Monday, 30 September 2013

Jus Buah Naga



    Assalamualaikum.... Cuaca panas ni kalau pekena jus sedap jugak kan.. Hilang perit kat tekak tu... So, aku pun buat la jus buah naga ni. Buah naga ni bukan yang beli punya, tapi yang mak lang aku tanam. Mak aku mintak sebiji. Asalnya nak makan macam tu ja, tapi teringin jugak rasa macam mana bila dah dibuat jus. Ternyata memang sedap. Hilang terus dahaga kat tekak tu.. So, kalau da sapa-sapa yan nak segarkan tekak anda boleh la cuba resepi jus buah naga ni....



Jus Buah Naga
C&P : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

-1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
-1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis) [ tak letak ]
-3 cawan air mineral
-1/2 cawan susu sejat IDEAL
-3 titik esen vanilla
-Ais kiub secukupnya
-Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 gula dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk...hmmm....




Minum dulu...

Sunday, 29 September 2013

Kuih Lapis Pelangi



    Assalamualaikum. dan salam berhujung minggu.. Menu apa untuk sarapan pagi ni....? Kalau rajin boleh la try buat kuih lapis pelangi. Ni first time buat kuih lapis. Buat kuih lapis ni pun sebab nampak kat intai dapur. Sangat menarik bila tengok gabungan warna pelangi tu... Kat warna ungu tu ada problem sikit. Timbul bintik-binti ungu terang. Sebab apa pun tak tau... Nak kata dah sampai tarik luput, belom lagi.. Hampeh betol la macam ni... Tapi nasib baik rasa kuih lapis ni sedap... Tapi sebenarnyakan aku dah derhaka sikit resepi ni. Aku dah tambah sikit tepung sagu. Aku tambah ni pun sebab nak bagi kenyal sikit kuih lapis ni. Maaf ya kak yatie sebab dah memaidai tambah bahan... Ok la, kalau ada sapa-sapa yang rajin nak mempelangikan kuih lapis, boleh la tengok resepi kat bawah ni...





RESEPI KUIH LAPIS PELANGI


Bhn2:

-1 1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung jagung
-1/8 cawan tepung sagu [ aku tambah ]
-1/2 cawan gula pasir
-1 cawan santan pekat [ aku guna santan kotak ]
-3 cawan air
-Secubit garam
-perisa pandan dan pewarn hijau [ merah, oren, kuning, hijau, biru & ungu ]


Cara Penyediaan
  1. Satukan kedua2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan ke dlm 1 bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
  5. Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Untuk buat lapisan pelangi, sila bahagi adunan sama banyak kepada 6 bahagian. Setiap bahagian diletakkan warna. Kukus selapis demi selapis selama 7-10 minit. Kalau takut lapisan tak melekat antara satu sama lain, sila cakar sedikit permukaan kuih sebelum tuang adunan seturusnya. Buat sehingga habis.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 10 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan..


** Kalau guna loyang, gunakan loyang 7x7x3inci [ aku guna loyang 6x6 supaya nampak lebih tinggi ]. Seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuangkan adunan pertama dan kukus selama 10 minit diikuti adunan seterusnya, Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.




Friday, 27 September 2013

Kek Pisang Cepat Siap




    Assalamualaikum dan salam jumaat semua..... Kali ni kita layan kek pisang yang sangat senang, mudah dan tak payah guna mixer pun.... Guna senduk kayu pun dah boleh buat. Tapi aku guna jugak mixer tu... Malas nak lecek lelama... Huhuhuu.... Kek ni sangat gebu dan lembut. Rasa pun sedap. Kalau ikutkan, sedap lagi dari yang beli... Puji diri sikit... Tapi satu ja masalah, kek pisang ni terasa agak manis la pulak. Ni mungkin sebab kemanisan tu datang dari buah pisang sendiri. Memang susah nak agak la. Kalau ada yang teringin nak buat kena pandai-pandai lah ya ejas kandungan gula tu nanti.. Beberapa hari lepas ada nampak kak mas buat kat sini... Ok la... Jom kita tengok resepi kat bawah ni ramai-ramai...








