Sunday, 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



     Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah esok kita akan menyambut hari raya... Syukur sebab kita dapat menghabiskan bulan ramadan denagn sepenuhnya tahun ini... Esok akan datang bulan syawal... Diharapkan tahun depan kita akan berjumpa lagi dengan bulan ramadan... Sempena hari raya ni aku nak memohon maaf kepada semua rakan-rakan bloger yang lain kalau ada terkasar bahasa tulisan atau yang menyinggung perasaan, aku menyusun sepuluh jari memohan beribu kemaafan... Iklas dariku wan muhammad syafiq... Ok la, sampai sini dulu... Masih ada kerja yang belom selesai... Nanti aku akan update resepi biskut dan kek raya yang ada dalam draft ni... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin.... Tak tahan dengar orang main mercun, macam nak main sekali jerrr... Hihihiii... Bye...




Biskut Donut




    Assalamualaikum semua... Pagi ni nak share resepi biskut donut pulak... Sedap biskut ni... Rangup pulak tu... Ada pulak salutan coklat lagi menyerlah rasa biskut ni... Bila sekali tengok macam donut betul yang jual kat kedai bakery la pulak.. Kalau nak lagi cun, guna coklat yang bewarna... Lagi nampak menarik... Aku cuma guna coklat gelap ja... Nak jimat masa... Kalau tengok resepi asal letak coklat putih dan tabur pulak manik bewarna... Nak hias biskut ni ikut la cita rasa memasing...Ok la, jom tengok resepinya...




Biskut Donut / Snow White Cookies
Resipi : Chef Zubaidah
C&P : Kak Wan

Bahan A
-150gm mentega
-30gm shortening
-100gm gula kaster
-1 biji kuning telur
-1/2 sudu teh emplek

Bahan B
-200gm tepung gandum
-60gm tepung jagung
-30gm nestum (dikisar)
-3 sudu besar susu tepung

-Hiasan : Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand
Atau
-Hiasan : Coklat gelap, kepingan badam, almond nibs, serbuk roti putih dan coklat rice coklat/putih


Cara -cara :
  1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan.
  3. Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manik warna warni.
  4. Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.






Saturday, 26 July 2014

Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies



    Assalamualaikum.... Dah banyak mana biskut yang kegkawan dah buat... Mesti banyak dari aku ni kannn... Hmmmm... Kali ni aku nak tunjuk resepi yang sangat mudah... Tak guna tepung pun... Memang guna oat sepenuhnya sebagai bahan utama... Yang menariknya ada letak coklat m&m. Untuk kali ni aku guna coklat m&m yang besar tu... Sebab coklat m&m tu memang dah ada dalam peti ais... Kekanak pasti suka biskut ni... Lagi satu ada letak mentega kacang... Lagi la lemak berkrim dan harum sekali... Huhuhuu... Bila bakar biskut ni akan kembang agak besar jugak la... Kena jarak-jarakkan tau... Takut nanti bercamtum pulak... Setiap biskut aku sukat guna 1/2 sudu besar. Kalau buat 1 sudu besar nanti lagi besar biskut ni kembang.. Memang jadi monster cookies laa... Tapi raya punya pasal kena la buat saiz monster yang comel-comel... Kalau ada yang teringin nak buat boleh cuba tengok resepi kat bawah tuu...





Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies
Olahan dari : Justataste.com
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan
-100gm gula kaster
-100gm gula perang
-115gm mentega
-1 biji telur A
-120gm peanut butter halus atau kasar
-2 sudu kecil esen vanila
-1 sudu kecil baking soda
-1/4 sudu teh garam
-250gm oats
-120gm mini m&m
-120gm chocolate chips


Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebati.
  2. Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam. Putar hingga bergaul rata.
  3. Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
  4. Scoop adunan ke dalam dulang pembakar yang beralas baking paper / silpat. Jarakkan adunan kerana biskut ini akan mengembang.
  5. Bakar pada suhu 160C dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada oven)
  6. Keluarkan dari oven, biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar. Biarkan sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.





