Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sebelum tu selamat tahun baru. Walaupun lewat, tapi tetap timboi dengan resepi kek tahun baru. Hahaaa.... Tahun ni kita mula dengan resepi kek durian. Kek ni special sikit sebab kek span dia letak isi durian. Lagi bertambah la rasa durian tu. Kat krim tu aku letak tak banyak durian. Kalau nak lagi umphh, sila tambah isi durian tu. Harga durian pun tak la mahal sangat. Durian black thorn ni sekilo RM25. Beli saiz kecik ja untuk kek durian ni. Yang untuk makan beli saiz besaq. Sapa² nak cuba kek durian ni boleh tengok resepi kat bawah tuuu... Byeee...
Durian Fresh Cream Cake
C&P : Hunger Hunger
Durian Sponge Cake
Bahan A
105gm tepung kek
15gm tepung jagung
1 tsp double action baking powder
3 biji kuning telur
45gm gula kastor
65ml susu
45ml minyak
90gm isi durian black thorn ( kisar halus )
Bahan B
3 biji putih telur
40gm gula kastor
1/8 tsp cream of tartar
Cara-cara
- Panaskan oven 160°C. Sediakan 3 biji loyang saiz 6 inci.
- Satukan semua bahan A dan whisk sehingga sebati.
- Pukul putih telur bersama cream of tartar menggunakan mixer sehingga berbuih. Masukkan gula dan pukul sehingga adunan stiff. Jangan overwhip.
- Satukan bahan A ke dalam bahan B. Kaup balik sehingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan bakar selama 25 minit atau sehingga kek masak. Bila dah masak, telangkupkan loyang dan biarkan kek sejuk.
Durian Fresh Cream
100gm isi durian black thorn ( lebihkan kalau nak lebih rasa durian )
300ml fresh cream
Cara-cara
- Kisar halus isi durian.
- Pukul fresh cream hingga kental.
- Satukan fresh cream dengan isi durian.
- Sedia digunakan.
Cara melapis kek
- Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan durian fresh cream. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis.
- Paipkan seluruh kek dengan durian fresh cream.
- Boleh hias tepi kek dengan almond strip dan paipkan atas kek dengan baki durian fresh cream menggunakan nozzle yang sesuai.
- Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...