KEK PISANG CEPAT SIAP
Sumber i  : Mak Lang
Sumber ii : Mama Fami
C&P        : Mat Gebu


Bahan-Bahan

-200 gram tepung gandum* [ aku guna tepung kek ]
-1 camca teh soda bicarbonate*
-1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
-150 gram pisang [ aku guna pisang emas ]
-170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang) [ aku guna gula perang jugak ]
-Secubit garam (mat tambah)
-3 biji telur gred A
-120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung) [ aku guna miyak jagung jugak ]
-1 camca besar ovallate
-Beberapa titik esen pisang (optional)
-Chocolate rice sebagai hiasan [ aku ganti hirisan badam ]


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati . Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2 [ aku bakar pada suhu 130C selama 50-60 minit ]. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..




Gebu, gebu, gebu....




Thursday, 26 September 2013

Agar-Agar Permata



     Assalamualaikum.... Cuaca panas-panas macam ni kalau layan agar-agar memang syok... Sejuk tekak... Memang tak leh henti bila makan agar-agar ni. Dah la cantik, sedap pulak tu... Dengan warna yang menarik akan membuat orang tertarik untuk mencuba agar-agar ni. Aku ni pun makan berkeping-keping jugak. Bukan takat 3,4 keping, dah berkeping-keping masuk dalam mulut ni... Rasa nak kembung pun ada... Hahahahaaa.... Dasyatkan... Ok la, jom kita layan resepi kat bawah ni...








RESEPI AGAR-AGAR PERMATA
By: Kak Lina


Bahan-Bahan
-10g agar-agar serbuk [ aku guna 15gm agar-agar tali ]
-4 cawan air
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat manis
-1sk esen vanilla
-Beberapa Pewarna kegemaran


Cara-Cara:
  1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
  3. Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler) [ aku bahagi kepada 4 bahagian. Setiap bahagian sebanyak 3/4 cawan ]
  4. Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru [ Letak warna birukuningmerah dan hijau ]
  5. Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
  6. Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
  7. Sejukkan dalm esbok



Tuesday, 24 September 2013

Hokkaido Chiffon Cup Cake




     Assalamualaiku.... Hari ni apa kata kita layan Hokkaido Chiffon Cup Cake yang sangat sedap ni... Sungguh gebu dan lembut keknya bila masuk dalam mulut tu... Tambah-tambah ada inti custart yang berkrim tu... 3, 4 biji jugak la sekali hadap... Kalau nak menikmati kek ni sila pejam mata pastu boleh la bayangkan keindahan dan kesedapan kek ni cair dalam mulut tu... Huhuhuu.... Sebelum ni akau pernah buat dah Hokkaido Chiffon Cup Cake, kalau nak tengok boleh klik kat sini. Untuk kali ni try resepi lain pulak. Memang sedap kek ni. Tak rugi kalau mencubanya... So, jom kita tengok resepinya....






Hokkaido Chiffon Cup Cake
Sumber : Suzie Saufi
C&P     : Rahel


Bahan-Bahan

Bahan A:
-4 biji putih telur
-1 st garam
-80g gula halus

*putar sehingga menjadi kental (meringue)


Bahan B:
-4 biji kuning telur
-30g gula kastor
-1 st esen vanila
-40ml minyak jagung
-40ml susu segar


Bahan C:
-55g tepung kek
-20g tepung custard
-1 st baking powder


Cara-cara:
  1. Ayak tepung kek,tepung custard dan baking powder.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan minyak dan susu segar.
  4. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh (80% cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan - gelembung udara di dalam kek).
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak kekuningan.





Bahan Custard

-1 sudu besar tepung custard
-1 sudu besar tepung gandum
-4 sudu besar gula
-200ml susu segar
-1 biji telur
-1 sudu besar mentega

Cara-Cara
  1. Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat (masak atas double boiler).
  2. Bancuh tepung dg 50ml susu segar dahulu baru satukan semua bahan.
  3. Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin.
  4. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.
  5. Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk noozle ke dalam dan picit.




Sungguh sedap bila gandingkan custard dan coklat...
selamat mencuba..



Sunday, 22 September 2013

Slice Cheese Cake



    Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..... Hari ni aku nak update N3 tertunggak iaitu Slice Cheese Cake. Dan kali ni aku dah berjaya buat slice cheese cake tanpa mereka... Yahooo.... Dah banyak kali aku dok buat tapi tang merekah tu la yang payah nak control. Tapi kali ni aku dah ejas sushu bagi betol dan alhamdulillah, kek ni tak merekah. Untuk bagi senang potong kek ni elok kalau simpan kek ni semalaman dalam peti ais. Sebab sebelom ni aku cuma letak kejap ja dalam peti ais tu. Janji dah sejuk, terus aku potong So, jadi comot la potongan tu. Kali ni aku dah tukar cara dan hasilnya amat memuaskan... Resepi asal tak da la buat marble-marble macam yang aku buat ni. Saja buat, nampak cun sikit. Aku amek sedikit adunan plain, pastu letak coffee paste. Letak atas adunan plain yang selebinya dan buat corak marble. Nak letak apa-apa jenis emulco atau paste pun boleh... Janji sedap kat tekak masing-masing... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni...