Mix Nuts Coffee Chocolate Chip Cookies



    Assalamualaikum semua.... Kali ni aku nak cerita pasal keistemewaan pasal biskut ni... Yang pertama, aromanya... Memang kaya dengan haruman kopi. Nak-nak masa dok bakar tu... Tergugat jiwa tau... Nasib baik bakar waktu malam... Lagi satu, bila kita dah simpan biskut ni dalam bekas kedap udara, tiba-tiba teringin nak makan sekeping pulak... Masa buka tu, keluar haruman kopi yang menggoda. Kata nak makan sekeping ja mula-mula tu... Tapi boleh jadi berkeping-keping lepas terhidu bau aroma kopi tu... Kelebihan yang kedua pulak kaya dengan kekacang. Aku letak almond, pecan, walnut, pistachio dan kacang tanah. Pastu aku letak kuaci putih, kuaci hijau dan biji bunga matahari... Untuk kacang pecan dan walnut tu aku cincang kasar... Bila letak macam-macam kekacang ni, setiap gigitan memang akan rasa kelainan. Ni yang buat nak makan banyak keping.... So kalau ada peminat kopi dan kekacang ni memang kena buat la biskut ni... Apa lagi, jom tengok resepinya.... Oh ya, biskut ni tak kembang mana pun, boleh la letak dekat-dekat sikit... Tapi jangan la rapat sangat, nanti susah biskut tu nak masak. Biskut ni pun aku gentel-gentel bulat, pastu tekan dengan belakang garfu...





MIX NUTS COFFEE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Sumber : Rima
C&P : Kak Ita


200 gm majerin
50 gm butter - ita letak 250gm butter so ita tak guna majerin
75 gm gula caster
90 gm gula perang
3 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coffee oil - ita letak coffee paste
120 gm choc chip - ita guna Hershey's
100 gm mix nuts - bakar sekejap
350 gm tepung
15 gm serbuk koko - ita guna Tudor Gold
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam


Cara-Cara
  1. Panaskan oven 160C
  2. Leserkan dulang pembakar dgn minyak atau butter.
  3. Pukul butter, gula dan gula perang sehingga lembut
  4. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga adunan sebati. tambahkan vanilla esen dan Coffee oil (ita letak coffe paste) dan pukul hingga rata.
  5. Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking powder yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau rata.
  6. Masukkan choc chip dan mix nuts dan gaul rata.
  7. Sudukan atas dulang pembakar ikut lah kan kalau nak besar atau kecil biskut tu.
  8. Kemudian bakar dalam oven selama 15 minit atau sehingga masak (ita bakar 20 minit)
  9. Keluarkan dari dulang pembakar selepas masak dan letak di atas redai hingga ia sejuk.
  10. Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.






Friday, 25 July 2014

Biskut Red Velvet



    Assalamualaikum.... Pertama kali tengok kak wan post resepi ni terus aku save resepinya... Dalam kepala dah set.. Kena buat biskut ni masa dekat-dekat nak raya nanti... Dok tak lama tu aku tengok ramai juga yang dah tayang resepi ni... Sabar je dulu... Tapi bila tengok QH tayang biskut yang dia buat dengan warna yang terang mengancam, hati ni pun tergugat nak buat jugak.. Untuk resepi ni aku ikut cara QH tang letak almond nibs. Bila letak almond nibs tu lagi teserlah kerangupan biskut ni... Bahan-bahan yang lain aku ikut cara kak wan... Bila nak susun biskut ni jarak-jarak sikit sebab  biskut ni akan kembang masa bakar. Kalau tengok QH buat memang sexy biskut dia... Biskut aku ni rasanya nampak macho kot hahahaa... Aku gentel-gentel bulat pastu tekan dengan garfu. Nampak la corak sikit... Biskut aku ni tak berapa merah sangat, tapi takpa janji rasa sedap... Kalau nak tengok biskut yang kak wan & QH buat boleh klik link kat bawah tu... La ni kita tengok resepi kat bawah dulu...




