Tuesday 12 November 2013

Plain Cheese Cake (baked) with Blueberry Filling Topping




     Assalamualaikum semua... Jangan salah paham yaa... Tengah-tengah hari ni dok tayang kek cheese pulak... Orang makan nasi, aku makan kek pulak... Kek ni sebenarnya aku buat kemarin.. Tak sempat nak update. So, hari ni aku jamu mata pelawat-pelawat blog aku ni dengan cheese cake yang sangat mabelessss... Kalau tengok jumlah cream cheese yang di gunakan boleh terbeliak biji mata tu... toing, toing... terkeluar biji mata... Mak aiiii, banyaknya... Boleh menternak lemak lepas makan kek cheese ni... Huhuhuuu... Kalau nak cuna buat separuh pun ok jugak... Untuk bagi sedap kek cheese yang dah memang sedap ni, aku salut pulak dengan fresh cream. Lagi la syok nak makan... Apa-apa pun terima kasih kepada penyumbang resepi dan yang dah share resepi ni... Ok la jom tengok resepi kat bawah ni...






Plain Cheese Cake
Sumber : Tokey Kek


Bahan A
-500gram Cream Cheese
-60 gram butter
-1/2 tsp lemon juice [ tak letak sebab tak ada stok ]

Bahan B
-6 biji kuning telur
-100 gram gula castor [ aku letak 80gm ]

Bahan C
-6 putih telur
-6 Tbs gula gastor [ aku letak 3 sudu besar ]

Bahan D
-160gram susu UHT Full Cream (dutch lady)
-60 gram tepung gandum [ aku guna tepung kek ]


Cara-ara
  1. Panaskan oven dgn suhu 180’. Loyang springfoam 18 cm @ 9 inci, boleh juga guna loose base tin. Alas loyang dengan baking paper. Sebaiknya alas juga disekeliling loyang dgn baking paper..bagi lebih sikit supaya adunan tak melimpah (CB buat mcm ni..tgk tak melimpah pun) Dan balut permukaan luar loyang dengan aluminium foil sebanyak 2 kali( kes takut masuk air)
  2. Pukul Bahan B sehingga kembang dan bertukar warna pucat. Ketepikan
  3. Pukul bahan A sehingga kembang . Kemudian masukkan bahan B dlm A. Pukul sehingga sebati.
  4. Campurkan Bahan D sikit2 dalam step 2. Pukul lagi sehingga sebati. Kemudian ketepikan.
  5. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga berbuih..kemudian terus masukkan 6 tbs gula castor…pukul sehingga kental dan bertanduk (terbalikkan, telur tidak akan terjatuh ‘meringue’)
  6. Masukkan adunan putih telur ‘meringue’ td di dalam adunan cheese tadi . Kaup balikkan sehingga adunan rata. Tidak boleh terlalu over mix.
  7. Bakar menggunakan kaedah bain marie iaitu loyang cheese dimasukkan dalam loyang yang lebih besar dan berisi air panas . Bakar dgn suhu 180 darjah selama 20 minit.. dan turunkan suhu 160 darjah dan bakar lagi selama 40 minit. Untuk mengelakkan permukaan atas kek menjadi gelap @ terlalu garing , bole letak aluminium foil. di atas loyang.
  8. Bila dah masak tutup suis api, bawa keluar dulang yang berisi air panas td…dan tinggalkan loyang cheese ke dalam oven yang sedang panas itu dengan pintu oven sedikit terbuka. Tujuaannya utk mengelakkan kek merekah akibat terkejut dgn perubahan suhu.
  9. Sejukkan cheesecake td dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam sblm dihidangkan.(untuk kenikmatan berganda bole hias dgn apa jua topping kegemaran anda)









Cara Hias Kek

Bahan
-1 cawan non dairy whip cream / fresh cream [ pukul hingga kental] - kurangkan sebab aku buat ada baki lagi
-blueberry filling / jem blueberry

Cara-Cara
  1. Sejukkan kek dahulu kemudian simpan dalam peti ais seketika.
  2. Keluarkan kek dari peti ais dan letak atas papan kek. Sapu keseluruhan kek dengan fresh cream.
  3. Hias ikut kreativiti masing-masing dan letak blueberry filling / jem blueberry di tengah-tengah kek tersebut.
  4. Simpan semula kek ke dalam peti ais sebelum dinikmati..





Sungguh enak...
jom kita ternak lemakk...

5 comments:

  1. Terus terasa2 kt tekak ne ksdapnnye..

    ReplyDelete
  2. Asal tengok cis kek mesti terliur walaupun baru sangat makan kek ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheese cake memeng mcm 2 kak...
      pantang tgk org lain bt, kita kt sini komper terliur jgk...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...