Slice Cheese Cake

Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )

-4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
-200 ml susu segar
-70 gram butter atau marjerin
-70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
-70 gram gula
-4 biji telur saiz M
-beberapa titik esen vanila


Cara-cara
  1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. [ aku bakar pada suhu 130C selama 70minit+- dan guna loyang 7 inci yang dialas dengan baking paper pada tepi dan dasar loyang ]
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.


Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.






Sangat lembut dan sedap...





Friday, 20 September 2013

Roti Labu



    Assalamualaikum semua..... Hmmmm... Agak lama jugak aku tak meroti... Lama-lama skil hilang gitu ja... Roti labu ni aku buat petang kemari. Tengok la roti labu yang aku buat ni, kurang memuaskan... Lama sangat tak menguli roti tu yang tak jadi cantik sangat roti aku ni... Tapi nasib baik lembut... Pagi tadi makan pun masih lembut lagi. Nampak macam keras, tapi lembut dan sedap.... Roti labu ni aku buat separuh adunan ja... Tak larat nak uli, lenguh tangan. Kalau ada BM seronok la sikit.... Bila la nak boleh beli ni.... Roti labu ni asalnya adunan untuk roti kentang, tapi dah ditukar kepada roti labu pulak... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni.... Resepi kat bawah ni adunan full. Kalau nak buat separuh macam aku ni, sila kurangkan adunan...




ROTI LABU
Resepi asal : Lemariresep
Sumber      : MasDuniaku
C&P          :Izah Daut

Bahan-Bahan
-300 gr tepung roti
-100 gr tepung gandum
-100 gr labu, kukus, haluskan *izah letak 150 gm
-15 gr susu tepung
-2 butir telur
-75 gr gula pasir
-2 sdt yis segera
-77 gr margarine
-1 sdt garam
-100 ml air sejuk dari peti sejuk *izah letak 80 ml
-1/2 sk pelembut roti


Bahan olesan:
-1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
-Izah guna madu campur susu segar.
-Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur [ aku ikut cara mas ]

Cara membuat bun :
  1. Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
  2. Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
  3. Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
  4. Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
  5. Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 menit.
  6. Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 menit(aku kurang dr sepuluh menit, karena api kebesaran,makanya agak hitam tuh...)






Bahan Sos Kastard :
-3/4 cawan susu segar
-2 camca besar tepung kastard
-2 camca besar gula halus
-1 camca teh mentega
-1/2 camca teh esen vanilla


Cara membuat sos kastard :
  1. Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.




Sungguh kuning roti labu ni...




Wednesday, 18 September 2013

Bingka Susu / Cheese



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni menu apa untuk sarapan pagi kawan-kawan blog aku ni...? Apa kata try buat bingka susu / cheese yang sangat sedap ni. Memang tak rugi kalau buat sebab sangat sedap. Dengan kelemakkan cream cheese tu memang menambat selera sapa-sapa pun kecuali orang yang tak makan keju je laaa...  Resepi bingka ni aku C&P dari kak DJ. Jom kita tengok resepi kat bawah ni...




Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)
-4 biji telur A
-250 ml susu cair
-3 sudu besar susu pekat
-140 g gula kastor (boleh tambah jika nak lebih manis)
-1 sudu kecil esen vanilla
-50 g krim keju
-50 g mentega
-bijan secukupnya atau serbuk badam (optional)


Cara-Cara
  1. Mentega dan krim keju dicairkan dengan cara double boiler. Kemudian disejukkan seketika.
  2. Satukan kesemua bahan di atas(kecuali bijan/serbuk badam) dengan mentega/krim keju cair tadi di dalam blender. Blend hingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 6 inci yang telah dilengser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka.
  4. Kemudian bakar ke dalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga keperangan.
  5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.





** sukatan gula dan susu boleh tambah ikut citarasa sendiri
** boleh juga guna telur gred B
** kalau terlebih cair, boleh tambah sedikit tepung. Tp DJ suka cair dp pekat.





Selamat menjamu selera...



