Thursday 2 January 2014

Kek Birthday



    Assalamualaikum semua.... Tayang kek lagi... Kek yang ke-2 untuk tahun baru ni... Kek ni sempena ulang tahun kelahiran kak aku yang jatuh pada 1 Jan. Sama dengan tahun baru laa... Bestnya dia, tiap-tiap tahun orang sambut ulang tahun kelahiran dia... Kek ni aku buat sekali dengan Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting. Kiranya ada dua biji kek la hari ni... Makan sampai muntah... Hahahaa... Kak aku ni tak memilih sangat pasal kek... Janji tak manis... So bila dah selongkar dapur kak ita tu, aku pun amek resepi kek ni sekali. Kek ni memang senang nak buat dan bahan pun tak banyak... Rasa pun sedap... Memang sesuai buat kek birthday... So, kalau ada yang nak buat kek birthday boleh cuba buat kek ni... Jom tengok resepi kak bawah ni....





SUMBER : KAK ITA

CHOCOLATE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan :Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
-4 biji kuning telur
-20 gm gula kastor

Bahan B
-4 biji putih telur
-100 gm gula kastor

Bahan C
-95 gm tepung
-15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak

Bahan D
-70 gm butter ~ dicairkan
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang bulat 8 inc. Oleskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue).
  3. Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
  4. Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata. Tambahkan esen vanila.
  5. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
  6. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai. Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.






ORANGE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
-4 biji kuning telur
20 gm gula
-30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
-1 biji parutan kulit oren

Bahan B
-4 biji putih telur
-100 gm gula castor

Bahan C
-100 gm tepung gandum ~ di ayak
-70 gm mentega cair ~ dicairkan

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat 8 inc. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue) Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  3. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
  5. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati ~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
  7. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
  8. Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
  9. Kek yang telah siap kita bakar kita buangkan lapisan kerak atas kek dan potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan
  10. Sekarang kita sediakan pula lapisan mousse peach





 MOUSSE PEACH
Olahan daripada resepi MOUSSE MANGGA
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
-120 gm puri peach ~ guna peach dalam tin ambil 120 gm dan blend halus
-160 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
-Buah peach dalam tin secukupnya untuk inti ~ * airnya jangan buang untuk sapu pada kek

Bahan B
-1 sudu besar serbuk gelatin halal gel
-50 gm air

Cara-Cara
  1. Mula-mula tuangkan 50 gm air dalam mangkuk kecil. Kemudian ratakan gelatin atasnya dan biarkan hingga gelatin melarut.
  2. Panaskan puri peach secara double boiler dan tuangkan adunan gelatin yang telah mengembang tadi. Kacau hingga sebati. Biarkan sejuk
  3. Putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental. Masukkan adunan puri peach tadi dan kaup balik hingga rata.

~ Adunan ni dibuat bergantung pada berapa banyak atau berapa ketebalan yang kita perlukan untuk
diletakkan pada kek.



KRIM COKLAT
150 gm krim bukan tenusu berperisa coklat ~ Non Dairy Whipping Cream
Kalau tak de boleh gunakan Non Dairy Whipping cream dan tambahkan sedikit chocolate emulco






CARA MELAPIS KEK
  1. Sediakan loyang springfoam pan yang berukuran 8 inc. Alas dasar loyang dengan lapik kek. Letakkan sekeping kek coklat pada dasar loyang. Sapukan atau pancitkan kek dengan air lebihan peach * Lapiskan dengan pula dengan Mouse Peach ~ lapisan ni nipis aje nak mudah masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
  2. Letakkan pula lapisan kek span oren. Sekali lagi sapukan atau pancitkan dengan air lebihan peach.
  3. Sekarang kita lapiskan dengan lapisan Mouse Peach dan kemudian susun buah peach di atasnya dan tutupkan semula dengan Mouse Peach.
  4. Kemudian lapiskan semula dengan kaedah yang sama seperti di atas selapis demi selapis kek span hingga habis.
  5. Putarkan Krim Coklat hingga kental dan sapukan 1/2 pada keseluruhan kek nipis sahaja. Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.
  6. Setelah keras sapukan baki adunan hingga permukaan kek licin dan cantik simpan semula hingga keras. Sementara menunggu ianya mengeras kita sediakan Ganache Krim Coklat.





GANACHE CHOCOLATE CREAM
-250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
-250 gm krim tenusu ~ Dairy Whipping Cream
-1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
-1 sudu besar butter
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Panaskan krim tenusu bersama sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair. Tambahkan butter dan gaul rata.
  2. Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
  3. Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
  4. Kemudian putar adunan hingga adunan kental. Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek.
  5. Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.



Happy Birthday Kakakku...

16 comments:

  1. alahai kuatnya mengekek hii.. makin lama makin cantik kek itew ya.. cantik layer by layer tu...

    ReplyDelete
  2. salam..

    wah, cantiknya kek..nampak sedap pula tu.

    ReplyDelete
  3. Seddappnye...sayang nk makan sbb cantikk sgt..wallahh

    ReplyDelete
  4. Assalam
    Cantiknya, kalu dkt dah tempah utk birthdayy
    Teringin nk hasilkan kek cantik gini
    Slmt thn baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempahan...?
      oh, tdk. x berani lg la kak...
      nak2 skrg ni brg pn tgh naik... nk ltak hg pn susah...
      slmt thn br jgk...

      Delete
  5. teruja tgk kek yg cantekkk ni...

    ReplyDelete
  6. cantiknya kek, akak tak pandai deco2...wat kek simple mimple tu bolehlah...he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni deco biasa2 je kak..
      msh tgh belajr lg...
      hihihihii...

      Delete
  7. Aslmkm. Terer nya.... cantik kemas deco tu! Salute toing2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm...
      terer...? oh, msh jauh lagi nk mengapai perkataan tu...
      : )

      Delete
  8. salam....kagum dgn hasil kerja kamu yg sgt teliti..n pic pn cntik..klu x d equipmnt yg cukup tp dapt buat kek yg kemas cm ni memg trbaikla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sya...
      tp yg penting kena ada kerajinan & byk bsabar...
      mana taknya, buat kek ni bknya selalu mjd...
      so, kena byk praktisss...
      : )

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...