Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali dengan resepi kek pisang pulak... Kek ni memang mudah nak buat. Tak payah guna mixer pun. Cuma guna blender. Tapi kalau nak guna blender tu kena cuci bagi elok-elok sikit. Bukan apa, takut satgi ada rasa cabai ka, lengkuas ka... Tak pasai-pasai jadi resepi baru... Hahahaaa... Aku memang rekemen hangpa buat sebab memang sedap... Tak tipu ahh... Atas kek tu aku tabur sikit almond slice. Sedap juga sebab ada rasa lemak-lemak kacang. Kalau orang yang baru nak belajar buat kek pun mesti menjadi punya... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
BANANA CAKE
Bahan A
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
4 biji telur, gred A
3/4 cawan gula putih / perang
Secubit garam
1 sb jus limau / lemon
Bahan B
1 cawan pisang, dilenyek
Bahan C (diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk)
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sediakan loaf pan atau loyang bersaiz 7@8 inci. Lanserkan loyang dengan sedikit minyak & taburkan tepung dalam loyang. Boleh juga gunakan kertas minyak. Ketepikan dulu sebentar.
- Satukan bahan2 A mengikut urutan kedalam blender. Blend hingga sebati & gebu.
- Masukkan bahan B & blend lagi sebentar. Tuang adunan kedalam bahan C yang telah diayak. Gaul sebati.
- Tuang adunan dalam loyang yang disediakan & bakar selama 50 minit atau hingga kek masak pada suhu 170 darjah celcius.
Sedap kek pisang... lihat caranya pun mudah je, boleh dicuba nanti.
ReplyDelete