Monday, 16 September 2013

Kek Mentega Marmar Susu



   Assalamualikum semua.... Lama juga tak makan kek mentega ni. Selalunya makan kek berkrim ja. Sekali-sekala makan kek mentega ni pun layan jugak. Bila makan kek ni teringat zaman kecik-kecik dulu. Mana taknya kek jenis ni ja yang selalu jumpa... Kek ni sedap kalau makan waktu suam-suam. Makan pulak dengan teh O panas. Lagi la layan... Tambah-tambah sekarang ni kan musim hujan.... Lagi la best makan kek mentega ni.... Satu keping pun tak cukup. Kalau nak sedap la kan, aku sarankan guna mentega yang berkualiti sebab baru menyerlah rasa kek mentega tu.... Bau bun sangat wangi masa bakar kek ni... Masa bakar kek ni berlaku rekahan kak tengah kek tu. Ni mungkin sebab suhu oven terlalu panas. Untuk kek mentega ni aku masih belum dapat suhu yang sesuai lagi... Kalau untuk kek-kek yang lain aku dah boleh ejas dah.. Cuma kek mentega ni belum dapat lagi.... Ok la, jom kita layan kek mentega ni di kala cuti sempena hari malaysia ni.... Selamat bercuti...








KEK MENTEGA MARMAR SUSU
By: Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

-250 gm mentega
-200 gm gula kastor [ aku letak 150gm ]
-4 biji telur
-290 gm tepung naik sendiri [ aku guna tepung kek + 2 sudu kecil serbuk penaik ]
-50 gm susu pekat manis
-100 g susu cair
-1 sudu besar coklat emulco
-1 sudu teh kapucino emulco
-1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
-Kepingan badam sebagai hiasan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang ukuran 8 inc. Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Pukul sehingga adunan sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  4. Ambil 1/4 adunan. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco. Kacau rata. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang. Diikuti adunan coklat kapucino. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu.
  6. Hiaskan dengan taburan kepingan badam.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.




Sedap, Sedap, Sedappp....



Thursday, 12 September 2013

Puding Roti Pelangi




    Assalamualaikum semua... Sekarang ni dah start musim hujan... Hampir tiap-tiap hari dok hujan. Tapi tak la lebat mana pun... Hujan-hujan ni layan puding pun ok jugak kan... Sejuk-sejuk hujan, sejuk lagi puding aku ni... Ahaksss... Rasanya buat puding ni pun tak la susah sangat. Cuma nak titik-titik sebahagian adunan yang dah letak warna kat atas puding tu ja... Bila dah siap, memang nampak menarik. Rasa pun sedap sebab ada letak sunquick oren. Ok la, jom kita pakat buat puding waktu musim hujan ni... Jom-jom...







PUDING ROTI PELANGI
By : Cik Mai / My Resepi
C&P : Azlita / MasamManis

Bahan-Bahan [ aku guna loyang 6x6 ]

-7gm agar-agar serbuk [ aku guna 10gm agar-agar bertali ]
-300 ml air [ aku letak 500ml ]
-1biji telur
-1 tin susu cair
-3 sudu makan susu pekat manis
-3 keping roti
-3 sudu gula
-1 sudu besar sunquick [ aku letak 2 sudu besar ]
-1 sudu teh pate lemon [ tak letak ]
-1 sudu teh esen vanila
-Pewarna hijau, merah, purple, biru


Cara-Cara
  1. Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Tutup api dan masukkan paste lemon kacau rata
  6. Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
  7. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan
  8. Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain
  9. Buat hingga habis. Kemudian sejukkan.



Tengok warna pun dah menarik...
Tak sabar nak makan...



Tuesday, 10 September 2013

Matcha (Green Tea) Chiffon Cake



    Salam dan selamat petang semua.... Hari ni apa kata kita layan kek yang ringan-ringan pulak. Minggu lepas dah layan menu kek yang berat-berat. Mau tak berat, kebanyakan kek minggu lepas aku buat cheesecake... Perhhh.... Kolesterollllll tuuu....... So, kali ni kita layan kek chifffon dah la... Kek yang ringan ala-ala kapas gitu... Resepi ni aku C&P kat dapur DJ. Untuk resepi ni aku gandakan adunannya sebab resepi asal adunannya sikit... Kalau buat adunan asal kompem tak cukup punya... Yang tak bestnya bila masak tak nampak warna hijau, nampak kaler cekelat pudar. Heran jugak, masuk dok adun tu memang nampak hijau lagi. Tapi bila dah siap masak, tak jadi kaler hijau. Jadi kaler ala-ala cekelat pudar... Tak pa la janji kek chiffon ni sedap... Aroma dari chiffon ni memang harum... Wangi ja masa bakar... Tekstur kek ni pun tersangat lembut... Nak potong pun kena contror macho... Huhuhuuu.... Takut terpenyek... Kalau ada yang nak try rasa kesedapan, kelembudan dan keharuman kek chiffon ni boleh la cuba resepi kat bawah ni.....






