Sunday, 26 January 2014

Biskut Lapis Cheese



   Assalamualaikum semua.... Agak lama jugak la aku tak update blog ni... So, hari ni aku nak update pasal kemarin punya cerita... Hari ni dah habis pun Biskut Lapis Cheese ni... Mau tak habis cepat... Sedap punya pasal makan pun tak mau berhenti laaa... Rasa rugi la pulak sebab aku buat separuh adunan... Tak pa, bila ada masa nanti boleh aku buat lagi... Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi kat bawah ni... Jom-jommm...




Biskut Lapis Cheese
C & P : Evelyn Gemina


Bahan-Bahan

Bahan A
-250g cream cheese
-1/2 tin / 250g susu pekat

Bahan B
-1 paket biskut masin (saya guna Golden cracker Julie's)

Bahan C
-Oat / nestum
# saya guna dua2 sekali (Quacker oat with cereal)


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci, supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti. Alaskan dasar loyang dengan plastic wraper.
  2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Ketepikan.
  3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang.
  4. Sapukan rata adunan cheese sedikit atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C.
  5. Ulang semua proses tadi hingga biskut & adunan cheese habis. Tutup & sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru dipotong.




Selamat Mencuba



Monday, 20 January 2014

Red Velvet Cheese Cake Meleleh



     Assalamualaikum semua... Kalau tengok sekarang ni kan, rata-rata bloger masakan dok tayang kek cheese meleleh memanjang... Dugaan betol la... Bila dah pakat dok tayang tu, aku pun mana boleh tahan. Mesti nak buat jugak. Kalau tak mesti meleleh air liur tuuu... Hahahaa.... Memang banyak jenis dan rasa kek cheese meleleh ni... Tapi untuk mendapatkan kelainan aku cuba jenis red velvet la.. Resepi ni aku dah olah ikut citarasa aku... Yang kat bawah ni cuma separuh adunan... Kalau buat resepi asal macam banyak pulak... Kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat link di bawah tu.. Terima kasih la kepada penyumbang resepi ni... Ok la, jom kita tengok resepinya...







Red Velvet Cake
C & P : Dapurmamasya

Bahan-Bahan
-2 biji telur gred A
-125 gram mentega beku tanpa garam
-1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
-1 1/2 sudu makan koko Vochelle*
-2/3 cawan gula kastor
-2 sudu makan pewarna Red Bright 
-1/2 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
-1 sudu teh garam
-1/2 sudu makan bicarbonate of soda
-1/2 sudu makan cuka makan


Cara-Cara
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
  7. Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.





Nota:
  1. Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
  2. Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10' [ untuk 1/2 adunan aku guna loyang 7'' ]







Untuk Cream
Sumber : Rahel Blogspot & Fb Anida Hussain

-130g cream cheese
-60g susu pekat manis
-30ml UHT Whipping cream

*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
tips nak bagi lagi cair tambahkan sikit2 susu cair uht dan whip cream sampai meleleh


Untuk hiasan:
1/2 buku (125g) cheddar cheese,diparut




Cara penyediaan:
  1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian potong kepada dua 2 keping.
  2. Letak kepingan pertama atas papan kek. Kemudian tuangkan cream cheese di atasnya. Tabur sedikit parutan keju.
  3. Lapiskan dengan kepingan kek kedua.
  4. Ulang langkah 2 hingga lapisan terakhir.
  5. Untuk lapisan terakhir tuang keseluruhan baki cream cheese [ untuk lapisan terakhir ni aku tambah sikit susu segar dalam baki cream cheese supaya lebih cair ]. Parutkan cheddar cheese di atas kek.
  6. Sejukkan sebelum di hidangkan.






sedapnya...


Sunday, 19 January 2014

Roti Yogurt



    Assalamualaikum dan selamat petang... Petang ni aku nak kongsi resepi roti pula... Kali ni buat roti yogurt... Apa yang boleh aku katakan roti ni memang gebu dan lembut... Walaupun dah semalaman, roti ni masih gebu dan lembut bila makan waktu paginya..  Roti ni ada rasa sediki masam-masam dari yogurt tu... Tak la terlalu masam pun... Resepi ni aku amek dari kak izah... Mintak izin nak share kat sini pulak... Untuk topping roti ni aku letak parutan keju dan tabur sedikit gula...  Lagi la sedap roti ni... Kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah ni... Bye...







ROTI YOGURT
Sumber : kak yani@myR
C&P : Izah Daut

Bahan-bahan
-250g tepung roti
-100g yogurt
-60g susu * susu segar
-25g telur * 1/2 biji telur
-20g gula * saya letak 30gram
-3g garam
-30g marjerin
-2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)

Topping
-keju parut
-gula

Bahan glis
-1/2 biji telur
-1 sudu teh susu segar
-1/2 sudu teh madu
*campur semua bahan sehingga sebati


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
  2. Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  3. Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian. Tunggu hingga doh kembang lagi dan sapu dengan bahan glis. Kemudian tabur keju parut dan gula.
  4. Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.



gebu dan lembut
sedap...

