Tuesday, 29 April 2014

Puding Coklat Sos Kastard



     Assalamualaikum.... Hari ni cuaca kat kampung ni panas sangat-sangat. Memang tak tahan dibuatnya... Berpeluh-peluh badan ni.. Dah la tu, tekak ni nak benda-benda yang sejuk ja... Apa kata kita sejukkan tekak kita dengan puding coklat yang sangat sedap ni.. Ditambah pula dengan sos kastard... Slurpppp... Sedap baq hiang... Hihihii... Satu cup ni pun tak cukup kalau sekali hadap... Kenapa tak cukup...? Sebab sedap la.. Huhuhuu.. Hilang la sat panas tuuu... Kalau nak, kena buat sendiri sebab yang ni dah habis dah.. Ok la, tak nak cakap banyak-banyak. Jom kita tengok resepinya... Terima kasih kepada penyumbang resepi ni...






PUDING COKLAT SOS KASTARD

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
-10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
-500 ml susu segar
-250 ml susu cair
-200 ml air
-3/4 cawan gula pasir
-3 sudu besar susu pekat
-3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
-2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
-2 sudu besar mentega
-1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan.
  2. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :

-2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
-3 sudu besar tepung kastard
-5 sudu gula pasir
-1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat.
  2. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.



sejuk tekak


6 comments:

  1. Sedapnyaaa.... memang sesuai makan puding di musim panas begini... nyum2x!

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol 2 kak.. sjuk tekak bila puding tu lalu dlm tekak...

      Delete
  2. Sedap n kemas kl di buat dlm gelas mcm nie;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu..
      npak pn ala2 kiut...
      hihihii..

      Delete
  3. SEDAP TU....CANTIK PLAK...SAYANG NAK MAKAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x mkn, rugi la plk..
      hihihiii..

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...