Matcha (Green Tea) Chiffon Cake
Sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang chiffon 20 cm

Bahan A
-4 biji kuning telur
-80g tepung naik sendiri
-40g gula
-40ml minyak jagung@minyak masak
-60ml susu segar
-2 sudu makan green tea powder@serbuk matcha

Bahan B
-4 biji putih telur
-1/2 sk tartar
-100g gula


Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 175darjah. [ oven aku 150c ]
  2. Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
  3. Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
  4. Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
  5. Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2. (DJ gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sahaja)
  6. Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
  7. Bakar selama 30min atau hingga masak.
  8. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
  9. Sedia dihidang.





Sangat gebu...
bau pun sangat harumm..



Sunday, 8 September 2013

Baked Yogurt Cheese Cake




   Assalamualaikum.... Kembali lagi dengan kek keju... Pagi-pagi hujung minggu ni jom kita layan kek keju yang lemak berkrim ni. Makin bertambah la lemak-lemak kat badan tuuu.... Kali ni buat yang letak yogurt jugak. Tapi kali ni buat cara bakar. Sangat sedap dan memang sedap... Makan sejuk-sejuk lagi sedap... Tambah-tambah bila simpan 2, 3 hari dalam peti ais tu. Lagi terasa lemak berkrimnya... Walaupun cream cheese yang digunakan tak bayank sangat sebab dah ganti dengan yogurt, rasa tetap maintain bagi aku... Sangat sesuai buat menu minum petang... Resepi ni pun aku amek kat kak ros / jintanmanis.... Meh kita layan resepi kat bawah ni....






Baked Yogurt Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

ros guna acuan srpingform 20cm [ aku guna loyang bulat 8'' yang dialas dengan baking paper pada dasar dan tepi loyang ]

-180 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang) kat malaysia boleh guna natural yogurt jenama nestle
-120 gram tepung gandum [ aku guna tepung kek ]
-60gm gula
-180gm cream cheese philidelphia [ aku guna yang tatura ]
-4 biji kuning telur
-200 ml whipping cream

Bahan untuk meringue
-4 biji putih telur
-80 gram gula


-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel ( tisu dapur) , curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.


Topping
-coklat cair atau coklat Hesley yang dalam botol tu. [ aku guna lebihan coklat ganache ]


Cara-cara
  1. Bakar guna kaedah water bath, letakkan air pada dulang pembakar dan panaskan pada suhu 160 darjah [ aku bakar pada suhu 140C. kalau lebih dari tu, nanti kek merekah ].
  2. Kemudian putar cream cheese bersama gula hingga lembut,masukkan pula kuning telur dan pukul hingga agak kembang, selepas itu masukkan plain yogurt dan sebatikan dalam adunan.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan curahkan pula whipping cream kacau sebati. ketepikan.
  4. Buat meringue- pukul putih telur hingga berbuih, baru masukkan gula, pukul hingga betul-betul kental dan menjadi meringue, cara nak tau putih telur tu dah betul2 kembang, bila kita terbalikkan bekas adunan, putih telur tu elok je terletak dan tidak jatuh.
  5. Bahagi adunan meringue pada 3 atau 4 bahagian dan masukkan ke dalam adunan kek tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik, jangan terlalu lama mengacau meringue, takut overmix, pastikan meringue betul-betul sebati dalam adunan kek dan jangan gunakan mixer, gunakan senduk kayu atau spatula.
  6. Alas dasar springform dengan baking sheet dan sapukan marjerin di keliling acuan, curahkan adunan , ambil coklat cair dan paipkan di atas permukaan kek dan lorekkan menggunkaan lidi mengikut kreativiti masing-masing. balut sedikit bawah acuan kek spring foam hingga separuh ketinggan acuan dengan alumunium foil supaya air tidak termasuk dalam acuan.
  7. Bakar selama 70 ke 80 minit atau sehingga permukaan kek menjadi perang, sejukkan atas redai, setelah sejuk baru masukkan ke dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam baru dipotong, hidangkan sejuk baru sedap dimakan, selamat mencuba.




