Friday, 1 January 2021

Kek Rose Lychee



      Assalamualaikum semuaaa..... Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru nampaknya, tahun 2021. Ni entry pertama untuk tahun ni... So, tahun ni hangpa semua nak target apa pulak...? Target tahun lepas macam mana...?Dah selesai kerrr....? Ka, sambung bawak ke tahun ni... Aku tak la ada letak apa-apa target sangat pun... Cuma tahun ni harap-harap aku ni rajin la nak update blog ni... Hihihihii... Ok, berbalik pada entry aku hari ni, aku nak share satu resepi kek yang agak unik. Sebab apa unik...? Sebab dalam tu ada letak isi buah laici. Pastu atas dia ada tabur bung ros kering... Menarik kan... Untuk rasa kek ni aku kurang sikit sebab macam manis sangat. Ye la, fresh cream memang  dah manis. Pastu tambah pulak dengan buah laici, lagi la manis... Tak salah kalau nak cuba... Kot-kot kena dengan citarasa hangpa... Resepi kat bawah ni aku buat setengah adunan asal. Kalau ada yang nak mencuba macam aku, boleh la buat separuh adunan dulu. Kalau kena dengan tekak hangpa boleh la buat lagi... Kek ni pun aku buat sempena birthday kak aku... Nanti ada satu lagi kek birthday dia aku share kat sini... Kek biasa-biasa ja aku buat tahun ni... Apa-apa pun selamat tahun baru semua.....






Kek Rose Lychee

Bahan Sponge Cake : ( boleh guna mana-mana resepi kek span )
125 gm Tepung sponge mix
30 ml sirap lychee
2 biji telur A
Beberapa titis pewarna pink
30 ml minyak jagung / mentega cair
Loyang 6 inci, alas kertas minyak

Penyediaan Kek Sponge :
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak.
  2. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  3. Masuk minyak, putar dengan kelajuan perlahan.
  4. Kaup balik hingga rata.
  5. Tuang dalam 2 loyang (6 inci) sama banyak.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak..
  7. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven.
  8. Selepas 10 minit terbalikkan ke atas.
  9. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit untuk memudahkan potongan.
  10. Potong setiap kek kepada 2 kepingan. (4 layer).




Bahan Sirap Lychee

1 tin Lychee, asingkan sirap dan buah
15 gm gula
1/4 sudu besar tepung jagung

Penyediaan Sirap Lychee :
  1. Satukan sirap lychee, gula dan tepung jagung.
  2. Masak dengan api perlahan hingga hampir pekat.
  3. Ketepikan 1 sudu besar* untuk di masuk ke dalam krim laici.


Krim Lychee :

200 ml Non Dairy Whipping Cream
1 sudu besar sirap lychee *
Beberapa titis pewarna pink
1 sudu kecil gelatin HALAGEL
1/2 sudu besar air
Buah Lychee, di carik halus
Kacang Pistachios panggang, cincang kasar
Kelopak rose kering untuk hiasan


Penyediaan Krim Lychee :
  1. Larutkan gelatin dalam air, biar 5 min hingga kembang.
  2. Microware atau double boil hingga cair. Ketepikan.
  3. Putar whipping cream dan sirap lychee hampir kembang.
  4. Masukkan gelatin dan pewarna pink.
  5. Putar lagi hingga kembang dan kental.
  6. Masuk ke dalam piping bag.




Penyediaan Lapisan Kek
  1. Ambil sekeping kek, sapu dengan sirap lychee hingga rata.
  2. Picit tipis krim lychee dan ratakan dengan spatula.
  3. Tabur carikan buah lychee dan pistachious.
  4. Kemudian picit lagi krim laici hingga menutupi buah.
  5. Ulangi lapisan kek hingga habis.
  6. Salut semua kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Hias dengan kelopak rose kering dan pistachios.


1 comment:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...