Thursday, 16 January 2014

Cheddar Cheese Cake



   Assalamualikum.... Hari ni aku nak share satu resepi cheese cake yang sangat lemak berkrim masin-masin gitu... Rasa cheese cake ni lebih masin sikit... Mungkin sebab guna keju cheddar la... Tekstur kek ni pun sangat lembut dan gebu... Untuk tambah lemak-lemak kat badan tu kita tambah sikit parutan keju cheddar... Lagi la umphhh... Makan pun boleh tak ingat donia... Hahahaaa... Nak sedap lagi letak blueberry topping... Lagi la terangkat... Hihihiii... Jom kita pakat tambah lemak kat badan ni dengan membaking cheddar cheese cake ni... Meh kita tengok resepi kat bawah tu...








Cheddar cheese cake


Bahan A
-130g susu segar
-40g butter
-125g cheddar cheese, potong kecil2

Bahan B
-20g tepung gandum
-15g tepung jagung

Bahan C
-2 biji kuning telur

Bahan D
-3 biji putih telur
-80g gula kaster
-1 /8 sk cream of tartar


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang bulat bersaiz 1 8cm, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Masak bahan2 A atas double boliler hingga cheese cair sepenuhnya.
  3. Alihkan & masukkan bahan2 B, gaul rata. Kemudian masukkan pula bahan C & gaul sebati.
  4. Pukul bahan2 D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan tadi hingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang & bakar guna teknik water bath pada suhu 1 50 C selama 50 minit.
  6. Segera keluarkan kek dari acuan bila masak, sejukkan sepenuhnya. Hiaskan.







Sedap, Sedap, Sedap...

Tuesday, 14 January 2014

Apam Yogurt



    Assalamualaikum dan salam maulidur rasul semua... Sempena hari cuti ni boleh la pakat-pakat rehat kat rumah... Kalau macam aku ni memang tak cuti pun... Kerja jugak... Tak pa la... Hari ni aku nak share resepi apam pulak... Asyik makan kek ja... Tak jemu ka...? Memang tak laa... Hahahaaa... Berbalik pada menu hari ni, kita cerita pasal apam yogurt yang sangat gebu dan lembut ni... Memang sedap kalau buat menu minum petang... Resepi ni aku buat separuh adunan.. Untuk yang plain tu aku letak filling lemon dan oren. Sedap jugak bila letak filling ni...
Kalau buat ala-ala apam polkadot pun rasanya ok jugak kan... Ok la, moh kita tengok resepi kat bawah ni. Terima kasih la kepada yang telah menyumbang resepi ni dan yang sudi share resepi apam yogurt yang sungguh sedap ni...




APAM YOGURT
by : Rima
Sumber : Izah
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-2 cawan gula castor *kurangkan
-1 sdt ovallete
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan yogurt asli
-2 biji telur
-1/2 sdt double action baking powder
-1 sdt serbuk koko
-1 sdt pes coklat


Cara-Cara
  1. Campur semua bahan di atas dalam mixer. Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed. Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  2. Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
  3. Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  4. Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  5. Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup.


*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan

*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar. Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.




selamat mencuba..

Saturday, 11 January 2014

Strawberry Cake



     Assalamualaiku... Hari ni aku cuma nak update N3 yang tertungak jaa... Rasa tak berapa rajin nak membaking hari ni... Ngantok jaa... Sebabnya, bila tengok kat luar, mendung pulak... Tak pa la, layan dulu N3 tertunggak ni nohhh... Kali ni tengok kek strawberry pulak. Kek ni biasa ja... Cuma guna kek span vanila dan letak buah strawberry. Buah strawberry tu yang membuatkan kek ni umphhh... Huhuhuuu... Krimnya pulak guna fresh cream... Memang senag nak buat kek ni. Kalau tak rajin nak buat kek span vanila tu boleh la beli yang siap punya ada jual ka kek span vanila ni...?... Senang sikit kerja... Kalau tak nak guna buah strawberry pun tak pa, tukar pada buah kegemaran masing-masing. Ok la, takat sini dulu la... Kalau ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat bawah ni...







Kek Span Vanilla
Sumber : ABM
(loyang 18cm)

bahan A
-3 biji kuning telur
-100g gula halus (blender halus gula biasa)
-50g minyak sayuran
-150g tepung gandum
-2 sudu kecil vanilla
-1 sudu kecil baking powder
-100ml air (nak ganti susu segar pon boleh)

bahan B
-3 biji putih telur
-1/4 sudu kecil cream of tartar
-60g gula kastor

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
  2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
  3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
  4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit.
  5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.