Sungguh lembut dan lemak berkrim...
Tak manis sangat...
Sangat sedap...



Thursday, 5 September 2013

Kek Keju Labu



   Assalamualaikum.... Kek keju lagi... Saja nak try guna buah labu pulak. Resepi ni aku amek kat majalah mingguan wanita. Buat cheesecake ni pun separuh adunan ja.... Nak try rasa macam mana kalau letak buah labu dengan cream cheese tu. Boleh tahan jugak rasanya... Lemak-lemak manis labu... Agak kecomotan cheesecake aku ni... Huhuhuhuuu... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni....







Kek Keju Labu
Majalah Mingguan Wanita
Julai-Ogos 2013

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan ]

Bahan asas ( base )
-200gm biskut gandum ( dihancurkan kasar )
-1/4 sudu teh serbuk kayu manis
-25gm mentega buttercup ( dicairkan pada suhu bilik )
-1/2 sudu makan gula perang

Bahan inti ( filling )
-250gm krim keju
-80gm gula perang
-225gm labu ( dipotong kecil dan kisar )
-1/8 sudu teh esen vanila
-1/4 sudu teh kayu manis
-1 biji telur
-1/8 sudu teh garam


Cara Memasak
  1. Sediakan acuan bulat bersaiz 6 inci dan alsakan dengan kertas minyak yang telah disapu dengan mentega.
  2. Satukan bahan asas di dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.
  3. Seterusnya, pukul krim keju bersama serbuk kayu manis, gula perang dan garam sehingga kembang. Tambahkan telur dan pukul lagi. Bahagikan bancuhan kepada dua bahagian. Campurkan labu ke dalam satu bahagian dari bancuhan dan kacau. Ketepikan.
  4. Tuangkan bancuhan yang tidak dicampurkan labu ke dalaam acuan yang berisi bahan asas  dan bakar selama 30 minit dengan suhu150C.
  5. Kemudian keluarkan acuan dari ketuhar dan tuangkan bancuhan labu ke dalamnyan. Bakar lagi selama 40 minit dengan suhu yang sama. Akhir sekali, sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman.



Selamat mencuba...




Tuesday, 3 September 2013

Rare Yogurt Cheese Cake



   Assalamualiakum dan selamat malam semua.... Menu petang ni aku  makan cheesecake... Lama jugak tak makan cheesecake jenis ni... Jenis yang tak yah bakar.... Tetiba teringin la pulak... Buat cheesecake ni malam kemari. Petang tadi baru kena bedah... Peram semalaman dulu baru best masa  makan tu. Resepi ni aku amek kat dapur kak ros / jintanmanis... Lepas ni ada lagi cheesecake yang aku akan buat sebab nak habiskan stok creamcheese yang dah nak sampai tamat tempoh... Tu la, masa beli tak ingat dunia... Huhuhuuu.... jom kita tengok resepi kat bawah ni....




Rare Yogurt Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm) [ aku guna yang 6'' ]

Untuk base ( dasar pada kek)
-150 gm biskut mentega@ boleh diganti dengan biskut oreo [ aku letak 200gm biskut digestive ]
-2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan

Bahan untuk rare yogurt cheese cake
-125 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang)
-150ml whipping cream
-125gm cream cheese philidelphia [ aku guna jenama tatura ]
-90gm gula
-1 sudu besar jus lemon

-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.

Bahan larutan gelatin
-10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel) [ aku guna cap kijang ]
-50ml air

- campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api
perlahan dan kecil. sejukkan sebentar.

Topping
-Sos Blueberry secukupnya
-1 sudu besar madu

Cara-cara
  1. Blender biskut mentega hingga hancur, boleh guna blender kering tu.
  2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang bulat 16cm.
  4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.
  5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.
  6. Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia dihidangkan. selamat Mencuba






   Untuk topping cheesecake ni aku guna jem ja... Kat bawah ni resepinya...


Blueberry Topping
-3 sudu besar air
-1/2 sudu tepung jagung
-sedikit pewarna ungu
-jem blueberry [ aku guna cap ST. DALFOUR ]


Cara-Cara
  1. Satukan air dan tepung jagung. Gaul hingga tidak berketul dan masukkan pewarna unggu. Masak dengan api sederhana sehingga kelihatan pekat.
  2. Tutup api, masukkan jem dan gaul rata. Sejukkan dan boleh letak atas kek...




Sedapnya....