- Cut the imitation crab sticks in halves. Separate the sticks into fine threads In a large mixing bowl, combine the imitation crab sticks with other cheese filling ingredients. Mix into a lumpy paste.
- Place teaspoonful of cream cheese filling in middle of a wonton skin. Wet the edges of the wonton wrapper with water. Fold the two opposing corners without sealing the edges. Bring the other two corners to the center and seal all edges.
- Over medium heat, deep fry the wontons for 1 – 2 minutes on each side or until golden crispy. Drain the excess oil on a paper towel and serve the wontons warm.
- Feel free to serve it with your favorite sauce or you can just serve it straight up.
Monday, 24 January 2022
Crab Rangoon
Friday, 7 January 2022
Jus Alpukat / Avocado Juice
- Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya.
- Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air hingga hancur.
- Tuang ke dalam gelas, masukkan susu pekat, susu segar, kacau.
- Tambah sirap coklat jika suka.
- Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.
Saturday, 1 January 2022
Carrot Walnut Cake
3/4 teaspoon ground allspice ( tak letak )
1/4 teaspoon salt
- Preheat the oven to 350ºF (177ºC). Grease and flour two 8" round cake pans, or use homemade cake release. Set aside.
- In a medium size bowl, whisk together the flour, baking soda, cinnamon, nutmeg, allspice, and salt. Set aside.
- In a large bowl, whisk together the sugar and vegetable oil until completely combined. Whisk in the eggs one at a time until everything is incorporated.
- Pour the dry ingredients into the wet ingredients and stir with a spatula until batter starts to come together. Add the carrots and the walnuts and continue to mix until everything is evenly combined.
- Pour the batter into the prepared pans and bake for 30-34 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. ( Cara aku pula, bahagi adunan sama banyak kepada 4 bahagian dan bakar satu persatu selama 20 minit atau sehingga kek masak) Allow to cool completely on a cooling rack before removing from pans and assembling.
- Pukul mentega bersama gula aising hingga putih dan gebu.
- Masukkan cream cheese dan terus pukul hingga sebati dan tidak berketul.
- Apabila adunan sudah sebati, bolehlah dilepa pada kek.
- Letak sekeping kek atas papan kek. Ratakan cream cheese atas kek. Kemudian letak sekeping lagi kek.Ulang hingga kepingan kek yang terakhir.
- Salut seluruh kek dengan cream cheese.
- Jika suka boleh salut keliling kek dengaan kacang walnut.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Biscoff Tiramisu
50g gula kastor
4 sb serbuk espresso
- Satukan semua bahan dalam bekas & panaskan hingga gula cair.
- Ketepikan dulu sebentar.
- Satukan bahan A dalam bekas tahan panas. Masak guna kaedah double boiler hingga sebati. Guna api perlahan.
- Dalam bekas lain, satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan dalam adunan A tadi. Kacau rata hingga gelatin cair sepenuhnya dan alihkan dari api. Sejukkan sebentar.
- Satukan mascarpone cheese dan gula, pukul hingga berkrim guna handwhisk. Masukkan campuran espresso dan kacau lagi.
- Kemudian satukan adunan cheese bersama dengan adunan gelatin, kacau rata lagi. Masukkan pula bahan D dan kaup balikkan hingga halus dan sebati. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak.
- Sediakan loyang loosed base bulat bersaiz 8 inci. Celupkan sponge finger kedalam espresso syrup dan susun dalam loyang. Tuang satu bahagian cheese filling atas sponge finger yang telah disusun. Sendukkan sedikit crunchy biscoff spread atas cheese filling. Ulang langkah tadi hngga habis.
- Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam atau hingga mengeras baru boleh dipotong. Potong guna pisau panas untuk potongan yang kemas.
Thursday, 16 December 2021
Apam Mentega Gula Hangus
- Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
- Padakan api ( untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
- Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
- Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua sehingga sebati.
- Perap selama 1/2 jam.
- Panaskan pengukus dan acuan. Tuang adunan kedalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
- Kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh kebawah.
- Selamat mencuba.
Thursday, 9 December 2021
Kek Batik Indulgence ( 2 )
- Sediakan loyang bulat ''loose base'' saiz 6 inci. Lapik keliling loyang dengan plastik supaya senang keluarkan kek. Ketepikan.
- Panaskan mentega dalam kuali. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Tambah secubit garam dan sedikit serbuk nescafe untuk menaikkan rasa jika suka. Tambah susu perisa coklat jika mahu kek batik yang lebih lembut.