Penyediaan

-1 1/2 cawan fresh cream [ pukul kental ]
-buah strawberry secukupnya [ belah dua ]
-kepingan badam [ dipanggang sekejap ]
-strawberry filling [ cairkan dengan sedikit air ]


  1. Setelah kek sejuk, belah kek kepada 3 bahagian.
  2. Letak kepingan kek yang pertama atas papan kek dan sapu sedikit fresh cream. Susun buah strawberry dan sapu fresh cream di atas buah tersebut.
  3. Letak lapisan kek yang ke-2 dan ulang langkah 2  untuk lapisan berikutnya.
  4. Salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream.
  5. Letak kepingan badan pada tepi kek.
  6. Susun lebihan buah strawberry atas kek dan sapu dengan strawberry filling.
  7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...




selamat mencuba...


Thursday, 9 January 2014

Kek Minyak



      Assalamualaikum keng kawan blog aku... Petang ni tak sangka pulak hujan turan kat kampung aku ni... Sejuk betol laa... Dah la tu ada pulak angin sepoi-sepoi bahasa... Huuuu.... Sejuk.... Bila sejuk-sejuk ni layan kek yang simple ni memang sedap. Tambah-tambah makan masa suam-suam... Sedap betol... Nasib baik sempat ambik gambar kek ni sebelom hujan....  Resepi kek minyak ni memang sangat mudah. Rasa pun macam kek mentega pun ada... Walaupun tak guna mentega, kek ni sangat gebu dan lembut. Walaupun kek aku ni ada lobang-lobang, ia tak menjadi masalah bagi ku sebab rasanya yang sedap... Ramai jugak yang dah buat kek minyak ni. Kalau tak caya cuba tengok kat sini. Apa macam...? Nampak mengancam tak...? Kalau ada yang rasa rajin nak buat, boleh la tengok resepi kat bawah ni...







Kek Minyak

Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci )
-5 biji telur
-3/4 cawan gula halus [ aku letak 1/2 cawan ]
-2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
-1 cawan susu pekat
-1 sudu besar ovallate
-1 cawan minyak masak
-perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka [ aku letak perisa pandan, coklat & vanila ]


Cara-cara
  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
  7. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.




Selamat mencuba

Sunday, 5 January 2014

Easy Tiramisu Cake



    Asalamualaikum semua... Tengah-tengah malam ni dok tayang tiramisu la pulak. Apa kejadahnya...? Hehehee... Sebenarnya tiramisu ni aku buat khas untuk kawan aku. Dia kata teringin nak rasa tiramisu yang aku buat. So, ni la hasilnya... Harap-harap sesuai dengan selera kau lah yeee.... Resepi ni aku buat separuh daripada adunan asal dan guna bottom loose saiz 7x7.. Resepi kat bawah tu belom diseparuhkan pun. Kalau nak buat separuh adunan macam aku sila kurangkan sukatan bahan-bahannya... Kalau tengok pada resepinya memang sangat simple. Bahan-bahan pun tak banyak... Cuma letak deco lebih-lebih sikit baru nampak mewah... Terima kasih kak amie untuk resepi yang mudah dan senang ni... Bye.. Selamat malam...








Easy Tiramisu Cake
C&P : AMIE'S LITTLE KITCHEN / SALAMI SIMON

Bahan-bahan:
Biskut / Savoiardi Lady Fingers secukupnya

Bahan A: Filling
-500 gram cream cheese
-500 gram whipping cream
-1 cawan gula castor
-1 sudu teh esen vanilla

Putar cream cheese hingga licin, diikuti dengan gula kastor, whipping cream dan esen vanilla hingga sebati.


Bahan B : Coffee Liqueur Syrup
-1 1/2 tsp nescafe
-30 gram castor sugar
-120 gram hot water
-1 tsp Mocha Compound

Method:
  1. Mix coffe syrup and let cool.
  2. Add coffe liqueur if desired.

Cara Susunan :
  1. Mula-mula sediakan loyang (Amie gunakan bottom loose).
  2. Celup sebatang lady finger ke dalam coffee lequeur syrup dan susun di atas loyang.
  3. Lakukan langkah 2 sehingga penuh dasar loyang.
  4.  Ambil filling dan tuangkan di atas susunan lady fingers tadi hingga menutupi keseluruhan permukaannya.
  5. Taburkan anti moist cocoa powder / serbuk koko di atasnya - Amie campur kedua-dua serbuk.
  6. Ulangi langkah 2, 3, 4 dan 5 sehinggalah ke lapisan ketiga (untuk lapisan ketiga, setelah dituang filling, tutup loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman).
  7. Keluarkan dari peti sejuk dan taburkan anti moist cocoa powder di atasnya.
  8. Hiasan - Salut dengan fresh cream, yang lain ikut suka hati masing-masing.



