Monday, 11 January 2021

Panna Cotta Buah Naga

 
     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share satu resepi dessert yang paling mudah nak cuba... Lama dah nak buat panna cotta buah naga ni. Tapi selalu tak sempat nak buat sebab buah naga tu habis makan macam tu saja... Kali ni tekad kena buat juga... Akhirnya terhasil la panna cotta buah naga ni... Sedap makan masa sejuk-sejuk... Nyaman ja lalu kat tekak. Kalau ikut resepi asal guna serbuk agar-agar & serbuk jelly. Tapi aku guna serbuk gelatin. Ada banyak lagi serbuk gelatin tu so aku guna la buat panna cotta ni... Nak buat cheesecake tak berapa rajin lagi. Ada masa nanti boleh buat cheesecake guna baki gelatin tu. Kalau ada yang nak cuba resepi panna cotta ni boleh tengok resepi kat bawah tu....


 
 
 
Panna Cotta Buah Naga
C&P : Kak Wan

Panna Cotta
500 ml susu segar (2 cawan)
100 ml sour cream / yogurt (1/4 cawan)
75 gm gula pasir (1/3 cawan)
2 sudu kecil serbuk agar-agar ( ganti 1 sb gelatin + 3 sb air panas & larutkan )
1 sudu kecil serbuk jelly ( xletak )

Cara-cara :
  1. Satukan susu, gula, serbuk agar dan serbuk jelly ( masa ni boleh letak larutan gelatin ).
  2. Kacau dan panaskan hingga gula larut.
  3. Tak perlu hingga mendidih.
  4. Ambil satu senduk adunan, campurkan dengan sour cream.
  5. Kacau rata dan tuang kembali ke dalam periuk.
  6. Masak sebentar, setelah rata, tuang ke dalam gelas dessert.
  7. Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
  8. Tuang puri buah naga dan hias dengan potongan buah naga.

 


Puri Buah Naga

1 biji buah naga merah
1 sudu besar jus lemon
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan 1 sudu besar air

 
Cara-cara :
  1. Haluskan buah naga dengan garfu.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama gula, air dan jus lemon.
  3. Apabila mendidih, masukkan larutan tepung jagung.
  4. Kacau dan tapis untuk mengeluarkan bijinya.
  5. Setelah sejuk, tuang ke atas panna cotta.

 


No comments:

Post a comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...