Thursday, 16 December 2021

Apam Mentega Gula Hangus



      Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi apam pulak. Dah lama aku tak buat kuih ni... So, hari ni terajin sikit maka jadi la apam mentega gula hangus.... Nak-nak cuaca hari ni hujan renyai-renyai. Lagi la layan makan apam ni... Rasa apam ni memang sedap bagi aku. Aku guna pure butter. So, rasa dia lagi la umph... Kalau tak ada butter, guna margerine pun boleh... Tapi rasa dia mungkin kurang lemak macam pure butter. Untuk apam ni aku buat separuh adunan. Kalau buat full resepi mesti tak habis makan kami 3 beranak kat rumah ni. Separuh adunan pun dapat 20 bijik. Banyak ooo... Jenuh nak makan... Hahahaa... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat mencuba....



Apam Mentega Gula Hangus


Apam Mentega Gula Hangus
C&P : Kak Yatie

Bahan ( A ) Bahan-bahan untuk gula hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air ( boleh guna air panas dan tuang sikit-sikit )
250gm mentega

Cara-cara
  1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padakan api ( untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

 

Apam Mentega Gula Hangus


Bahan ( B )
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
  1. Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua sehingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuang adunan kedalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
  5. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh kebawah.
  6. Selamat mencuba.

 

Apam Mentega Gula Hangus

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...