Tuesday, 22 April 2014

Blueberry Cheese Cake Meleleh



     Assalamualaikum semua.... Pepagi buta ni aku nak tayang satu dessert yang tengah hangat kat pasaran sekarang ni... Rasanya ramai orang yang dah jadi kaya dengan buat dessert ni sebagai perniagaan. Aku sebelom ni tak pernah buat lagi cheese cake meleleh ni. Yang pernah buat pun snow cheese cake... Kalau ikutkan memang tak jauh beza pun resepi ni. Cuma yang bezanya tang krim tu bagi meleleh atau nampak cair.... Ada satu hari tu jalan-jalan kat pasaraya aku nampak orang jual cheese cake meleleh ni. Bila tengok teringin la pulak. Aku soh anak buah aku pilih. Dia amik perisa tiramisu, tapi mak dia yang bayar. Hihihii... Berbalik pasal cheese cake meleleh tu, rasa biasa-biasa ja. Macam dia dah kurangkan bahan la pulak. Harga pun boleh tahan mahal jugak kalau nak bandingkan dengan kuantiti kek tu... Disebabkan rasa kecewa, aku pun buat la sendiri. Makan pun puas. Boleh tambah macam-macam lagi... Untuk resepi ni aku tambah blueberry topping untuk bagi lagi umphhh... Kalau nak cuba boleh la tengok resepi kat bawah tu...










Blueberry Cheese Cake Meleleh
Sumber : Cheese Cake Meleleh ( Rahel, Narimah Abd Rahman dan Shakila Ab Rashid )

Kek:
-100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
-60g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100g gula kastor
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-1 sudu teh blueberry paste
-beberapa titik pewarna ungu
-75g mentega cair


Cara:
  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
  2. Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
-250g cream cheese
-120g susu pekat manis
-50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan diatas hingga sebati,adunan ini memang cair
*Tambah sedikit susu segar supaya cream cheese lebih cair


Untuk hiasan:
-1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
-blueberry topping ( cairkan dengan sedikit air panas )


Cara penyediaan:
  1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping. Potong mengikut bekas yang ingin digunakan.
  2. Letak sekeping kek ke dalam bekas. Tuangkan cream cheese. Ratakan blueberry topping dan tuang semula cream cheese. Letak semula sekeping kek lagi dan tuang lagi cream cheese. Parutkan cheddar cheese di atas kek.
  3. Atau, letak sekeping kek ke dalam bekas yang sesuai. Tuangkan cream cheese. Ratakan blueberry topping dan tuang semula cream cheese. Parutkan cheddar cheese di atas kek.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan...











9 comments:

  1. salam..

    wah, sedapnya kek cheese leleh..mesti rasanya tambah menarik dengan blueberi tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada kelainan bla letak blueberry tuu...

      Delete
    2. memang ada kelainan bla letak blueberry tuu...

      Delete
  2. ishh mengugat iman betol...nampak sedap sangat...must try...

    ReplyDelete
  3. dah boleh buat hantaran dah ni hii sedapnya .. tak pernah nak buat lagi ..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...