- Masukkan esen vanilla.
- Akhir sekali masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang.
- Tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.
- Pukul dairy whipping cream pada kelajuan sederhana sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan berketul. Ketepikan.
- Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
- Cairkan gelatin yang dicampur dengan air panas tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
- Masukkan coklat putih kedalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balik hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
- Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
- Tuang white chocolate mousse ke atas kek batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan kek batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
- Bila chocolate mousse dah ''set'', curahkan chocolate ganache diatasnya.
- Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
- Biarkan coklat ganache suam baru tuang atas white chocolate mousse.
- Sejukkan kek batik indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul "set".
- Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
- Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur atas api atau dicelup dengan air suam.
Wednesday, 8 December 2021
Best Moist Chocolate Cake Ever
- Panaskan oven pada suhu 150C untuk membakar secara perlahan ( slow baking ).
- Lanser 2 biji loyang bulat saiz 8 inci dengan butter dan lapik kertas kalis minyak supaya ianya tidak melekat.
- Masukkan semua bahan-bahan kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
- Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih yang dikacau dengan sedikit serbuk nescafe sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
- Bahagi adunan sama banyak dan tuang ke dalam loyang. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi. Sekiranya lidi yang dikeluarkan bersih maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
- Sejukkan kek sebelum dihias.
- Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
- Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam paiping bag. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ganache menjadi keras ( keluarkan 10 minit lebih awal dari peti sejuk sebelum digunakan sebab ganache agak keras. Nanti susah nak sapu pada kek )
- Selepas kek sejuk. Potong bahagian atas kek yang tidak rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua keping.
- Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan chocolate ganache dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
- Salut seluruh kek dengan baki chocolate ganache. Hias ikut kreativiti anda.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Monday, 29 November 2021
Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap
- Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
- Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
- Alaskan loyang dengan kertas minyak ( aku guna loaf pan ). Tuang adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak ( kalau suka boleh tabur apa-apa jenis kekacang atas kek sebelum dibakar ) . Cucuk tengah kek dengan lidi ( kalau lidi bersih tanda kek dah masak ). Kalau kukus selama 45minit.
- Dah sejuk sedia dihidangkan...
Thursday, 19 August 2021
Kek Coklat Mousse
- Satukan bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
- Bancuh bahan B dan kacau rata. Satukan pada bahan A dan gaul rata.
- Untuk bahan C, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan pukul seketika. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental. Bila diterbalikkan mangkuk, putih telur tidak tumpah.
- Masukkan putih telur kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
- Panaskan oven 170C. Sediakan 4 biji loyang 6 inci dan alas baking paper ( kalau nak kek rendah boleh guna loyang 7 inci ) Masukkan adunan kedalam loyang sama banyak. Bila oven dah dipanaskan, bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dihias.
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Larutkan sepenuhnya gelatin dan ketepikan.
- Didalam mangkuk, masukkan susu, gula dan kuning telur dan kacau sebati. Gunakan kaedah double boiler juga dan kacau adunan sehingga kembang sedikit dan adunan menjadi suam.
- Keluarkan dari double boiler dan sambung pukul sehingga menjadi kembang.
- Masukkan adunan telur dan larutan gelatin kedalam adunan coklat dan gaul rata.
- Dalam mangkuk lain, masukkan non-dairy whipping cream dan putar sehingga kembang. Masukkan whipping cream kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.
- Satukan whipping cream dan dark chocolate dalam mangkuk. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.
- Apabila coklat cair sepenuhnya, biar suam sebelum dimasukkan dalam piping bag. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar cair untuk tuang atas kek. Satu bahagian lagi simpan dalam peti sejuk sehingga keras untuk paipkan keliling kek.
- Letakkan sekeping kek atas papan kek. Paipkan adunan coklat mousse atas kek dan ratakan.
- Letak sekeping kek lagi dan ulang hingga kepingan kek yang terakhir.
- Salut keseluruhan kek dengan baki coklat mousse. Sejukkan dahulu sebelum letak coklat ganache.
- Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang coklat ganache. Sejukkan sekejap supaya coklat ganache keras.
- Akhir sekali, paipkan lebihan coklat ganache yang keras sekeliling kek.
Friday, 23 July 2021
Kek Batik Empire
- Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
- Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan pula tepung gandum, horlicks dan gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan ( serbuk koko + coklat emulco ) + 1/2 biskut marie yang dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau + 1/2 biskut marie.
- Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas dengan kertas kek ( aku guna loyang bulat 7inci )
- Masukkan adunan bewarna hijau, ratakan keseluruhan permukaan loyang. Goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
- Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak. Kemudian tuangkan adunan bewarna coklat tadi di atas adunan yang di kukus sebelumnya ( warna hijau tadi ). Hentak sehingga mampat.
- Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Wednesday, 21 July 2021
Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik
Assalamualaikum dan salam aidil adha semua... Raya haji ni aku tak buat biskut banyak pun. Kek pun kek biasa-biasa. Tak buat kek lapis pun tahun ni. Biskut pun aku buat separuh adunan. Kalau buat banyak-banyak tak da sapa yang nak habiskan... Kalau aku yang habiskan kompem gemuk aku... Hahahaa.... Untuk hari ni aku ada buat nasi daging. Ni daging yang dapat kemarin. Ada orang buat korban. Pastu hantar la kat rumah ni. Sebab daging fresh tu yang aku rajin nak buat nasi daging ni. Nasi ni simple ja nak buat. Walaupun simple, tapi dia sedap sebab air asam kerisik tu... Air asam tu macam mak aku dok buat selalu, cumanya mak aku tak letak kerisik. Dia kata orang dulu-dulu selalu buat macam tu... So, kalau hangpa ada lebihan dagin korban boleh la cuba resepi ni... Bye... Selamat hari raya korban...
C&P : Malina Lina Pg
Bahan A (rebus daging)
400g daging
2 helai daun bay ( aku ganti batang ketumbar )
Air secukupnya (air kena banyak untuk masak nasi )
Cara-Cara
- Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
- Asingkan air rebusan dan daging. Hiris nipis daging yang direbus tadi.
Bahan B (nasi)
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 30min dan toskan)
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tomato puri ( tak letak )
1 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan
2 sudu besar rempah kurma/rempah sup (serbuk)
Sedikit minyak
- Bancuh rempah kurma bersama sedikit air rebusan daging (yang lain bukan dari 3 cawan tu yea) atau air biasa.Jadikan pes pekat.
- Panaskan rice cooker dan masukkan minyak masak bersama minyak sapi.
- Tumis bunga lawang, kulit kayu manis,bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
- Masukkan pes rempah kurma dan tomato puri.Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan daging dan kacau sebentar.
- Masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan masukkan beras.Kacau sebati.Kemudian tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
- Setelah nasi masak KEEP WARM. Gemburkan nasi menggunaka garfu supaya nasi tidak patah.
- Nasi Daging dan siap.
Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris) ( aku guna bawang besar )
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
Air rebusan daging
- Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
- Air asam kerisik siap.
Bahan-Bahan
Baki air rebusan daging
sup bunjut
Garam
1/2 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
- Satukan semua bahan dan reneh sekejap.Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
- Sup daging simple dah siap
Tuesday, 6 July 2021
Seri Muka Durian
C&P : Kak Ita ( Resepi asal Chef Asma )
500 gm pulut ~ di rendam selama 4 jam
300 gm santan pekat ~ ita guna santan KARA
300 ml air
2 sudu teh garam
- Sediakan loyang 10 X 10 inc. Lapik loyamg dengan plastik 16 X 16 inc dan oleskan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak
- Pulut di cuci bersi dan toskan. Tuangkan pulut ke dalam loyang dan ratakan
- Masukkan garam dalam santan pekat dan kacau rata. Tuangkan santan tadi dalam air dan kacau rata. Tuangkan dalam loyang pulut
- Tutup dengan kertas aluminium dan kukus dalam kukusan yang telah mendidih selama 30 minit.
- Sementara menunggu pulut kita masak kita sedikan pula lapisan atas.
60 gm tepung gandum
180 gm gula
270 ml santan pekat
470 ml air
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur
2 biji telur
Bahan B
100 gm isi durian ~ ( boleh lebihkan )
100 ml air
Bahan C
- Dalam bekas, satukan tepung beras, tepung ubi, tepung gandum, gula, garam, air kapur, telur , santan dan air. Kemudian di kacau rata. Jika berbentel, masukkan dalam bleder dan kisar halus. Kemudian di tapis
- Satukan pula isi durian bersama air dan kisar dalam blender hingga halus
- Campurkan isi durian dan adunan tepung tadi kedalam periuk, letakkan pewarna kuning telur dan hijau dan kemudian masak atas dapur dengan api yang perlahan sambil senantiasa di kacau hingga berwap.
- Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan tekan bagi padat.
- Tuang adunan durian atas pulut dan terus kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.