Assalamualaikum semua... Apa khabar... Harap-harap semua sihat-sihat lah yer... Sekarang ni kes covid semakin meningkat tiap hari... Perlis pun dah banyak kes. Sebelum ni kalau nak ada kes pun satu atau dua tiga kes ja. Ni dah meningkat ke belas-belas kes. Nak keluar pun rasa takut-takut juga. Apa-apa pun kita sama-sama doa supaya kes covid ni akan menurun semula.... Ok, hari ni aku nak share resepi cheesecake yang agak menarik bagi aku... Ye la, menarik tang warna dia.. Biru terang kot... Jangan risau, ni pewarna semula jadi dari bunga telang. Kalau ikutkan macam-macam aku nak cuba buat dengan bunga telang ni... Alih-alih tak terbuat juga... Aku pernah nampak orang buat onde-onde dan lompang guna bunga telang ni... Tapi aku tak buat pun... Tapi nasib baik cheesecake ni aku rajin buat... Hahahaa... Resepi ni aku dah olah ikut cara aku.. Kalau nak cuba boleh tengok resepi asal kat link di bawah tu.. Atau just cuba resepi olahan aku... Mana-mana pun boleh... Untuk bunga telang tu boleh letak banyak kalau nak lagi kaler terang... Terpulang la... Apa-apa pun selamat mencuba...
No-Bake Butterfly Blue Pea Cheesecake ( No-Bake Bunga Telang Cheesecake )
Olahan : TheDuch.ess
Bahan A
125 gm Digestive Biscuit
50 gm mentega cair
125 gm Digestive Biscuit
50 gm mentega cair
Bahan B
100ml full cream milk
1/2 cawan bunga telang ( nak terang boleh lebihkan )
1 sk gelatin
Bahan C
250 gm cream cheese
1/8 cawan gula aising
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 sk esen creamy vanilla
1 sb jus lemon
100 ml whipping cream
100 ml whipping cream
Bahan D
2 sb air panas
2 sk gelatin
Bahan E
1/2 cawan air
2 sb gula
1/3 cawan bunga telang ( nak terang boleh lebihkan )
1/2 sb gelatin
1/2 sb gelatin
Cara-Cara
- Bahan A. Cairkan mentega dan hancurkan biskut. Campur sebati keduanya dan padatkan didalam loyang. Gunakan loyang yg boleh buka di bahagian dasar ( saiz 6 inci ) . Simpan didalam peti.
- Didihkan Bahan B dengan api kecil sampai warnanya keluar dalam 5 minit dan tapis. Larutkan gelatin di dalam susu biru yg masih panas. Ketepikan.
- Bahan C. Pukul kembang cream cheese, susu pekat manis, gula aising. Masuk creamy vanilla dan jus lemon.
- Masuk whipping cream dan pukul sampai sebati.
- Larutkan Bahan D dan biarkan beberapa minit sampai kembang. Campurkan kedalam adunan cream cheese.
- Bahagikan adunan cheese kepada 3 bekas. Susu biru tadi 1/3 bahagian utk 1 adunan cheese, 2/3 bahagian utk 1 adunan cheese lagi. Adunan cheese yang ketiga biarkan putih.
- Tuang adunan putih ke dalam loyang. Diikuti dengan 2 adunan biru tadi. Ratakan dan simpan di dalam peti semalaman
- Apabila adunan cheese dah keras, kita buat lapisan jeli biru. Didihkan Bahan E kecuali gelatin. Kacau rata dan tapis. Selepas tapis baru larutkan gelatin.
- Apabila adunan jeli sejuk sedikit, tuang atas adunan cheese. Simpan dalam peti sejuk sehingga adunan jeli beku.
- Biarkan sejuk beberapa jam sebelum dinikmati.
cantiknya
ReplyDelete