jom kita pakat buat

Thursday, 2 January 2014

Kek Birthday



    Assalamualaikum semua.... Tayang kek lagi... Kek yang ke-2 untuk tahun baru ni... Kek ni sempena ulang tahun kelahiran kak aku yang jatuh pada 1 Jan. Sama dengan tahun baru laa... Bestnya dia, tiap-tiap tahun orang sambut ulang tahun kelahiran dia... Kek ni aku buat sekali dengan Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting. Kiranya ada dua biji kek la hari ni... Makan sampai muntah... Hahahaa... Kak aku ni tak memilih sangat pasal kek... Janji tak manis... So bila dah selongkar dapur kak ita tu, aku pun amek resepi kek ni sekali. Kek ni memang senang nak buat dan bahan pun tak banyak... Rasa pun sedap... Memang sesuai buat kek birthday... So, kalau ada yang nak buat kek birthday boleh cuba buat kek ni... Jom tengok resepi kak bawah ni....





SUMBER : KAK ITA

CHOCOLATE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan :Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
-4 biji kuning telur
-20 gm gula kastor

Bahan B
-4 biji putih telur
-100 gm gula kastor

Bahan C
-95 gm tepung
-15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak

Bahan D
-70 gm butter ~ dicairkan
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang bulat 8 inc. Oleskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue).
  3. Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
  4. Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata. Tambahkan esen vanila.
  5. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
  6. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai. Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.






ORANGE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
-4 biji kuning telur
20 gm gula
-30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
-1 biji parutan kulit oren

Bahan B
-4 biji putih telur
-100 gm gula castor

Bahan C
-100 gm tepung gandum ~ di ayak
-70 gm mentega cair ~ dicairkan

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat 8 inc. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue) Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  3. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
  5. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati ~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
  7. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
  8. Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
  9. Kek yang telah siap kita bakar kita buangkan lapisan kerak atas kek dan potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan
  10. Sekarang kita sediakan pula lapisan mousse peach





 MOUSSE PEACH
Olahan daripada resepi MOUSSE MANGGA
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
-120 gm puri peach ~ guna peach dalam tin ambil 120 gm dan blend halus
-160 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
-Buah peach dalam tin secukupnya untuk inti ~ * airnya jangan buang untuk sapu pada kek

Bahan B
-1 sudu besar serbuk gelatin halal gel
-50 gm air

Cara-Cara
  1. Mula-mula tuangkan 50 gm air dalam mangkuk kecil. Kemudian ratakan gelatin atasnya dan biarkan hingga gelatin melarut.
  2. Panaskan puri peach secara double boiler dan tuangkan adunan gelatin yang telah mengembang tadi. Kacau hingga sebati. Biarkan sejuk
  3. Putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental. Masukkan adunan puri peach tadi dan kaup balik hingga rata.

~ Adunan ni dibuat bergantung pada berapa banyak atau berapa ketebalan yang kita perlukan untuk
diletakkan pada kek.



KRIM COKLAT
150 gm krim bukan tenusu berperisa coklat ~ Non Dairy Whipping Cream
Kalau tak de boleh gunakan Non Dairy Whipping cream dan tambahkan sedikit chocolate emulco






CARA MELAPIS KEK
  1. Sediakan loyang springfoam pan yang berukuran 8 inc. Alas dasar loyang dengan lapik kek. Letakkan sekeping kek coklat pada dasar loyang. Sapukan atau pancitkan kek dengan air lebihan peach * Lapiskan dengan pula dengan Mouse Peach ~ lapisan ni nipis aje nak mudah masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
  2. Letakkan pula lapisan kek span oren. Sekali lagi sapukan atau pancitkan dengan air lebihan peach.
  3. Sekarang kita lapiskan dengan lapisan Mouse Peach dan kemudian susun buah peach di atasnya dan tutupkan semula dengan Mouse Peach.
  4. Kemudian lapiskan semula dengan kaedah yang sama seperti di atas selapis demi selapis kek span hingga habis.
  5. Putarkan Krim Coklat hingga kental dan sapukan 1/2 pada keseluruhan kek nipis sahaja. Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.
  6. Setelah keras sapukan baki adunan hingga permukaan kek licin dan cantik simpan semula hingga keras. Sementara menunggu ianya mengeras kita sediakan Ganache Krim Coklat.





GANACHE CHOCOLATE CREAM
-250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
-250 gm krim tenusu ~ Dairy Whipping Cream
-1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
-1 sudu besar butter
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Panaskan krim tenusu bersama sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair. Tambahkan butter dan gaul rata.
  2. Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
  3. Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
  4. Kemudian putar adunan hingga adunan kental. Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek.
  5. Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.



Happy Birthday Kakakku...