Tuesday, 15 April 2014

Oreomisu



     Assalamualaiku dan salam sejahtera semua... Malam ni kita layan N3 yang tertunggak dengan sesuatu yang sangat sedap kat mulut aku ni bila nikmatinya... Kali ni aku dah mengolah satu resepi asas tiramisu yang dah bertukar menjadi oreomisu. Idea ni dapat masa dok usha kat blog Aneesah's Hideaway. Cam best ja tengok oreomisu yang dia buat. Ye la, selalunya tiramisu buat guna bistu lady finger tu kan... Tapi yang ni guna biskut oreo, lagi la class... Kalau tanya rasa oreomisu ni kan, rasanya macam aiskrim oreo pun ada. Memang sedap... Gandingan yang mantap antara biskut oreo dan mascarpone cheese. Walaupun mascarpone cheese tu mahal, tapi tetap berbaloi. Kalau nak guna cream cheese pun boleh... Selamat mencuba...








Oreomisu
Olahan dari : Aneesah's Hideaway

Bahan-Bahan
-250gm mascarpone cheese
-250 gm uht whipping cream
-50gm gula kastor
-1 sudu besar gelatin halal
-40ml air
-1/3 cawan susu segar
-1 pek oreo ( 137g )
-1/2 sudu esen vanila

Cara-Cara
  1. Cairkan gelatin bersama air. Biarkan mengembang. Panaskan secara double boiler sehingga semuanya cair. 
  2. Asingkan biskut oreo dan krimnya. Ketepikan.
  3. Satukan mascarpone cheese, krim oreo, gula dan esen vanilla. Pukul hingga lembut dan berkrim. Masukkan gelatin dan putar sebati.
  4. Kemudian masukkan uht whipping cream dan putar seketika sehingga sekata.
  5. Sediakan loyang springform bersaiz 6''.
  6. Celup biskut oreo dalam susu segar dan susun dalam loyang.
  7. Ratakan cream cheese dan ulang langkah 6 hingga habis.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari loyang dan tabur dengan serbuk oreo. Hias ikut suka....





8 comments:

  1. menariknya oreomisu tu..mesti tambah sedap dengan tambahan oreo kan..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt sdp bila guna biskut oreo tu..

      Delete
  2. wahhh. nampak ni kat ig.. so kretippp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala ubah selera..
      hihii...

      Delete
  3. tq bro. menarik recipes yg dishare, nati nk cubalah,, minta halalkan ye.

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...