BISKUT RED VELVET
by: Kak Wan
Resepi asal: Cookingclassy.com
C&P : QH

Bahan2
-200 gm mentega
-30 gm shortening
-220 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
-1 biji telur gred A
-300 gm tepung gandum (QH guna 150gm tepung gandum, 150gm tepung Redrose)
-20 gm serbuk koko
-50 gm tepung jagung
-3/4 sudu kecil baking soda
-1/4 sudu teh garam halus
-1 sudu kecil cuka makan
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
-100 gm coklat chips putih (QH guna coklat chips twin)
-100 gm badam nibs (QH tambah - badam ni nak letak lebih pon boleh)

Hiasan: Coklat chips putih secukupnya (QH guna coklat chips twin)


Caranya
  1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
  4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.






Biskut Rose Tart



     Assalamualikum semua... Masih tayang resepi biskut raya yang ada kaitan dengan tat lagi.. Bukan tat nenas lagi okkk.... Nanti ada yang muntah inti nenas pulak asyik dok tengok biskut tat nenas... Tat ni lain sikit dari tat nenas tu sebab tat ni guna filling strawberry... Nampak mudah nak buat biskut ni... Bahan-bahan pun tak banyak... Bila dah start buat, baru tau betapa rumitnya...  Nak terap kulit dia, nak letak inti, nak camtum bagi jadi macam kelopak ros, letak dalam cup dan baru boleh bakar... Nasib baik buat satu adunan, kalau tak berjam-jam jugak la dok hadap biskut ni... Tapi nasib baik rupa tat ni nampak sweet.. Macam bunga ros tak...? Hihihiii... Jom tengok resepi kat bawah tuu...





Biskut Rose Tart
Resipi : Mamafami / CMG
Olahan : K1

Bahan-bahan
-220gm mentega
-80gm gula aising
-1 kuning telur
-100gm tepung jagung
-20gm susu tepung
-230gm tepung gandum
-Strawberry filling secukupnya
-Cawan kertas


Cara-cara :
  1. Ayak tepung dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Canai dan terap dengan acuan bulat setebal 3mm (Jika tebal leperkan sedikit dengan jari)
  5. Picit sedikit filing strawberry di tengahnya. Kemudian menggunakan hujung spatula, lipat menjadi bentuk bulan sabit. Buat hingga habis.
  6. Cantumkan kedua belah menjadi kelopak bunga rose, alihkan ke dalam paper cup.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.


*** Boleh letak filling strawberry di tengah kelopak jika suka..






Thursday, 24 July 2014

Tart Rosalinda


     Assalamualaikum... Haaaa... Ni la tat yang aku bagi tau masa N3 sebelom ni. Tart Rosalinda... Menarikkan nama tat ni... Agaknya orang yang cipta tat ni mesti suka tengok cerita rosalinda tu kan... Ingat lagi tak cerita tu... Aku pun ingat-ingat lupa... Masa tu aku kecik lagi... Rasanya cerita tu alih  bahasa dalam bahasa malaysia kot... Tak ingat la pulak... Tapi memang layan cerita tu... Resepi ni aku copy dari kak ita... Kata kak ita, tat ni memang fofular kat JB masa cerita rosalinda tu tengah tayang kat tv... Resepi tat ni guna inti blueberry. Masa nak beli inti blueberry kat kedai bakery tu, tokey kedai cakap dah habis.. Rasa hampeh betol. Takkan nak masak pulak inti blueberry tu... Alih-alih aku guna baki inti tat nenas yang ada je laa.. Cuma tambah pewarna ungu dan blueberry paste. Gaul sebati, jadi la inti tat blueberry... Haaa... Jimatkan... Ok la jom kita tengok resepinya...





