Friday, 11 April 2014

Terima Kasih Kongsi Resepi



    Asalamualaikum semua... Hari ni tak ada N3 pasal resepi.. Tapi ada berkaitan resepi jugak... Iaitu pasal kongsi resepi. Kongsi resepi ni adalah satu website untuk bloger-bloger masakan berkongsi masakan. Kalau tak nak kongsi resepi, kita juga boleh cari resepi kat situ...

   Tujuan aku tulis N3 ni adalah untuk menyatakan berbanyak terima kasih kepada kongsi resepi sebab dengan adanya website tersebut aku dapat meningkatkan pelawat blog aku ni. Aku ingat lagi masa mula-mula start buat blog dulu. Dalam sehari ada la sorang dua yang mai melawat blog aku ni... Hmmm.... Sedih la jugak... Tapi bila dah mula join kongsi resepi ni, alhamdulillah, pelawat pun mula bertambah. Dari sorang dua meningkat ke tiga empat puluh orang... Dan sekarang ni dah meningkat ke angka ratus jugak la pelawat dalam sehari... Walaupun tak sampai beribu, tapi amat bermakna bagi aku...

   Akhir kata kalau ada bloger-bloger masakan yang baru nak mula ber''bloging'' anda boleh la daftar kat Kongsi Resepi... Kalau nak lawat Facebook Kongsi Resepi pun boleh jugak.. Apa-apa pun terima kasih kongsi resepi sebab dah buat blog aku ni glamor... glamor ke...? hihihii....



1 comment:

  1. Memang sangat berterima kasih pada KR ni..kalau KR down mmg ketara visitor kurang hari tersebut kat blog TMK

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...