake Ever 

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kaster ( aku guna gula perang )
3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku guna callebaut cocoa powder + sedikit black cocoa powder )
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk ( 1 sudu besar cuka + 1 cawan susu segar )
1 cawan minyak jagung Mazola
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih ( letak satu sudu kecil coffee / nescafe )


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C untuk membakar secara perlahan ( slow baking ).
  2. Lanser 2 biji loyang bulat saiz 8 inci dengan butter dan lapik kertas kalis minyak supaya ianya tidak melekat.
  3. Masukkan semua bahan-bahan kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih yang dikacau dengan sedikit serbuk nescafe sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
  5. Bahagi adunan sama banyak dan tuang ke dalam loyang. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi. Sekiranya lidi yang dikeluarkan bersih maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  6. Sejukkan kek sebelum dihias.



Chocolate Ganache
C&P : roz HomeKreation

Bahan-bahan
450g coklat - potong kecil ( aku guna callebaut dark chocolate )
300g cream

Cara-cara
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam paiping bag. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ganache menjadi keras ( keluarkan 10 minit lebih awal dari peti sejuk sebelum digunakan sebab ganache agak keras. Nanti susah nak sapu pada kek )



Cara melapis kek
  1. Selepas kek sejuk. Potong bahagian atas kek yang tidak rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua keping.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan chocolate ganache dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Salut seluruh kek dengan baki chocolate ganache. Hias ikut kreativiti anda.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...