TART ROSALINDA
Dari resepi Tart Nenas Nyonya
By: Kak Jee
C&P : Kak Ita

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

-300 gms tepung gandum
-4 sudu besar tepung jagung
-3 sudu gula ising
-200 gms butter
-2 kuning telor sahaja
-jem nenas


Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  3. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
  4. Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2. Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
  5. Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
  6. Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
  7. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.
  9. Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.







JEM NENAS BLUBERRY
Dari resepi Jam Nenas Istimewa
By: CMG

-3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
-2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
-1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
-1 cawan penuh gula pasir
-1 sudu teh pes bluberry
-1 sudu teh pewarna bluberry


Cara-Cara
  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.





ICING

-1 biji putih telur
-200 gm gula icing
-1 sudu teh jus perahan lemon

Cara-Cara
  1. Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar. Putar adunan sehingga kental
  2. Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan. Masukkan dalam piping bag. Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
  3. Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Biarkan icing keras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Nota: aku bakar dalam oven pada suhu 120c selama 5 minit supaya icing cepat keras. Jangan bakar lama, nanti aising nampak kekuningan...





Tat Keju Nenas



     Assalamualaikum semua... Hari ni update resepi biskut raya lagi. Kali ni masih tat nenas. Tapi tat ni istimewa sikit sebab ada letak cheese... Lagi mewah rasa tat nenas ni... Rasa lemak-lemak masin cheedar cheese memang buat tak senang duduk bila dapat rasa tat ni masa lepas berbuka puasa.. Sekali makan mesti nak lagi... Untuk inti tat ni aku masih guna jem nenas yang siap dibeli kat kedai bakery... Kalau buat ikut resepi yang disediakan pasti lagi sedap sebab dalam inti tu pun letak cheese jugak... Lepas-lepas ni boleh la try resepi inti tu pulak... Tu pun kalau rajin lah kann... Ok la jom tengok resepinya... Oh ya... Resepi lepas ni pun pasal tat jugak... Tunggu tau... Jeng, jeng, jeng....




TAT KEJU NENAS
Sumber : Sedap
C&P : Rahel

Bahan inti Nenas:
-450g nenas,parut
-125g gula pasir
-1/8 sudu teh garam
-3 kuntum bunga cengkih
-3 cm kulit kayu manis
-25g keju cheddar-diparut
-1 sudu teh jus lemon

Cara-Cara
  1. Masak nenas sampai air meresap.Masukkan gula pasir,garam,cengkih dan kayu manis.
  2. Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata.
  3. Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil.



Bahan Kulit:
-150g mentega tanpa garam
-50g marjerin
-50g gula aising
-1/4 sudu teh garam
-2 biji kuning telur
-225g tepung paling halus
-35g tepung jagung
-25g tepung susu
-50g keju cheddar-diparut halus

Bahan untuk egg wash:(gaul rata)
-2 kuning telur
-1 sudu teh susu cair

Bahan untuk tabur:
-50g keju cheddar-disagat


Cara-Cara
  1. Kulit:pukul mentega,marjerin,gula aising selama 30 saat.Masukkan kuning telur.Pukul rata.
  2. Tambahkan tepung paling halus,tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata.
  3. Ambil adunan kulit sebesar ujung ibu jari.Bulatkan.Leperkan.Beri inti nenas.Bulatkan kembali.
  4. Letakkan di Loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas Loyang dengan baking paper.
  5. Bakar tat pada suhu 150'C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak.
  6. Keluarkan tat dari oven.Biarkan suam.Oles dengan kuning telur,tabur keju parut.
  7. Bakar kembali tat pada suhu 150'C selama 20 minit sampai masak.




Catatan by Rahel:
  • Inti nenas:Rahel guna inti nenas tanpa keju,beli dekat kedai bahan-bahan bakery.
  • Egg Wash:Rahel letak sikit pewarna lemon yellow untuk kaler kuning yang cantek.
  • Kulit/doh:Rahel guna butter salted jadi tak payah letak garam lagi.Doh sangat lembik,sebaiknya disimpan dalam peti sejuk 10-15 minit sebelum diberi inti untuk memudahkan kerja2.Kalau ada bilik berhawa dingin lagi baek...hehehe
  • Masa membakar:Rahel bakar tat pada suhu 150'C guna api atas n bawah selama 15 minit.Kemudian keluarkan tat dari oven dan biarkan suam baru oles dengan kuning telur & tabur keju cheddar parut.Bakar lg 15-20 minit api atas n bawah pd suhu 150'C.
  • Untuk 1 adunan Rahel dapat 100++ tat keju nenas.Sedap banget.








Wednesday, 23 July 2014

Pineapple Rolls



     Assalamualaikum dan selamat malam semua... Ada yang rindu kat aku tak... Hihihiii... Mana taknya, dah dekat dua minggu lebih aku tak update blog kesayangan aku ni... Aku bukan tak buat apa-apa pun, cuma sibuk buat biskut... Bila dah siap buat, tak sempat nak update jerr... Hari ni aku free sikit. Nak buat biskut pun tak berapa larat. Macam nak demam pun ada... Mau taknya, asyik dok ngadap depan oven yang panas tu... Hari ni kena rehat jugak... Takot hari raya nanti tak pasal-pasal orang sibuk raya, aku ni demam pulak... Ok la, berbalik kepada biskut raya pertama aku ni, aku mencabar diri untuk membuat tat nenas... Agak mencabar jugak bagi aku yang first time membuatnya... Lenguh tangan aku nak menekan tat tuuu... Untuk inti aku tak ikut resepi yang disediakan, aku cuma beli yang dah siap... Tak berapa rajin nak masak jem tu... Rupa tat nenas aku ni kalau tengok memang tak ada rupa sangat, tapi rasa kompem ada... Huhuhuu... Ok la, moh kita tengok resepinya....




PINEAPPLE ROLLS
Resepi : Chef Alan Ooi
Sumber : Rahel
C&P : Damai Qalbu

Bahan A
-220 gm mentega
-60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
-1/2 tsp vanilla essence
-1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
-250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
-60 gm tepung jagung
-30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur


Cara membuat;
  1. Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
  2. Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.





Inti Nenas
-500 gm nenas
-150 gm gula
-2 kuntum bunga cengkih


Cara membuat;
  1. Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
  2. Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
  3. Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.





Monday, 7 July 2014

Puding Lapis Jelly



      Assalamualaikum.... Hari ni cuma nak tunjuk menu ringkas saja... Walaupun ringkas, tapi nampak menarik kat mata ni... Puding lapis jelly ni ada tiga bahagian. Kalau ikutkan cuma ada dua bahagian saja. Yang pertama tu bahagian puding. Bahagian ke dua pulak jelly dan yang last sekali fruit cocktail... Apa-apa pun aku memang tak sabar nak rasa puding lapis jelly  ni... Sebelom tu jom kita tengok resepinya dulu... Kot-kot ada yang berkenan, boleh la buat untuk berbuka esok pulak...





PUDING LAPIS JELLY
By: Chef Hanieliza
Dikongsikan oleh : Juns11
Rujukan : My Resepi
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-1 cwn susu cair
-1 cwn jagung krim
-1 cwn gula
-1 cwn tepung kastad
-1 cwn tepung jagung
-5 cwn air
-1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry
-fruit cocktail


Cara-Cara
  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  3. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  4. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.







Friday, 4 July 2014

Nasi Ayam Madu



      Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Hari aku berjaya buat set nasi ayam... Alhamdulillah... Sebelom ni cuma makan nasi ayam kat pasar malam ja... Tahun ni aku nekad nak belajar buat menu nasi pulak. Aku memang tak pernah masak nasi yang berperisa ni. Yang pernah pun cuma nasi kosong jaa... Ntah la, tahun ni macam mana dapat keberanian nak cuba buat nasi ayam ni pun tak tau... Dah la tu dalam bulan puasa... Memang mencabar.... Nasi ni kalau tengok tajuk dia tulis nasi ayam madu tiga... Nampak kontroversi la pulak... Huhuhuuu... So, aku just letak nama nasi ayam madu saja... Madu tiga tu aku abaikan... Hihihii... Terima kasih kak ita sebab kongsi resepi yang mudah ni dan terima kasih juga nadiaMyR penyumbang resepi ni. Kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tuuu...






NASI AYAM MADU
by: Nadia
C&P : Kak Ita


SUP AYAM
-1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
-air secukupnya
-1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
-3 ulas bawang putih - dihiris
-1/2 inc halia - dititik
-2 kiub ayam
-1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
-2 sudu mentega

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega, Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan halia dan air, biarhingga air didih. Masukkan kiub ayam dan sup bunjut. kacau rata kemudian masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. Masak hingga ayam masak dan empuk.
  2. Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasik.Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.






AYAM MADU
-Ayam yg telah di rebus tadi.
-2 sudu besar Kicap pekat
-2 sudu besar madu
-2 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar sos lada hitam - ita tambah
-1/2 sudu serbuk lada putih - ita tak letak sebab dah bubuh sos lada hitam


Cara-Cara
  1. Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi. Perap sekejap.
  2. Sementara kita perap ayam kita sediakan nasi dia pula
  3. Bila nasik dah hampir masak baru lah kita goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.







NASI AYAM
-2 cawan beras - suci bersih dan toskan
-sehelai daun pandan


Cara-Cara
  1. Masukkan beras kedalam periuk nasi, letakkan daun pandan yg telah di simpul.
  2. Tuangkan 2 1/2 cawan air sup tadi atau secukup untuk menanak nasi. Masak nasi seperti biasa.



BAHAN HIASAN
-daun bawang
-daun sup
-bawang goreng
-daun salad
-timun
-Tomato


SOS KICAP
-2 ulas bawang putih - dihiris
-kicap manis atau kicap masin secukupnya
-sedikit sup ayam
-garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
-cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih. Pas tu masukkan cili dan garam atau gula. Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.









Tuesday, 1 July 2014

Kuih Tako Jagung



     Assalamualaikum dan selamat berbuka... Alhamdulillah selesai sudah kami sekeluarga berbuka... Ni menu berbuka untuk hari ni... Sangat sedap... Sejuk ja lalu kat tekat ni... Selalunya kuih tako ni orang buat dalam kelongsongs daun panda. Tapi ni buat dalam gelas yang comel ja... Mudah nak makan. Tapi kalau buat dalam kelongsong pasti lagi sedap sebab ada bau haruman daun pandan tu... Terima kasih kak yatie sebab kongsi resepi ni.. Resepi asal dari kak fida..






Kuih Tako Jagung
Resepi : Kak Fida
C&P : Kak Yatie


Bahan-Bahan

Lapisan Bawah :
-1/4 cawan tepung beras
-1/4 cawan tepung hoen kwee putih
-1/2 cawan gula halus
-2 1/4 cawan air
-sedikit pewarna kuning
-1/2 cawan jagung cream / biji- Yatie guna jagung biji dlm tin, toskan airnya

Lapisan Atas/Dadih :
-3 cawan santan pekat
-1/4 cawan tepung beras
-2 1/2 sudu besar tepung hoen kwee
-3/4 sk garam
-2 helai daun pandan - disimpul



Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah,tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
  2. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  3. Satukan bahan2 lapisan atas/dadih dan masak hingga 3. pekat.Matikan api.
  4. Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan. Sejukkan
  5. Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.